Pages

Friday, July 31, 2009

Award Lagikkkk


Terima award dr Ayu Spore, tq Ayu, semoga persahabatan kita diberkatiNya ...Amin,Kepada pengunjung umah chik mi sudi2kan lah ambik dan tempek kat umah yer
(psttt Ayu hw nnti yer skrg ni bz skit)

Tuesday, July 28, 2009

Bingka Roti Berjagung


Sudah jatuh chenta ngan resepi ni,so bila ade je roti yg tak termakan tu chik mi masukkan dlm esbok so jadilah projek ni

Atehnya tu ireng skit sbb cik hby suke yg garing2 gitu,kalau nak tk resepinya kat sini yer.

Monday, July 27, 2009

Posto ! Posto

Jeng2 ,apa tu ek?masa ari sabtu aritu lepas solat chik mi duk baring2 ,tetiba Sabrina panggei,ibu2 ade orang pos antaq barang kat ibu kotak besar lagi.Hah sapa tu dik ?entah lah ibu adik tak tau lar.Ooooo yang ditunggu dah tiba,hadiah dari kelab birthday Myresepi.Dikesempatan ini Chik mi ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua AJK yang bersusah payah ,membeli,membungkus mengepos ,Terima kasih Knor,Lily,Izah dan Ayu jasa uols akan ku ingati selagi hayat dikandung badan ...InsyaAllah
Terima kasih Lily,sebab membalutnya sebijik2 walaupun ade 1 yg pecah

Sunday, July 26, 2009

Homemade


Jeruk ambra ni bukan dr chowrasta market tu tau,yg ni hm lagi sori ye makyung2 jgn la mengences pulak,nak buatkan jauhhhhh sangat,nnti balik mesia Chik mi poskan na
Bawang goreng punya stok dah pinish,bila g market nampak bawang merah yg cantik2 & besar chik mi untuk buat bawang ni.Stok sokmo ade sbbnya chik mi suka makan mee ngan bawang goreng,Yg ni Sabrina siap buat snack lagi mmg best....
Mee ni di buat oleh cik hubby ,uli - menguli dibuat oleh cik assistant,pastu my laling yg mengeleknya sampailah proses menjadi mee.Resepi kat Myr nun
Sardin kali ni kureng menjadi,mungkin chik mi tutup tudungnya tak betui kot,tp rase ttp manten...Janganlah pcku itew kiok sbbnya dah 9 thn duduk ngan Chik mi

Saturday, July 25, 2009

Bubur Jagung Wif Sagu


Requst by my laling,masa p market pg tadi nampak ade org jual jagung ni,fresh jugak ingat nak buat jagung manis by Azie ,tup2 cik hby tanya nak buat apa jagung tu?Chik mi jawap nak makan apa?so dia cakap buatkan bubur so tukar plan la tak pe kita Kiv dulu ye jagung manis

Nasi Lemak Kukus

Nasi lemak request by along,dah lama tak makan nasik lemak ibu katanya,tp tak sempat nak buat sambal ikan & telur rebus sebabnya along n angah ade kelas tambahan pagi ni

Hanya cik bilis aje yg sempat so layannnn
Tempat kukusan ,selalunya bila buat nasi lemak mmg chik mi guna kukusan ni.Ari tu nampak kat umah Zila ,sekarang dah patern baru kut, yg ni Chik mi beli 2 tahun lepas amat murah rm13 je,tp sekarang ni dah tak de stok sbbnya Cik Ros dah takut nak ke seberang Sempadan Siam sana sbb keadaan tak aman.
* Kukusan ni tak ade penutupnya so pandai2 lah kan,ari tu chik mi guna tudung periuk tp susah nak bukak sebab flatkan so skrg ni chik mi guna penutup periuk nasik lama

Thursday, July 23, 2009

Roti Tuna Bercheese

Salammmm,huhhuuhuhu dah penuh sawang umah ni,sori semua yg tinggalkan jejak dah baca tp tak berkesempatan nak membalasnya.Tq masih ingat kat chik mi ye....,Semalam tgk kat umah ita ade roti ni ,duk terpikir gak nak buat semua bahan dah ade,so plan pun berjalan ler sbb boleh buat bento aka bekalan anak2 bwk p skoll ngan buat chik mi bersahur pagi ni



Cikgu ngan sifu 2 semua berapa markah nak bg ni ,hihihihihi masih lagi keras tgnku ini

Chik mi taburkan sikit chili Flakes nak kasi pedas2 skit.
Sori ita akak guna doh Bun Pandan sbb nak buat ita nye resepi fresh milk x de stok la pulak
apa2 tq so much semua,nak kena pratise lagi ni.

Sunday, July 19, 2009

Roti Jala Vs Kuah Durian


Menu bekpes semalam,dah lama duk plan ,tp bila virus M melanda plan tinggai plan je la,Roti jalaku itew terlebihla sudah warnanya.

Sesekali layan roti jala bestkan,selalunya cicah kuah gulai aje tp bila buat kuah manis ni angah mula2 pelik2 tgk muka ibu,pastu bila suruh makan jawap nntilah,tahulah tu malas nak mencuba.bila Chik mi balik dr market ayat pertama yg keluar dr mulut angah,sedaplah ibu kuah tu,ha tahu pun angahkan.Along seperti biase mmg suka kuah manis ni,so no hal lah
N3 untuk ijah yer,sori akak tak sempat..

Kuah Durian My Style
Durian - amik dlm 3-4 ulas
Santan
Gula melaka
Secubit Garam
Tepung gandum - 1sb

Cara cara
Isi durian di blend dgn sedikit air,kemuan masukkan semua ke dalam periuk masak sehingga gula hancur,kacau terlalu cair amik tepung gandum bancuh dgn bancuhan tadi masak sehingga pekat...

Sepetang Dipantai


Ari sabtu ari tu along ajak p pantai nak ambik pasir nak buat xperiment kat skool,So lepas asar budak2 pun siapla.Ntah apa la si along duk jerit tu,mungkin suruh adik2nya tengok layang2 kot,masa tu ramai yg duk main layang2..

Tengok la sabrina sekali ngan baju2 di basah ,bila cakap dia kata adikkan bawak baju salin ,iskkkk anak.Duk membina istana pasir,Pantai ni dekat je dr umah dlm 10 min,tp airnya kotor sbbnya ade pembinaan kat Pulau jerejak tu.Gambar kat belakang tu Pulau jerejak..

Jus Ambra

Meh kita minum jus ambra aka kedondong .sekarang ni selalu nampak cik ambra kat Giant tu yg cepat2 chik mi sambar.Kalau taruk asam masin aka asam boi lagiiiiii best,tp stok elek la so layan je lah

Gulai Rebung Masam Wif Tulang Ayam

Salam semua,ni menu tengahari semalam,seperti biasa alasan bzzzz,sebenarnya chik mi pestime beli rebung ni,tak tahu nak masak apa,last week dah masak lemak cili api,lepas tu chik mi buat jeruk,chik mi tanya ke ofcmate chik mi ,cik ros camana nak buat jeruk rebung,so dia cakap cuma rendam ngan garam je.tapi kena selalu tukar air takut nnti rebungnya reput.Selepas seminggu chik mi pun buat gulai ni sebabnya hanya ade rangka ayam je dlm esbok sbb tak p market lagi.cik Ros sokmo masak gulai rebung ni campur ngan ayam,daging atau sardin.Bila dah buat tu wallaaaaala sedapnya,nasib baik tekak ku ini boleh terima.
Yang ni pulak masak untuk anak2 takut depa tak mau makan gulai rebung,tapi along alhamdulillah suka jugak,chik mi sebenarnya nak ajar anak tak jakun macam chik mi,banyak benda yang chik mi tak makan sebabnya arwah ayah chik mi tak makan so mak mmg tak masak la.

Saturday, July 18, 2009

Bun Pandan


Akhirnya cik assistant memulakan khidmatnya,geram aje tengokkan semua umah dah ade bun pandan ni,so mlm tadi Chik mi pun menambahkan sedikit Vitamin R kat badan ni.Sedap gebus aje,tp x de sekaya so masukkan coklat masakan kat dlm bun tu.sedappppp.tq kak sifu memberikan tips dan tunjuk ajar.tp still kena perbaikki sana sini.tak pe practice make perfectkan....

Nasi Goreng Tomyam


Siaran tertunda lagi ni dah tak tahu nak masak apa,terpandang resepi dak Hana ,guna kiub Knorr terlebih masam la pulak ,apa2 licin jugakkan.Thanks yer Hana ..

Friday, July 17, 2009

Kad lagi




Ini pulak kad dari Linda,tq sis sungguh terharu acik,semoga persahabatan kita diBerkati dan diRahmatiNya....Amin.

Terima kasih Suzi ,sungguh terharu,semoga persahabatan kita diberkati yer Dik.

Yang ni pulak dari kak intan,tq kak sukeeeeeee

Wednesday, July 15, 2009

Udang Sedunia

Salam ,sekarang ni saham cik HP ni tengah naik ,masuk mana2 dapo mesti ade menu HP,so chik mi pun tak mau tertinggal ketapi,jom kita layan .......Tq dayang sedap sehingga menjilat jari.
Yang ni pulak untuk my laling ,kalau udang nak yang goreng2 je,so dah nama isteri ni kena la ikutkan.Nampak kat umah Masz ari tu nampak sedap je,chik mi guna udang saiz M je tapi mmg sodap.Tq sis
Resepi ni chik mi CnP dari umah masz ye.Masz ijin yer halalkan kongsi kat sini..
Bahan:-
15 ekor udang sederhana
3 sudu besar marjerin/butter
2 tangkai daun kari (hiris)
3 biji cili padi (hiris bulat) - ummi letak 5 biji
5 - 7 sudu besar bijiran nestum
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng udang

Cara Memasak:-
Lumur udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sebentar. Toskan. Kemudian cairkan marjerin di dalam kuali yang bersih. Tumis daun kari dan cili padi hingga wangi. Masukkan udang dan gaul sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa...gaul. Masukkan nestum dan gaul sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Terima kasih Semua

Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meraikan hari jadi yg ke......sungguh terharu,terima kasih kepada semua yg memberikan ucapan sama ada melalui sms, cbox dan ucapan kat forum...terima kasih semua.
Dari Kak Ham ~ Tq Ngah
Dari Knor aka Kak sifu ~ tq kak
Dari Hunny ~ tq sis
Yang ni dr my laling tq so much,terkojut acik mase ofcmate chik mi panggei kate ade orang nak jumpe.....

Tuesday, July 14, 2009

Sambal Ayam

Dah tak tahu nak masak apa,teringat ari tu Hazila ade masak sambal ayam ni so Chik mi pun try la jugak,ok satu kelainan resepi dr Love2cook .Thanks love

Monday, July 13, 2009

Cempedak Goreng

Balik keja tadi sempat goreng ni,ari tu g umah kakak dia ,anak sedara chik mi bagi,isinya alahai comei2 je,cukuplah buat kami anak beranak,sori gambar tak comei dah tak larat nak posing2 hihihihi

Sunday, July 12, 2009

Seperti Yang Dijanjikan

Hanya ini saje yg dapat dirembat masa sales ari tu,sebenarnya Chik mi sekeluarga lebih gemar yg putih polos dr munge2.tapi kalau bunga tak banyak ok lar.Jeles tenguk kat umah Hazila semuanya comei2 belaka.Tahun ni yg banyak yg bunga2 tu so selamat lah poketkan......
Yang ni hasil rembatan tahun lepas,ade jugak yg bunga2 tp tak la banyak,last yr Chik mi pergi 2kali jugak tp kali ni hanya sekali saje tp salesnya extend sampai besok..

Laksa

Salam ni menu siaran tertunda ,entah sekarang ni macam tak cukup masa je update kat sini,so bersawang sokmo umah ku ini,Terima kasih pada sesapa yg sudi tinggalkan jejak kat cbox tu yer semuanya dah dibaca cuma masa agak terbatas sekarang ni .bukan bermakna dah melupakan kengkawan semua cuba masa amat mencemburui kita,cewah panjangnya mukaddimah ni.
Dah lama ikan sardin duk parking kat esbok tu ,so ari tu tanya kat cik hby nak makan laksa ke nak buat sardin HM ?jawapannya dah tahu kan.. hihihi
Kat umah ni kalau laksa bahan utama mesti ade nanas ngan daun pudina,Chik mi tak suka ngan petis so mmg tak de stok lar,setengah org suka letak petis siap2 dalam kuah ,sbb tu chik mi jarang makan laksa kat luar,selalunya anak2 je yg beli kat pasar malam.

Award Dr Kak Intan


Salam ,dah lama angkut award ni tapi baru berkesempatan nak menggantungnya,terima kasih yer kak

Thursday, July 9, 2009

Metrojaya Warehouse Sales Coming Back

Ari ni (9 - 12 julai) metrojaya warehouse sale datang lagi ke Pisa Penang,so apa lagi warga utara jom kita serbu,tahun lepas Chik mi p koyak la jugak poket ni mengangkut pinggan mangkuk,Hajat di hati nak singgah masa balik nnti InsyaAllah semoga di permudahkan perjalanan.

Mee Kari Udang

Salam, ni menu weekend baru ni lupo nak boh kat cni.Duk tunggu mek kajang pos tak sampai 2 pun so Chik mi pun buat ler sendiri..... hihihih Masz windu ke mu jua,sekarang ni masa utk Ol mmg terhad sejak ditukarkan ke tempat lain,time lunch tu cepat2 lar on nak melepaskan rindu ke kawan2.

Presentation tak cun sbb tuan umah dah lapo nak makan

Resepinya Chik mi main campak2 je .kat dapor MYR tu ade masz poskan resepinya ,so sesape yg nak bolehlah refer kat depan sana ye.

Tuesday, July 7, 2009

Ikan Bakar Portugis


Menu dinner malam tadi kes mengences tgk ramai yg dah buat,Ari tu p market nampak ade ikan tenggiri so belila seekor,plan nak masak asam pedas uiks asam pedas lagi last minit teringat ke ikan bakar ni so jadi lah ikan bakar portugis

Copy dari umah Nur .Nur mintak halalkan ye
Bahan-Bahan ~ resipi Chef Wan
1/4 cawan minyak masak
air perahan daripada 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu kicap pekat
garam dan gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal, dibersihkan
daun pisang

Dikisar Halus
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, dikupas
1 batang serai, dihiris halus-halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

Cara-Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.

2. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang .

3. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180c/350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.

Butter Prawn

Salam N3 ni utk Ain yg Jb tu nak resipi Bp ari tu ,tp jgn terkojut gambaqnya bukan BP tapi botoi Mayo yg Chik Mi guna hihihihihi ain kalau guna botoi yg besa tu pon boleh saje je nak eksen

Ain ni resipi 1. cedok dr umah Knor (Knor halalkan ye)
Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
Resepi 2 - sy ikut resepi ni utk goreng udang yg jurainya ikut Knor cam dak Ika jugak
Ain webnya tak leh bukak la ade problem nnti Chik mi try lagi yer .sori mori stoberi