Pages

Sunday, April 1, 2012

Kek Pisang

Assalamualaikum,lamanya tak berupdate rumah ni,resepikek pisangyang chik mi cuba kali ni dim kongsi oleh Jue dari Juicy Cafe,sedap keknya gebu dan moist je ,chik mi bake malam tadi pagi ni baru potong sebab nak tengok moist ke dak,alhamdulillah memangbest ,sialongpun cakap bu''1st time along suka kek pisang"...,ada tragedi di akhir bulammac ler,salah sendiri,lupa nak kurangkan suhu sebab guna nonstick pans.Kek ku terireng sikit.
Bahan2..
230 gm pisang berangan*~ku guna 260gm
1 sdk esen vanilla*
1 sdk perasa pisang* - *satukan - lecek lumat - simpan dalam fridge 1 jam
335 gm tepung superfine**
1/2 sdk garam halus**
1/2 sdk baking powder**
1 sdk baking soda** - **satukan dan ayak
265 gm telur ~ ku guna 4 biji 
60 gm susu segar
320 gm gula castor ~ ku guna 290gm
17 gm ovallete
215 gm marjerin daisy@minyak - cairkan
Cara2nya..
1. Dalam mixer dengan kelajuan perlahan, pukul telur, susu segar dan gula castor sehingga sebati.
2. Masukkan adunan tepung sedikit2 sambil terus pukul.
3. Tambahkan ovallete, naik kelajuan pada tahap yang laju, pukul sehingga naik 2 kali ganda.
4. Masukkan pisang yang telah di lecek dan pukul dengan kelajuan sederhana.
5. Masih kelajuan sederhana, tuang marjerin cair atau minyak dan pukul sehingga sebati sahaja.
6. Tuang dalam loyang yang di rasakan sesuai.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai. Siap di hidangkan.

19 comments:

  1. assallamualaikum chik mi..
    Sihat ke kak? Naz pun dah bookmark resepi kek pisang dari sis Jue ni.. Terliur lak tgk kek pisang akak ni ha.. Dah ler mmg suka kek2 pisang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Naz ,
      alhamdulillah akak sihat ,akak pulak nak try rcp Naz :)

      Delete
  2. Assalamualaikum mimi cayang,

    sihat ke dik?? Hehe mcm tau2 aja kak Nur suka kek pisang...ehem2 nk ngendeng boley?? Kalau mi hulur kat kak Nur...kak Nur tadah pinggan ngan sepenuh jiwa raga...hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam kak nur cayang
      Alhamdulillah kak saya sihat hehehhe meh kak sambut ye ku beri dengan penuh jiwa raga juga

      Delete
  3. as-salam sis..
    alhmdlhhh..i pun nk buat la jap lg..tgk sis punye kek nih x bule tahan dunkkk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sis,

      hahha tak tahan i punya pun dah pinish nak p makan kat rumah sis lah

      Delete
    2. esok baru buat lg sis..mai2 dtg cni buat rombongan..i bentangkan kapet merahh utk u hehehhe..

      Delete
  4. Assalamualaikum Mimi,
    cantik gebu kek pisangnya tu... meh kita duduk santai2 bawah pokok makan sepotong sambil minum petang....bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak Amie,
      ye kak memang gebus dan gebas rcp ni best

      Delete
  5. Kita pun dah lama tak membaking. Malas betul sekarang ni. Nak tumpang makan kat rumah org je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita serupaaa ni pun baru nak panaihkan injin balik <3

      Delete
  6. Kita pun dah lama tak membaking. Malas betul sekarang ni. Nak tumpang makan kat rumah org je lah.

    ReplyDelete
  7. singgah rumah chik mi makan kek pisang boleh ka? mesti bau dia harum semerbak kan? :)

    ReplyDelete
  8. Salam kak mimi!! kek yg tak pernah jemu utk dimakan n buat kan kan kan :D kita suke betullllll kek pisang :D

    ReplyDelete
  9. Salam Cikmimi.apa kabar...moga sihat ceria.kek pisang..kalau moist dan gebu mg sedap....suka mkn kek pisang utk minum ptg..

    ReplyDelete
  10. Assalam kak, saya suka kek pisang...simpan resepi ni dulu nanti boleh cuba..tq:)

    ReplyDelete
  11. Salam Mimi cayang!!!

    Mama suka kek pisang ...
    lama tak baking blh ambik dulu resipi :)

    ReplyDelete
  12. Salam Mimi,
    Lamanya menyepiiiii......comel n gebu nampak kek pisang tu, akak pun penggemar kek pisang juga ni. Yg dok tepi lilin tu nak bagi kat akak ker hehehehe

    ReplyDelete

Reply