Pages

Thursday, May 13, 2010

Ikan Tongkol Masak Kuali

Salam, dah lama tak tayang gambar masakan,sampai merajuk kakasma tu sebab tak hidangkan makanan hihihi,ok lah sebenarnya ni menu yg dah lama tak sempat nak masukkan n3 sebabnya sibuk sikit sekarang ni samapi ke next week,weekends pun kena pulak kursus ,huhhuuh kena kerja 7 hari huwaaaa beh tahan.Oh tidak panjangnya mukaddimahnya,resepi asal Kembung Masak Kuali by Che Iza,tapi Chik mi tukar guna ikan tongkol,memang sedapppp,pestaim buat ni semua suka ,pastu bila tak de idea nak masak apa memang masak ni le,suke sebab penggunaan halba memberikan bau yang sangat wangiii.

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.
Source: Che iza Myr

4 comments:

  1. salam chik mimi,
    nak tumpang makan...hihi. mengancam sungguh lauk tu kak.oh, masuk halba, santan..special nih. Teringat mama saya dulu2 kalu buat ikan tongkol, rebus pastu goreng, pastu buat sambal.

    Halba2 ni, saya tadi baru goreng udang dengan halba jugak. menu ulangan jer ;)

    ReplyDelete
  2. salam chik mimi
    wah kena kerja straight 7 hari!..kita pernah kerja 14 hari straight..!..mata dah tak boleh tahan tengok computer, kepala dah berat..lepas tu demam!mental block gitu...hehe..
    anyway take care dinda!!!..
    after this take leave lahhh!!!..mengajar pulak eh..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Chik,
    Chik sihat? sedap tu makan ikan tongkol dengan nasi panas. pastu ada pulak sambal buhlacan... huhu...

    Nanti kena rehat tu lepas kurang sibuk cikit :)
    Ijan

    ReplyDelete
  4. oowwwhhh..ni namanya masak kuali ye. ain selalu gak buat. tapi tak tau la apa nama resipi. sedapkan resipi ni!!

    ReplyDelete

Reply