Pages
▼
Wednesday, April 8, 2009
Daging Masak Hitam
Dinner malam semalam,sebabkan malas nak hapdet ari ni baru post.Ari tu chik mi pesan ngan ofcmate suruh belikan rempah masak hitam ni dari market Permatang Manggis kat Kepala Batas nun.....selalunya chik mi guna rempah kari daging aje since ofcmate kata ade rempah ni so chik mi pun pesan ler ngan kak Faizah mintak tulun die beli kan..Daging ni ala-ala daging nasi kandar yg kat restoren mamak tu...
Bahan-bahan:
Daging - Kalau nak cepat direbus terlebih dahulu
Rempah kari -Chik mi guna rempah masak hitam
Tomato buah
Bawang merah - kalau ikut masakan mamak penggunaan bawang agak banyak
Bawang Besar
Bawang putih
Kicap manis -boleh jugak dicampurkan sedikit kicap pekat.
Cili Blend
Halia - di ketuk
Serai - diketuk
Daun kari
Daun pandan - Chik mi tak bubuh sbb tak de stok
Minyak untuk menumis
Cara-cara
Bawang dihiris nipis atau ditumbuk,kemudian tumiskan semua bawang sehingga naik bau,masukkan daun kari & daun pandan,kemuan masukkan halia & serai.rempah kari di bancuh dgn sedikit air panas menjadi paste.masukkan rempah tersebut bersama dengan cili blend..tumis sehingga pecah minyak kemudian masukkan daging bersama air rebusan (jika direbus terlebih dahulu)jika tidak masukkan air ,masukkan juga tomato buah bersama kicap,masak sehingga daging empuk n kuah pekat(ikut kepekatan yg kita nak),
*Chik mi tak masukkan garam sbb kicap dah menggandungi garam
Chik mi suka masakan ni bila kita dah re-heat dlm 2 hari sbb lagi terase kuahnya.
Mimi, tengok daging masak itam ni, teringat saya kenangan 12 tahun lepas, masa mula2 hubby perkenalkan saya pada mak dia, inilah lauk yang mak dia suruh saya masak...nasib baik saya ingat sikit2 cara2 dan bahan2 nk masak daging ni...masak plak depan mata dia, huh...memang gabra...lepas lulus tu, barulah mak dia bagi green light...konon..mcm la anak dia tu putera raja kan...he,he,he...
ReplyDeletehehehehe Noorma ,oo kiranya ni pebret cik hb lah yer?saya tak dak la diuji gitu,kalau idak mau seram sejuk woo
ReplyDelete