Pages

Thursday, March 8, 2012

Cinnamon Pull Apart Bread

Assalamualaikum,Cinnamon Pull Apart Bread ni menu minggu lepas,orang lain dah lama terkena jangkitan virus chik mi baru nak merasa,masa Shidah buat CPAB ni terasa susah je nak buat,dah ler namanya tu puh punyala panjang.Bila Kak Nor duk sebarkan virus pun tak terjangkit lagi ,kuat sungguh antibodi ku ni yer ,last week kawan chik mi Mak Udess minta resepi onbehalf of SIL  dia baru ler teringat resepi ni ,masa duk selongkar dapur kak nor (jangan mare ye kak) baru lah p tengok link Joy of baker dengan shidah tu laaa senang jer nak buat,heheheheh balik kerja dengan semangat yang membara ku buat kerahan tenaga ,suruh Cik Baker menguli.
 
Alhamdulillah memang sedap CPAB ni ,Chik mi dapat 2 bekas
Recipe:JoyThe Baker
Source:Shidah
Source:Kak Nor

For the Dough (in BM)

2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan
Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)
Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. Langkah seterusnya, boleh ikut the pictures below.

Untuk recipe step by step boleh ke link joy the baker @ link shidah
Terima kasih buat Shidah yg share the recipe dan buat kak nor yg menyebarkan virus,dan tak lupa juga penyumbang recipe....


16 comments:

  1. Assalamualaikum mimi cayang,

    eh dh lama kak Nur tk jenguk mi...hehe...sihat ke??

    wah pagi2 dh tengok roti kayu manis nie...boleh kak Nur tumpang sarapan kat sini...hahah...muka tk malu2 kucing ni!!hehe.

    ReplyDelete
  2. salam sdp tu cantik kejadiannya..bila nak rajin ni///

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cik Mimi

    Apa Khabar? Sedapnya...Rajin Mimi Meroti...Cantik..
    Kak Lin x rajin lagi meroti...nilah masalahnya...hehehe

    ReplyDelete
  4. As Salam Cik Mimi..
    wah3x gmbr dh makin menggancam hehehe
    anyway mama jgk yg blm merasa/membuat CPAB nie
    rajin mimi meroti

    ReplyDelete
  5. Assalam mimi, kalo teringin nak mkn n buat pasti jadi je walau sesusah mana sekali pun kan, nampak sedap itu roti mimi

    ReplyDelete
  6. Kita tengah mood malas sekarang ni, so cuci mata kat rumah kengkawan je lah.

    ReplyDelete
  7. ramainya orang buat roti kayu manih ni ...lamanya tak makan!

    ReplyDelete
  8. SAlam Kak Mimi.. rajinnyer.. erma lum lagi nak menguli.. tu yang dok berangan ader B.M tu hu hu hu alasan.. aperpun dulu pernah wat.. sedap n wangi jek.. ader ker lagi.. nak join he he he

    ReplyDelete
  9. owhh rindu nak makan cpab! :)

    ReplyDelete
  10. sbb cikmi tayang cpap ni la akk buat fpap tu.. hihihi.. saja nk rasa yg versi lain pulak.. cinnamon tetap letak.. boleh gak sebut cfpap.. yuk mangan..

    ReplyDelete
  11. cpaB yer.. cpap.. hahahaha.. mokcik rabun la ... hahahaha.. smbg tawa lagi..

    ReplyDelete
  12. Salam kak mimi! kita dah 2 kali buat CPAB ni! sedappppp sgt2! tp kita suke letak dia rapat2 rapat2 rapattttttttttt sgt2 sbb kita nak dia jadi nipis2 hihihi...suke mkn rangup2 gitu hihihi...

    ReplyDelete
  13. salam rindu mimi cayang..semua kengkawan dh wat CPAB nih..pn doc gak yg maleh menguli sejak BM ku jatuh sakit..huhu!!

    ReplyDelete
  14. Assalam Chik Mimi... lama tak jenguk sini, sihat ke...
    lawalah CPABnya tu...kuning keemasan!

    ReplyDelete
  15. assalam kak chik Mimi,salam rindu!!..hehe lama tak singgah dapur akak ni.sorrylah kak lately ni memang jarang bw pun.. sibuk jer. cantikla akak buat roti ni.. CPAB ni memang sedap sgt..:)

    ReplyDelete

Reply