Pages

Tuesday, December 15, 2009

Roti Jala~hasil Jalaan Along & Angah~

Salam,mari kita nyanyi jan2x jala itik jala ayam ......sendiri sambung ye,hasil jalaan anak2,chik buat utk bwk ke umah abg sbbnya abg yg KL baru balik dr Mekah so dia orang balik tengok mak yg kurang sihat.Tapi tak sempat nak makan sbbnya depa sibuk ngan urusan bila malam smpi kat umah Pak Jang roti jala udah pinish,sian depa tak pe nnti bila ke sana chik buatkan ye,chik buat banyak sekg tepung,tapi dah tak de rezekikan.Bila chik stop nak p solat along ngan angah take over,sorang menjala sorang lipat.Tengok ler bertapa tebalnya jalaan depa,sambil duk gelak2.,pastu lipat pun ade mcm2 pesen ,kejap kut belakang kejap kut depan tak pe la asalkan depa happykan.Saje je nak bg depa xperience turun kat dapo jgn asyik mengadp tv ngan pc je kan.. Along cakap ibu nnti masukkan dlm blog ye hasil kerja tangan along.



Chik cakap ngan along n angah nnti P Teh makan 2 keping je dah kenyang,hihihihi.Tengok tu ade yg terjelir lidahnya.
Update:
Selalunya chik guna rcp dr kak ummi,mintak izin ye kak cnp kat sini

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning
  • Bahan Inti:-
  • 1 tin besar sardin (Ayam Brand) - buang sosnya
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Untuk Roti Jala - Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.
  2. Untuk Inti - Panaskan minyak, tumis aja lah bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan air asam jawa dan sardin. Masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan. Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.
  3. # chik selalunya selepas blend ditapis supaya acuannya tak tersumbat.

6 comments:

  1. bila le ain nak menjala pulak ye. bdk2 dh request dah tu!!! adoii...nape la malas sungguh ni!!!

    ReplyDelete
  2. salam mimi,
    cantiknyer roti jala dia,guna acuan apa tu...teringin nak cari jugak...

    pandailah anak2 mimi menjala...hehehe

    ReplyDelete
  3. Wow, ok what jalaan tuh! hehex...janji masuk perut!! kihkih...

    Love still looking for the mould! Errr :(

    ReplyDelete
  4. wah chik....cantik la jalaan tu.....mmm msti x sabaq nk ngap no...bek la mai ckit.....nk gak rasa...kari ayam sama tau......sedappppppppppp

    ReplyDelete
  5. Cantiklah Along menjala. Jadi empat segi. Naper tak amek gambar step by step cara menjala tu. Leh gak cuba try test...

    ReplyDelete
  6. nampak senang... macam sedap...

    ReplyDelete

Reply