Pages

Sunday, January 9, 2011

Puding Tapai Ubi

Assalamualaikum,tenggelam timbul ye tuan rumah ni,puding tapai ni buat dah lama dahh,cuma hari ni baru sempat nak N3.Masak balik kampung xmas hari tu memang chik mi dah aim nak ke pasar tani nak cari tapai ubi,sebenarnya MIL chik mi pakar buat tapai ubi ni cuma menantunya malu nak mintak buatkan hehehe,sebenarnya nak beli ni pun QC kena buat inspection ,bila Qc lepaskan baru boleh ambik (ampun ye mak).Sebenarnya chik mi duk kiv resepi ni dah lamaaaaaa,tapi sebab kat Penang tak pernah jumpa tapai ubi tu yg pendamkan je tu.Resipi dari kak ummi
 Cantik tapai makcik ni,manis pun ye jugak,chik mi ade jugak beli tapai pulut yg dibalut dengan daun getah dan diikat berangkai ,yg tu tak sempat nak enterframe,rupa-rupanya angah peminat tapai memang turun dari ayah,siap mintak ibu buatkan tapai.
Thanks to kak ummi ,mintak izin chik mi share kat sini ye kak
PUDING TAPAI UBI~Source kak ummi

Bahan:-
  • 2 bungkus tapai ubi (lebih kurang 6 ketul)(*buang empulur tengahnya)
  • 1/2 cawan gula
  • 600 ml fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung (*akak letak 2 1/2 sudu besar)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit pes pandan/pewarna hijau
Cara Membuat:-
  1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blendkan sehingga sebati.
  2. Masukkan dalam loyang atau bekas kecil-kecil, kukus lebihkurang 15 minit/masak.
  3. Sejukkan. Scope dalam mangkuk puding dan tuang kuah. Cubalah, sedaaapp!!
Untuk Kuah:-
  • 1 tin susu Ideal
  • 2/3 cawan gula (*boleh kurangkan kalau xnak manis sgt)
  • 1 cawan air
  • 1 biji kuning telor - dipukul sikit
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Buahan koktel (optional)
Cara Menyedia:-

Campur semua bahan, kecuali buahan koktel dan masak kuah dengan api perlahan. Tutup api bila mendidih, sejukkan. Hidangkan puding tapai dengan kuah susu dan letak buah2an koktel dengan sedikit sirap buahnya.

9 comments:

  1. assalam kak...singgah sini nk mkn puding tapai ubi ni...lum pernah mkn lagi ni..nk ler rasa...terliur dh nengoknya ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Chik Mi, cantik jer tapai tu I tgk. Slalunya ubinya I tgk dah lembik2....dah tak best kan. Mmmmm meleleh air liur :D hehehez

    ReplyDelete
  3. Chik Mi..this is when bila yang lama disatukan dgn yang baru...kebabooo....canggih lak rasa recipe ni...Ayu suka tapai...nak wat la ni......

    ReplyDelete
  4. Chik Mi,
    sedap kan puding tapai tu makan ngan sos cocktail. Soup tu ada lagi tak.

    ReplyDelete
  5. Salam Chik Mi, Waaaaaaaa..puding tapai, i liiiikkkeeee...thanks sudi try resepi tuh...akak pun lama dah x buat, x jumpa tapai ubi, tp mmg fav akak n hb, anak2 kureeengg...hehe

    ReplyDelete
  6. salam mi,
    sedap nampaknya puding tapai ubi ni..
    cantik betul tapai tu colour kuning...kanda selalu beli isinya putih, ubi ganyut..hehehe..dah terasa kesedapan puding tapai ubi ni..

    ReplyDelete
  7. salam..
    eee..geramm tgk tapai ubi..
    tapi smpi la ni tak dpt lg mkn..
    haha..sian kat saya kak..
    kjadian msa mula2 kahwin pnya pasal..
    tp rinduu sgt rsa tapai ubi ni..

    ReplyDelete
  8. Salam chik Mi..
    Uih...cedapnye nampak puding tapai ubi tu...Mintak sikit boleh?

    ReplyDelete
  9. Salam Chik Mimi...Puding Tapai Ubi...Mesti Sedap Ni.... Kak Lin Tak Pernah Rasa Lagi...

    ReplyDelete

Reply