Pages

Sunday, June 28, 2009

Cekodok Nasi

Bekpes untuk pagi ni,dah tak tau nak masak apa nasi belen malam tadi ade lagi bila tny cik hby nak makan apa dia cakap wat nasik goreng lah yg sedap punyaaa.Alamak bang semalam dah goreng nasik tekak ni ghase tak mau dah makan nasik,terinagat dulu kakintan pernah kongsi resepi ni kat forum maka terhasillah cekodok nasi pagi ni.makan panas2 sedap cicah ngan sos cili + mayo
Terpaksalah menggoggle sebabnya tak ingat kat mana letaknya resepi tu,so terjumpa kat umah kak Ina KL so minta halal yer kak,Chik mi kongsi kat sini
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum -tambah 4 sudu makan lagi(Chik mi tambah tpg beras)
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air ais
  • 1 biji telur
  • ikan bilis - ikut suka
  • daun sup/daun bawang-ikut suka
  • 1 biji bawang besar di hiris halus-pilihan-lupa bubuh
  • udang - Chik mi tambah
  • garam dan minyak secukupnya
  • *Chik mi tambah secubit double action baking powder
Cara-caranya

1. Masukkan tepung, nasi dan air ais bersama telur. Kisar bagi sebati.
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk dan tambahkan 4 sudu makan..bergantung kepada kecairan yang di kehendaki.
3. Perap sebentar adunan....selepas di perap barulah di goreng seperti membuat cekodok...
4. Sedap di makan panas-panas bersama pencicah seperti sambal, kari ataupun masak lemak cili api.

1 comment:

  1. Nasik pun boleh buat cekodok ek.... wah, bagus2 untuk nasi belen2 yg tak tak tau nk buat ape...:)

    ReplyDelete

Reply