Pages

Sunday, November 7, 2010

Nasi Beriani & The Gang

Jemput makan,plan asal nak buat nasi tomato,tapi big bos request nak nasi beriani dengan ayam masak ros, so tukar ke plan B la pulak.semua bahan dah ade so cepat je masak,pukul 12.00 dah siap untuk dimakan.

 ~Nasi beriani ~
3 cawan beras basmathi~di basuh bersih dan direndam 20 min
  31/4 cawan air
1cawan susu  cair
3 sb rempah beriani~dijadikan pes
2 sb jus sunquick
2sb minyak sapi
1sb butter
Sedikit minyak minyak
 4 ulas bwg merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Kulit kayu manis,Bg lawang ,Bg cengkih & Buah Pelaga(4 sekawan)
Sehelai daun pandan ~di simpul
Seketul kecil gula batu
Garam secukup rasa
2-3 titik pewarna kuning ~jika suka
Bahan hiasan
Bawang Goreng
Daun pudina
Kismis ~lupa nak letak
* dikisar halus
Caranya
Beras yang dah direndam di basuh bersih kemudian ditoskan.Tumiskan minyak sapi,butter dan minyak masak,masukkan rempah 4 sekawan tumis sehingga wangi,masukkan daun pandan serta bahan yg dikisar tadi,masukkan rempah beriani tumis sehingga garing.masukkan beras yang telah ditoskan tadi kacau sehingga beras serta rempahnya sebati.masukkan air serta susu tadi,masak sehingga semuanya sebati,masak sehingga airnya kering kemuan transfer ke dalam rice cooker.Bila dah keep warm jangan terus di buka tudung biarkan nasi terus masak sehingga 15-20 min,selepas tu baru digembur perlahan-lahan.
Ayamnya nnti chik mi upload later ye


4 comments:

  1. salam mimi,japgi akak sampai..malas nak masak nasi..dah habis longgar semua satu badan nih,,nak menyuap pun dah rasa mengantuk..hehe

    ReplyDelete
  2. chik mi,menu kita sama!!!! nasi beriani n the gang... tapi mie gangkan nasi beriani dgn ayam msk merah...tukar lauk nak????

    ReplyDelete
  3. nk oder nsi n the geng ni 2 bngkus ye..sirap limau skli..hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam Chik Mimi....Dtg Sini Di Jamu Dg Nasi Beriani...Terliur...

    ReplyDelete

Reply