Pages

Wednesday, June 17, 2009

Tauhu Goreng Sambal Udang Kering

Salam semua,dah ramai yg buat tauhu ni kan,tp kalau kat umah ni tauhu kukus ni kurenggg laku,so Chik mi buat versi goreng lah .Ermmmm sedap tau sambal ni ,ikut Hana ngan Knor jugak separuh di tumbuk sbbnya nnti budak2 tu tak mau makan.Resepinya dari Dayang Jack .Thanks Dayang akak CnP kat sini yer,mintak halalkan.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2 keping tauhu basah/lembut (dipotong ikut suka) - Chik mi goreng
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
segenggam udang kering (digoreng tanpa minyak)
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula
sedikit minyak masak
Cara-cara
Kukus tauhu selama 7-8 minit.
Sediakan kuali. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan pula cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Susunkan tauhu di atas pinggan. Tuangkan sambal td diatasnya dan taburkan udang kering.
***jika x suka tauhu dikukus, boleh juga digoreng. Jadilah tauhu goreng dgn sambal udang kering :)

4 comments:

  1. tauhu fav kak e! makan mentah2 pun kak e ok je :D

    * masa kecik2 selalu curi tahu mentah masa arwah mak nak masak heheheheh

    ReplyDelete
  2. Tauhu dah sampai kat umah akak plak yer... menarik sunguh tauhu bersambal nie..dok ranking atas ler minggu nie nampaknye..hehe

    ReplyDelete
  3. >kak e makan tauhu elokkan kak e awet mudoo hihihihi

    ReplyDelete
  4. >ijan a ah dah berjangkit kat cni pulak ijan bila lagi

    ReplyDelete

Reply