Pages

Saturday, February 14, 2009

Salam

Ermmmm dah beberapa hari chik mi tak hapdet umah ni,bzzzz oooo so ari ni since along n angah kena pi skool sbb ganti CNY ari.,so chik mi pun kena siapkan bekalan depa.Pikir punya pikir nak buat bekal apa dah kering idea so buat aje nasi goreng simple.Pastu kena pikir lagi lunch nak masak apa????????.tengok stok dalam esbok dah thaw ayam so plan nak wat ayam masak merah....tapi sekarang ni bebudak kureng nak makan nasi mungkin sbb musim panas so tukar plan buat ler soto.jom kita layan soto...



soto ni chik mi ambil kat Myr lerr .Tuan punya resepi Diana.sedap wooo soto ni.first time makan soto bubuh santan.Double thumb ups sebb kena ngan anak tekak chik mi sekeluarga.Resepinya ada sini.Bergedil pulak chik mi ambik resepi Yani tokeh Myr.Resepinya ade kat sini

Dinner pulak kita jadi omputih pulak jom kita makan piza


Piza ni dh lama dok dalam waiting list.tp di sbb kan dah semua barang dah ade so akhirnya menjadik la jugak.Chik mi ikut resepi Mat Gebu tp ade edjas skit la ikut apa yg ade kat kat dapur aje.Resepinyer chik mi C n P yer.

BAHAN DOH :-)
500 g tepung roti
250 ml air suam - chik mi guna air ais

10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner - tak taruk sbb tak de stok
1 camca teh bread improver - tak taruk gak

BAHAN ISIAN :-)

1 1/2 cawan sos tomato - chik mi guna spagetti sos
6 batang sosej ayamas, hiris bulat - chik mi guna crab stik
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1/2 biji red capsicum
1/2 biji yellow capsicum
1/2 biji green capsicum
10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji
Keju Mozarella secukupnya
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

Chik mi ikut cara Madam LV,campurkan semua bahan kering pastu uli dengan menggunakan air ais.Thanks madam kerna sudi kongsi tips.

Topping chik mi ikut aje selera anak2, tuna ,crabstik n pineapple tin cube
Tapi selepas uli piza ni chik mi terima tetamu yg tak di undang cik biawak



Dua dua dia pun terkejut chik mi terkejut beruk lagi.pastu dia keluar pi kat utan belakang umah chik mi .

No comments:

Post a Comment

Reply