Pages

Wednesday, April 6, 2011

Kalia Buncis

Assalamualaikum,pernah makan atau dengar kalia?rasa-rasanya dah tak ramai yang buat kalia ni,dulu masa zaman kanak-kanak riang chik mi kalau time kenduri salah satu menu yang dihidangkan adalah sayur kalia,sebabnya dedulu kalau time kenduri selalunya gotong royong so bahagian inner parts ayam tu dicampurkan dengan buncis dijadikan satu juadah.sekarang ni kenduri semua guna khidmat caterer dah tak semeriah dulu,chik mi pun jarang-jarang jumpa kalia kat rumah kenduri.Dah lama teringin nak makan kalia ,so chik mi guna perkhidmatan pakcik google untuk cari .Terjumapa resepi kat sini,tapi menggunakan kobis bila belek- belek resepinya rasa macam boleh guna so chik mi tukarkan ke buncis.
 
Chik mi gunakan hati lembu,teringatkan dalam petisejuk ada sedikit hati dengan kacang buncis
Kalia Buncis
Source:http://resepi.mesra.net
Source:@qasehmu-abadi,blogspot,com
Bahan-Bahan:
1 biji kubis saiz kecil~chik mi guna kacanag buncis
5 sudu besar minyak masak
100 gm hati & hempedal ayam~chik mi guna hari lembu
5 ulas bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus) 2 cm halia (dikisar halus)
1 sudu kecil serbuk kari daging~chik mi guna 3 sudu
½ cawan pati santan
½ sudu kecil serbuk kunyit~chik mi guna 1 sudu
Garam secukup rasa
Cara:
 KBuncis dipotong & dibersihkan sebelum ditoskan airnya. Hati dipotong kecil-kecil kemudian dibersihkan. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia & kacau hingga bawang layu. Masukkan serbuk kari daging, sedikit air, hati l. Kacau hingga rempah pecah minyak. Masukkan pati santan & garam. Biarkan hingga mendidih & masukkan buncis. Kacau hingga rata & angkat.

7 comments:

  1. x penah dgr la chik mi. tp mungkin penah makan. pekata u bg semangkuk biar i rasa, nak confirm kan betul ka .. hihi

    ReplyDelete
  2. chik mi dear...

    kalai ku tak pernah dengar plak..tapi bunics style gini memangla nampak sedap...and u r right dear...sekarang nyer orang kahwin, pakai caterer ajer..no more gotong royong...miss that..

    ReplyDelete
  3. dinda,
    buncis goerng gini memanglah sedap..
    buat ratah2 aje kalau kasi kat akak..hehe...satu mangkuk tu boleh habis u..

    ReplyDelete
  4. akak....lieza pun suker dgn kacang buncis mcm nih...

    ReplyDelete
  5. oooh org panggil kalia ke kalo masak gini..mmg ada akk tgk tmpt kenduri sayur gini, selalunya kcg panjang, sedap tu, dh siap ada lauk kat dlmnya

    ReplyDelete
  6. Assalam kak,mmg betoi slalunya kat kenduri kendara mmg da masak cenggini,dah lama betoi xmkn,sebelah utara jer kut da lauk cenggini kak.

    ReplyDelete
  7. cik mimi, x pernah dengaq..tp suka makan kalau masak cam ni, bee suka buncis!!!

    ReplyDelete

Reply