Pages

Saturday, June 19, 2010

Gulai Ikan Tongkol

Salam,hari ni chik mi nak upload gulai ikan tongkol a.k.a gulai ikan aya yang chik mi buat bersama dengan nasi dagang hari tu.Bila dah malam baru teringat nak ambil gambar,semua bahan rencahnya pun dah habis.Timun dengan cili api tak dapat ler berposing bersama-sama dengan cik ikanku ini.Resepinya chik mi ambil dari rumah Kak cm,mmg sedap ,selepas ni mmg akan ikut resepi ni ler selalu.Thanks kak mintak izin untuk CnP kat sini yer untuk rujukan nnti senang.








Thanks kak sudi kongsi yang mabeles ni.

Bahan-bahan untuk lauknya:

4 keping ikan tenggiri-potong seperti gambar diatas.
(sepatutnya guna ikan tongkol )
1 1/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering
1 biji timun -potong ikut selera masing-masing
6 biji cili api
1 inci lengkuas
1 keping asam gelugur
7 ulas bawang merah
5 biji telur rebus.
1 inci kunyit hidup
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
minyak untuk menumis

Cara-caranya:
Blend cili kering,kunyit,lengkuas dan bawang merah hingga sebati.
Campurkan dengan 1/2 paket rempah kari ikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik baunya.
Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih baru masukkan santan pekat.
Kemudian masukkan ikan dan timun serta garam dan gula+asam keping.
Biarkan mendidih hingga ikan masak baru taburkan cili api.
Last sekali letakkan 5 biji telur rebus.masak sekejap dan padamkan api.Siap:)
#Chik mi guna ikan tongkol ,chik mi rebus menggunakan pressure cooker malam sebelumnya dan biarkan semalaman.
# Chik mi tak letak telur rebus.

3 comments:

  1. gulai ikan aya ni mmg best..time dok trg dlu.mmg slalu mkn nasi dagang trg yg putih tu..ngn gulai ikan aya nie..mmg masyuk..bleh kata,tiap2 pagi nk makan..nk bt mmg xpandai..bli je lah jawabnya..

    ReplyDelete
  2. Salam Mimi, tengok gambar dah tau, memang sedap gulai ini, masuk list dulu...

    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. cikmi, gulai tongkol ni mesti kena gaya masak ek baru sedap.
    gulai ikan tongkol cikkmi tu nampak mengancam..

    ReplyDelete

Reply