Pages

Wednesday, September 1, 2010

Snow Almond

Salam ,yehaaaa akhirnya sempat jugak chik mi buat kuih raya,buat hari sabtu hari tu dengan angah,mulanya plan nak buat jejari oats tapi teringat last year ikut resepi kat majalah tak menepati piawaian sbbnya berderai ,so tukar plan B buat snow almond pulak,itu pun tak ikut resepi asal sebabnya bila salut dengan coklat chik mi tengok sememeh aje ,pastu bread crumb gantikan dengan susu tepung(thanks alma bg idea)sebabnya takut anak -anak tak suka.Alhamdulillah bila dah jadi sedap pada anak tekak chik mi dan crispy sebab ada nestum agaknya,Along tiap-tiap malam kerjanya mengangkut biskut ni je la,sedap katanya sebab crispy



Resepi asal dari MYR.Thanks tuan empunya resepi chik mi CnP ye

Bahan-bahan ( bergantung saiz penerap yg diguna )

  • BAHAN A:
  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil esen kopi- chik mi tak letak
  • 1 biji kuning telur
  • BAHAN B:
  • 220gm tepung gandum
  • 70gm tepung ubi
  • 50gm nestum - dikisar
  • 40gm badam kisar- chik mi guna almond nib
  • 1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung
  • *Chik mi letak 2 sudu serbuk koko
  • HIASAN:
  • Coklat masakan - dicairkan-Chik mi tak letak
  • white breadcrumb-Chik mi guna susu tepung

Cara-cara

  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.
Source MYR

3 comments:

  1. chik mi pun dah kna demam ckut rya ye..takpe2 buat bnyk2 ye..nti kita dtg braya..hehe..slmat brbuka utk chik mi sklrga..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikumwbh Chik Mi,

    Apa khabar dear? Lauk apa iftar tadi? Ayu nengok recipe snow almond ni menarik sgt, tapi nak tanya Chik Mi. Chik Mi tak guna white choc kan, so biskut tu sejukkan dulu ker before dip dgn susu. Ayu suka lah tang susu tu....

    ReplyDelete
  3. Salam chikmimi,
    Bunyi snow2 ni, da terasa kat tekak mesti sedap biskut ni bersalut susu.. :D
    Seronoknya kak ada pembantu ms buat cookies. saya aritu nak tempah my adik siti. tapi dia kerja pulak. huhu..

    ReplyDelete

Reply