Pages

Friday, April 23, 2010

Sambal Goreng Pengantin

Menu ulang tayang,nak buat camnekan dah big boss cakap dah lama tak buatkan lauk favourite diakan,so korang layan je lah.
Jom kita tengok resepinya.
Bahan - bahan
Paru*- direbus ,potong dadu dan digoreng
Hati*- direbus ,potong dadu dan dipotong
Udang - buang kulit & goreng sebentar
bahan-bahan blend
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Lengkuas
Belacan
Cili merah potong serong & digoreng
Bawang goreng-kalau nak sedap kena yg homemade
Pati santan - chik guna dlm 100ml tapi tak habis guna
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa - jika suka
Cara-cara
Paru & hati direbus,dipotong dadu dan digoreng,udang digoreng sebentar,kemudian goreng cili merah semua bahan digoreng berasingan dan di ketepikan.Tumis bahan yg diblend sehingga garing,masukkan asam keping dan sedikit pati santan masak sehingga pacah minyak,masukkan garam,gula ,kemudian masukkan bahan2 yg telah digoreng ,gaul sebati kemudian masukkan cili merah n bawang goreng.Sekiranya terlalu kering masukkan sedikit santan.Siap utk dihidang.

7 comments:

  1. salam chikmimi...wah!ada lauk manten la tp manan mantennya?hukhukhikhik..t/kasih la mendoakn k.atie yer.nanti dtg umah akak..amik munge....

    ReplyDelete
  2. Wah, kak rose nak jugak lauk manten yang sedap tuh...ngences je nengoknya...nak buar tu x sanggup rasanya sbb renyah sangat,,, x rajin sebenarnya!!!!!

    ReplyDelete
  3. salam chik mimi,
    Adus...sedap sungguh paru ngan hati. nanti nak pujuk Hubby beli paru..
    ada lagi tak balen2 kak? buat pengantin lama nih...hikhik.

    ReplyDelete
  4. Salam Chik,
    Ni kalau bukan pengantin boleh makan tak? hihihih.
    Ijan

    ReplyDelete
  5. Salam Chik Mimi,

    Kalau balik Johor kg hubby my in laws cukup suka buat lauk ni.

    ReplyDelete
  6. salam chik mi, cam no eh nak rebus paru tuh bagi cepat empuk..mokwo bercinta tullah kalu nak masak paru..kok di rebus asyik nak timbul jek!

    ReplyDelete
  7. Salam Mimi, ini dia lauk kegemaran akak, sedapnya!!

    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete

Reply