Pages
▼
Thursday, March 19, 2009
Cuppies
Huwaaaa tengok owg mendeco chik mi pun nak deco,last2 jadi apa yer.Huduhnyer laTak pa ni 1st time nak decokan(nak sedapkan ati sendiri),nak kena lumur tangan ngan butter shortening gak ni,bak kata sifu chik mi Knor.Tak pa nnti kita practice lagi sampai perfect,Resepi choc moist ni chik mi cnp dari Jue Hussein tapi besa la menderhaka sikit.Jue amik dari Rnet.Chik mi CnP kat sini lah yer.
Kek Coklat Kukus Roha
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
2 cawan gula - gula pasir dikisar halus (saya guna 1cup gula castor + 1cup brown sugar)
1 cawan serbuk koko - boleh kurangkan kalau tak suka pahit
1 sudu teh baking powder - tak masuk sbb guna tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat - tak masuk sbb guna tepung naik sendiri
1 tin kecil susu pekat / kalau krimer pakai setengah tin saja (saya agak2 aje, tak suka manis2)
1 cawan air mendidih
5 biji telur
1 cawan minyak masak (Kalo nak lebih sedap, gantikan dengan sebuku butter cair) - Chik mi guna butter
Cara-cara menyediakan:
1. Panaskan kukusan.
2. Ayak tepung, baking powder, soda dan serbuk koko.
3. Campurkan dengan gula, minyak, susu pekat, air panas dan telur, kacau dengan senduk saja hingga semua sebati.
4. Tuang dalam loyang yang dialas dan di lengser dengan mentega, kukus selama 1-1 1/2 jam atau bila bilah penguji kek keluar bersih.
5. Semasa mengukus pastikan air kukusan ditambah dengan air panas.
Chik Mi bakar guna bain-marie sedap kek ni moist aje..
No comments:
Post a Comment
Reply