Pages

Wednesday, September 26, 2012

Meehoon Soto

Dah lama tak buat soto,tapikan soto terlebih santan ,guna santan kelapa sawit brand khalis tu ,entah kepala otak duk pikir apa ntah terus tuang santan tu,tapi ok la tak ler berlemak macam kuah lodeh tukan.kalau soto dengan nasi impit tak reti nak makan ,tekak mengada-ngadakan hehehe so buat meehoon soto ,cuma kacang tanah lupa nak beli tu yang kurang berseri tu.
Soto makan dengan sambal kicap fuh berpeluh,suka dengan resepi Soto Ayam Diana.kelainan soto D sebab letak sedikit santan,cuma rempahnya tu chik mi guna rempah serbaguna yang knor pun guna tu sonang kerja acik.

Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.


Pelakun tambahan ,lupa kat che taugeh ,sian kat dia.suhuun goreng,ayam goreng dan sambal kicap

Bergedil daging

17 comments:

  1. sedapnyaaa..:)..org johor mmg wajib ada soto..zila klu buat pun buh santan sikit..alahaii kecurr:)

    ReplyDelete
  2. sedapnya chik mimi.... nani pun wat guna santan kalis gak.. cantek wanenye.. putih sangat.. suka juga sbb tak de bau sbnarnya.. kan... kat umah ada pulut doyan.. wat kuah santan kalis gak tu.. eheheh.. :P

    ade lagi tak soto ni? last makan soto time OH raya rumah kawan syawal lepas.. nak buat sendiri.. anak2 tak layan soto...

    ReplyDelete
  3. wah rajin beno...soto siap ngan begedil bagai...rajin tahap gaban kak mimi ni.
    Kcg tanah tu pelakon tambahan jer...yg len2 watak utama dah ada tu..udah kompomnya sedap

    ReplyDelete
  4. soto pakai santan ek? baru tau ..

    ReplyDelete
  5. aduss..tergoda tgk mee hoon soto ni..nnt nk try jgk lah soto guna santan. ada rs lemak2 skit mst sedap ^-^

    ReplyDelete
  6. Aslmkum Mimi.sedap nampak soto Mimi hidangkan ni. akk suka sgt dg soto....tambah lengkap dg sambal kicap dan pegedil.tp versi letak santan pekat belum pernah cuba.....boleh masuk senarai...

    ReplyDelete
  7. tak la pernah dengar pulak soto guna santan...mesti lagi sedap kan chik mi...

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Mimi, dtg singgah & join sekali.
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. salam kak mimi.... first time tau pasal soto bersantan ni.... saya memang hantu soto nasik impit... ayam lebih sambal kicap pedas punyer! hehe

    ReplyDelete
  10. salam rindu mimii..soto resipi org johor mmg taruh santan lg ummphh kan!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Chik Mimi Sayang :D
    Betul2 mengoda ni! Kak Lin mmg suka sangat makan meehoon soto ke meehoon sup ke...dengan sambal kicap...waduh! kalau dah gini cam mana nak baik gastrik ku Ya... Chik Mimi Sayang...Terrrrliurnyaaaa!

    ReplyDelete
  12. aslmkum cikmi.. tak tahan akk nak menengoknya lama2.. burgerdell tuuuuu...

    ReplyDelete
  13. belum abis chik mimi makan behoon soto ye.. :) ehehehe.. :) sihat ke chik mimi? bizi ke tak mengapdet pun.. :) hopefully chik mimi sentiasa sihat ye.. :) muaahhhhhh

    ReplyDelete
  14. Salam kak mimi!!! aduhhh ketinggalan sungguh!!! sedappppppppppppppnya sotooooo suke mee hoon sotooooooo!!! cobaaaaaaannnnnnnnnnnn n dogaaaaaaaaannnnnnnnn ehehehe..

    ReplyDelete
  15. Salam kenal cik mimi.
    Sedapnya....mmg fav sis soto ni.

    ReplyDelete
  16. salam kenalan maya...soto memang favourite tapi bila pikior nak membuatnya agak bercinta dek banyak sangat 'benda2' yg nak disediakan dan bahannya.memang saya tabik sesiapa yg rajin membuatnya.

    ReplyDelete

Reply