Salam,alhamdulillah sekejap aje dah seminggu umat islam berpuasa,nasi ayam ni menu berbuka hari ahad yang lepasi,alhamdulillah licin periuk nasi,anak2 memamg pebret dengan nasi ayam tp ayahnya pulak kurang.Dah ramai yang mencuba nasi ayam ni,tapi chik mi menderhaka sikit kat sup dengan ayam tu sebabnya anak2 tak suka clear sup so chik mi tambah rempah sup dalam sup.ayam pun chik mi tambah lada hitam.
Sila abaikan meja yang berselerak tu ye.,kat umah ni kalau ayam selagi tak itam mmg tak laku nak pulak nasi ayam hainan mmg tak disentuh
Resepi Nasi Ayam Ipoh ~by Quinnie
Bahan-bahan ( sekeluarga )
- *BAHAN NASI*
- 4 mug beras
- 4 1/2 mug air rebusan ayam
- 2 inci halia*
- 3 biji bawang putih*
- 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 helai daun pandan
- 4 sudu mentega
- *BAHAN AYAM*
- 1 ekor ayam
- 3 biji bawang putih*
- 1 inci halia*
- 3 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
- *BAHAN SUP*
- air secukupnya
- 4 bawang putih diketuk
- 3 inci halia di hiris
- 3 helai batang bawang
- 1 biji sengkuang dipotong dadu
- 1 sudu besar serbuk lada sulah
- *BAHAN CILI*
- 10/15 biji cili burung
- 6 biji cili merah
- sedikit halia (ambik dari rebusan)
- 5/6 biji bawang putih
- 1 biji limau kasturi/nipis
- sedikit air dari air rebusan ayam
- garam n gula secukupnya
- *BAHAN KICAP*
- 5 biji cili burung
- sedikit halia (ambik dari rebusan)
- 4/5 biji bawang putih
- kicap secukupnya
- air rebusan ayam secukupnya
- tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
- *BAHAN TAMBAHAN*
- tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara-cara
- mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
- selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
- cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
- penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
- cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
- cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
- cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
- selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
Salam chikmimi,
ReplyDeleteHu.. cantiknya hidangan kak. ala-ala restoran gitu. macam kami jugak, kak. tak bape masuk clear soup. kalu dapat, nak yg ada rempah skit. hihi
salam mi,
ReplyDeletenasi ayam ipoh!!!!!..sedap tu..
terbayang2 dah rasanya..tapi bulan posa, my family buka tak suka makan nasi ler..suka mee & cemilan gitu..tengoklah kalau dah tak idea nak masak apa, kita tak ulik, kita buat ni jugalah..hehe
Salam Chik Mimi..wah nasi ayam ipoh nampak...ni kenalah orang duk ipoh pun try ni hu hu hu..blum tentu jadik lagik ni...
ReplyDeletesalam mimi..akak pun memang suker buat nasi ayam ipoh ni..memang best kan
ReplyDelete