Pages

Monday, November 8, 2010

Crispy Potato Wedges


Salam,meh ler kita makan wedges panas-panas ni,dah lama potato russet tu duk tergolek dalam bakul kat dapur tu,bila big boss cakap nak makan wedges dengan cepat dan pantas si assistantnya p ke dapur.resepi dari nOOrsha.Thanks Sha akak cnp kat sini ye

 Crispy Potato Wedges~ by nOOrSha

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji~chik mi guna russet potato
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut~chik mi guna tepung goreng ayam
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

9 comments:

  1. maceh kongsi resepi.. patut la kentang tuu gebussss rupeenyee direbusss dahulu..ahakss nanti kak nak try laa..

    ReplyDelete
  2. Salam mi cyg,

    hai mi 2 kali knur hantor msg kat shoutmix tu tapi tak mo keluar...bertuah betul...

    mi, akak dah bersila ni...mana hidangan nyer, knur nak semua sekali...sampai kenyang baru knur balik umah tidur...hehehe.

    ReplyDelete
  3. These potato wedges look real good! Just like the one selling outside. I should try this at home. Thanks chik Mimi for sharing the recipe :)

    ReplyDelete
  4. Salam DiHulur Maaf Di Pohon...

    Sedapnya Potato Tu...Kalau Buat Sendiri Ni 1 Kilo Kentang Tak Cukup! Hahaha

    ReplyDelete
  5. salam kak mimi comeyyyy,

    anak sy isa suka sgt potato wedges.
    dia memang tak mkn nasi...kenyang mkn benda2 camnilah...atau roti with kaya...dan minum fresh milk atau susu.

    risau juga sy tapi tengok badan dia ok je...

    ReplyDelete
  6. adoyai...
    cedappnya..siap ada garis2 lg..yummy!

    ReplyDelete
  7. harus dicuba nih.. wat minum petang.. mmg feberet kentang2 nih..

    ReplyDelete
  8. Salam Chik mimi,
    Mmng sedap potato wedges ni...kena buat sendiri, lagilah sedapnya...

    ReplyDelete
  9. Salam Chik mimi,
    Mmng sedap potato wedges ni...kena buat sendiri, lagilah sedapnya...

    ReplyDelete

Reply