Pages

Tuesday, June 30, 2009

Lemak Labu Berjintan

Salam ,menu tengah ari semalam so jgn nak mengendeng yer muahhaahaha dah bagi warning awai2,plan nak cedok dari dapur MYR tapi semalam tak leh nak masuk so apalagi ku godek2 la sendiri,alhamdulillah cik hby pun sukee
Bahan-bahan:
Labu - direbus sehingga empuk
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*udang kering
* ikan bilis
*1/2 sk jintan manis
*1/2 sk lada hitam
sehiris halia - ditumbuk sedikit
santan
garam
serbuk perasa - jika suka
* semua bahan2 ditumbuk

cara
Masukkan bahan yg ditumbuk kedalam periuk ,masukkan sedikit air pastu renih sehingga mendidih,masukkan labu yg telah direbus tadi,kemudian masukkan air sama paras dgn labu tadi(Chik mi mengguna santan frozen so airnya tak boleh banyak sgt) kemudian masukkan santan tadi masak dengan api perlahan sehingga santan cair,hendaklah selalu dikacau supaya tak pecah minyak,perasakan dengan garam tunggu sehingga mendidih ,boleh la ditutupkan apinya.
taraaaa siap

Lemak labu ni kalau makan dengan ikan pekasam & sambal belacan perghhhh sedapnya mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan.hihihihih

3 comments:

  1. abis dahhhh!!!! baru nak mintak semangkuk. huhu!!!

    ReplyDelete
  2. Masak lemak labu best neh... kalau kat kampung, diorang suke buat sira labu time kenduri kendara.. pun best gak :)

    ReplyDelete
  3. Salam, lemak labu ni, kalau lawan dengan sambal tumis udang perrg, cakap pun tak guna.

    ReplyDelete

Reply