Pages

Thursday, October 14, 2010

Homemade Sardine


Salam,lamanya tak buat sardin sendiri ni,masa p market weekend lepas nampak ler ikan sardin aka selayang ni gumuk2 n& bolat2 chik mi ambik ler hajat nak buat sardine kalau tak pun buat laksa sedap gak.last2 buat  
homemade sardine.tapi kalai ni chik mi tak guna tomato puree,chik mi gantikan dengan cili blend,so jadiler Sardine in Chili Sauce..,maaf ye Cik Mat bukan memandai nak ubah resepi ,cuma nak mencari kelainan ,nak bagi pedas sikit.


 Izinkan chik mi share kat sini ye cik mat,terima kasih banyak2
 Home made sardine
BAHAN-BAHANNYA :-) By CMG
700 g ikan tuna-Chik mi guna ikan selayang aje a.k.a ikan sardin
1/2 cawan tomato puree~ chik mi gantikan dengan cili blend
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air
1 batang serai ~ chik mi tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

10 comments:

  1. Okay...ni menarik minat Akak sebab ada cili blend tu....olahan yang superb!!!! Heeee..kalau dah tin kan tu hantar mai kat tepi sia tau!!!!

    ReplyDelete
  2. nak report kat taukey sardin jap. muehehehehe

    ReplyDelete
  3. hu hu hu tgk tu.. kita tang sardin kuar dari tin jek.. akak siap wat sendiri tu.. eh kak.. nak tanya camana bentuk periuk tekanan tu? he he he x pernah tau..

    ReplyDelete
  4. Salam chikmimi,
    Uish... sadin homemade. lapo nasi ni..
    buat orang meleleh jer dengar pressure cooker.. huhuhu.... :D

    ReplyDelete
  5. kak watie okeh kak siap hehehhhe

    >jiya ala jangannnn ar nangis kang

    >erma @halamanku periuk tu ade tang ateh nun = pressure cooker

    >Nurindah @ indahhse salam hehehehe jgn ler meleleh ye

    ReplyDelete
  6. alamakkk nih yg jeles nih ader sardin homemade! mintak satu kilo kak!

    ReplyDelete
  7. chik mimi:wahh!akak ada belen ikan selayang ,lebih wat laksa tu hari.best ni .nak masuk list lah chik mi..erkk??..camne akak leh tak jumpa kat umah mat ya..

    ReplyDelete
  8. Salam,
    nak cuba buat jugak lah, meleleh dibuatnya

    ReplyDelete
  9. WOW, homemade sardine...I'm joining U!! :D

    ReplyDelete
  10. Pergh....chik mimi...advance ar...tak terfikir lak nak wat ni bila byk tuna kat belah terengganu...asal tuna/tongkol wat curry nasi dagang or sambal nasi lemak.....cedap nampak kan? Ayu suka makan sambal sardin ni dgn buh byak bawang..:)

    ReplyDelete

Reply