Pages

Sunday, January 16, 2011

Talam Pandan

Assalamualaikum,sekejap aje dah masuk minggu ke 3 di bulan januarikan,malam tadi ade sedikit kerajinan hehehe banyak beno vitamin (M) nya,chik mi pun keluarkan kukusan antik untuk menalam,chik mi cuba resepi chef Florence Tan,selalunya kalau kuih talam nyonya akan masukkan sedikit air abu dan gunakan campuran tepung kacang hijau (green pea flour).


 Talam Pandan
Source:http://qasehmu-abadi.blogspot.com

Bahan-bahan A(Lapisan Bawah)
180gm tepung beras
30gm tepung kacang hijau(green pea flour)
250gm gula pasir
15 helai daun pandan(dikisar dan ditapis)
500ml jus pandan -chik mi +pandan paste+pewarna hijau
340ml air
1st air abu
Garam secukupnya

Bahan-bahan B (Lapisan Atas)
75gm tepung beras
30gm tepung jagung 
1st garam
1/4st gula(chik mi tak letak)
350ml santan pekat(chik mi guna150ml santan pekat +200ml air)
350ml air
Cara-caranya
1.bancuh bahan B sehingga sebati,tapis ketepikan.
2.Gris dan panaskan loyang dalam pengukus(chik mi guna spring foam)
3.Bancuh bahan A sehingga sebati,tapiskan masak diatas api,kemudian tuang ke dalam loyang.
4.tutup loyang dengan aluminium foil(chik mi guna tudung periuk)kukus selama 30 min.
5.Setelah masak cakar permukaan kuih dengan garpu sebelum menuang adunan  B (lapisan atas)
6.
Masakan sebentar bahab B sehingga naik wap,kemuadian tuang ke atas lapisan bawah,tutup loyang kukus semula selama 30 minit.
sejukkan dahulu sebelum memotongnya.

11 comments:

  1. hah..tu dia haih..tak masuk dapuq, sekali dia masuk teruih dia menalam..sedap plak talamnya tu..bak mai 5 ketui..nak buat minum ptg nih..eh..nak senja dah ni hah..hehehe

    ReplyDelete
  2. salam mimi...blh dpt rase camne talam ni masuk dalam mulut..dan hilang camtu jer..sedaaappppnye :p~

    ReplyDelete
  3. Chik Mi..kemarin namak green pea flour, tapi tak taw nak buat apa, so now ai know lah...thanks for sharing dear :)

    ReplyDelete
  4. mak ai cantiknya kuih talam tu. akak ni kalau kuih2 talam ni memang tak pernah buat sebab takde yg minat, kalau teringin nak makan akak beli je

    ReplyDelete
  5. Salam kak, sedapnya nengok talam ni...ada lagi ker nk tapau 2 ketoi...hehehe

    ReplyDelete
  6. cik mi..air abu tu cam ner rupenya..ikiki..tak nah guna pun. ishh tak dapat nak imagine rasa kuih talam yg ini..

    bak mai seketoi dua kak

    ReplyDelete
  7. salam dinda,
    green pea flour dengan green bean flour tu lain ya?..this green pea flour bukan yang kita gunakan untuk buat koleh2 sebab yang itu namanya green bean flour kan?..i think solah..

    yat, u nampak green pea flour kat mana ya?..

    ReplyDelete
  8. Salam Chik Mimi...

    Sedapppnya...buat minum2 ptg...

    ReplyDelete
  9. Salam chik mi..
    Nak sikit kuih talam.. Amboi makin banyak lak pulak produk kat atas tu. Business kencang ker chik Mi?

    ReplyDelete

Reply