Pages

Tuesday, April 26, 2011

Corn Muffin

Assalamualaikum ,dah lunch ke hari ni chik mi lunch dengan pajeri nenas erm sedapnya dah lama tak makan pajeri,malam tadi mood nak memuffin datang so dengan pantas dan tangkas kena la tangkap nanti dia lari merajuk susah..Dah lama teringin nak buat corn muffin ni tp sebabkan duk mencari cornmeal ni tak dak kat penang sampai ler lupa,bila bila Kak Ida buat baru teringat balik pasal muffin ni.Chik mi tak boleh imagine cornmeal tu camneler rupanya sampaikan 3 kedai baking shop cari semua cakap tak dak,ade satu kedai tu ,assistant tu cakap suruh grind sendiri popcorn tu,so chik mi tanya dengan Kak Yan dia pun cakap camgitu jugak,so nekad dengan lafaz bismillah.. chik mi tekan punat tu,ye la takut u rosak nnti blender sebab popcorn tu kan ke keras..
Muffin ni sedap cuma bila kena cornmeal yang berbijik tu keras sikit mula rasa macam tak besh je.Tapi chik mi suke texture muffin ni ,manisnya pun sedang aje,next time nak try gantikan cornmeal tu dengan cornflakes seperti yang disarankan oleh Kak ida
 Thanks to Kak yan chik kongsi kat sini ye.
CORN MUFFIN
Sumber :http://aziancollections.blogspot.com
Sumber:http://qasehmu-abadi.blogspot.com
BAHAN-BAHAN

1/2 cawan butter

2/3 cawan gula kastor

1/4 cawan madu

2 biji telur

1/2 tsp garam (saya x letak)

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

3/4 cawan Cornmeal

1/2 tsp baking powder

1/2 cawan susu (saya guna susu segar)

3/4 cawan jagung segar

CARA MENYEDIAKAN.

1. Putar butter, gula, madu dan telur hingga kembang.

2. Masukkan Cornmeal, tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan susu berselang seli sambil di kaup perlahan-lahan.

3. Bila telah sebati masukkan jagung segar dan ratakan.

4. Masukkan kedalam paper cup dan masukkan kedalam Muffin pan atau gunakan cupcakes paper cup.

5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit awal selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C. Gunakan api atas bawah. ( terpulang kpd jenis oven)

19 comments:

  1. assalamualaikum - Oh! mcm tu ye buat cornmeal. hehehe minum petang kami hari ni pun jagung jugak ... lusa baru publish :-)

    ReplyDelete
  2. As'salam,CM sdp tu nak try jugak leee..mapin segala buah dah try yg ni belum rasa lagi...

    ReplyDelete
  3. Kita baru habis agihkan cis kek kat kengkawan...

    ReplyDelete
  4. Salam dari kak cek...

    Memang susah nak cari cornmeal tu...oooo...kena kisar popcorn tu ke...barula kak cek tau...boleh la dicuba nanti....muffin tu memang nampak moist...yummy....

    ReplyDelete
  5. Assalam chik mimi,
    ya mimi cornmeal ni susah sikit nak jumpa..kat pasaraya langsung xjumpa..kat bakeri pun ikut nasib..sy hari tu cari punya cari jumpa laa kat bake with yen..menarik nampak corn muffin ni..

    ReplyDelete
  6. Assalam mi,
    corn muffin mesti lemak2 jagung gitu rasaya ya..lembab nampaknya tu..mesti sedap lah ni ya..akak capai satu buat rasa2 k..

    ReplyDelete
  7. Assalam mimi..nampak gebuss je muffin tu ..oo gitu ke kisahnya , kalo guna conflakes best gak ke

    ReplyDelete
  8. sedapnya muffin tu kak....terliur sudah.. nk buat tunggu mai angin kerajinan la..hehe

    ReplyDelete
  9. ptg dtg dapur cik mi ...ada lagi tak muffin tu..

    ReplyDelete
  10. salam mimi
    boleh try lah buat corn muffin ni nanti..nampak sedap tu..bak mai 5 ketui mi.hehe

    ReplyDelete
  11. dap dap tu ada corn muffin..bak sini barang seketoi dua

    ReplyDelete
  12. Salam Mimi,
    Sedapnya nampak muffin tu, kejadiannya pun cantik jer

    ReplyDelete
  13. salam mbak yuuu... kangennnn.. kabare?? nampak sedap muffinmu itew kak! jikuk siji yoooo.... hihihi

    ReplyDelete
  14. slm rindu cikmi.. akk jln2 ptg jap sni.. byk dah kumpul rspi.. rajin jer tak dtg2..huuuuuuu

    ReplyDelete
  15. finally jumpa jugak resepi nih... dah lama cari...

    ReplyDelete
  16. lunch mkn pajeri nenas..kecur mbacanya! :p~

    blh byngkan terggit yg keras2 tu,mau sompek gigi :)))

    ReplyDelete
  17. kak mimi, msti sedap mapen jagong neh,tertelan saliva dah ni.hehe bole try nnt :)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Chik Mimi...Nak Sikit Mufin Tu...Hehehe...

    ReplyDelete
  19. You can buy cornmeal (maize, ground maize) kat supermarket macam Carrefour and Cold Storage, cari kat bahagian organic foodstuff. Not that expensive (walaupun dengar je "organic" dah terbayang mahal). Dijual dalam plastic packets, macam tepung biasa. Memang tak jumpa kat bakery supplies shops.

    ReplyDelete

Reply