Pages

Sunday, December 19, 2010

Apam Tepung Beras



 Assalamualaikum,hari tu musim apam berjalan dari satu rumah ke satu rumah chik mi tak sempat nak buat,so bila ade kesempatan chik mi pun terkena juga virusnya.Dah lama tak buat apam pebret anak-anak.Ade yang sengih kerang busuk ,ade yang senyum kamben ,ade yang senyum simpul ,bak kat macam-macam adaaaaa.yang dalam ramekin comel ni senyum malu-malu gitu,yang sengih kerang busuk dah kena hijack awal-awal lagi.
 
Yang pecah mekar ni jatuh wap air la pulak walau pun dah tutup tudungnya.
resepi seperti biasa dari Kak watie.chik mi cnp balik kat sini ye.
Apam tepung beras ~by Kak Watie

Bahan-bahan:
  • 1 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula putih
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  • sepeket kecil eno
Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi). Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

11 comments:

  1. nak pinggan daun tuu.. muehehehehe

    ReplyDelete
  2. alamak!
    comelnya..
    nak 2 ketul..
    ramekin tu slalu org cari kat mana? x penahnya jumpa..

    ReplyDelete
  3. chik mi, system barter jom!!! mie bwk biskut koko rangup sepiring kecik, chik mi bagi apam beras 5 ketui boleh???hehehhehe....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam Mi cayang,

    Nih akak dtg bawakan mi ayam goreng...meh kita bentang tikar..mkn berdamai...apam tu nanti bekalkan knur buat sarapan esok pagi...hehe...

    Mi, kanda mu yg lagi satu tu ngah sedap mkn angin...akak kat sini yg nangis tergulek2...hihi.

    ReplyDelete
  6. akak...esok esok nak try jugak resepi apam kak watie ni... ke dah terlepas dah mmusim apam ni? hehee

    ReplyDelete
  7. salam chikmi,

    peh! kat sini pun dah ada apam beras. kalau i buat apam beras, alamatnya I sorang2 je la makan.. hehehe.. comey sungguh apam2 chikmi tu :D

    ReplyDelete
  8. comei sungguh apam tu. nk bole.

    ReplyDelete
  9. mbakyuuuuu wes entek yooo?! huhuhu... gawe mennehh!

    ReplyDelete
  10. I made these appams many times already now...mmg ngam with kelapa parut...

    Wanna join u kak!

    ReplyDelete

Reply