Pages

Friday, August 21, 2009

Apple Cake


Sebenarnya menu dah basi ni,masa penyakit M melanda ngan teruk ari tu.hihihihi buat ni ari khamis tu,plannya along nak bawak p skool ade bacaan Yassin,tup2 tak jadi along cakap cikgu dah sediakan makanan.so kita kenduri kat umah ler ya along,antaq sikit kat umah sis.
Rcp ambik dari umah CMG sedap gebus aje..Mat mintak izin CnP kat sini yer.

BAHAN-BAHANNYA :-)
185 g mentega
1 camca teh parutan kulit lemon-Chik mi tak letak
2/3 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan tepung gandum-Chik mi guna SRF jugak
1/3 cawan susu segar (mat guna susu cair)
2 biji epal hijau

BAHAN GLIS (OPTIONAL) :-)-Chik mi tak buat pun
1 camca teh halal gelatin (jenama "nona" @ "nur")
2 camca besar air
2 camca besar jem apricot

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung naik sendiri dan tepung gandum, ayak rata. Kupas epal, belah 3 setiap biji, buang bahagian tengahnya dan kelar2 setiap bahagian epal tadi (seperti dalam gambar). Rendam dalam air yang diperah sedikit jus lemon. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan parutan kulit lemon hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar hingga rata.
  3. Tuang dalam tin bulat berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ratakan. Toskan epal tadi dan susun atas adunan kek seperti dalam gambar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 1 jam atau hingga masak. Sementara itu, satukan gelatin dengan air, kacau rata dan masak secara double boiler hingga gelatin cair, tambah jem apricot dan kacau rata. Bairkan suam.
  5. Bila kek sejuk sedikit, keluarkan dari tin dan sapukan bancuhan jem tadi atas kek. Tujuannya menjadikan permukaan kek berkilat dan lembap....
CATATAN MAT GEBU :- Jika menggunakan tin "spring foam" atau apa2 tin/dulang kek bewarna hitam, turunkan suhu menjadi 160C sahaja, ini kerana tin berwarna hitam mempunyai kadar resapan haba yang lebih tinggi..Lagi satu, pasal "glis" tu, mat tak buat, sebab tak de stok gelatin kat rumah.....


2 comments:

  1. resipi ni ada gak dlm list tp x buat2 sampai la ni.haha

    ReplyDelete
  2. haahhaha Ain buat jgn tak buat kita pun sll camgitu masuk list bila2 baru sampai mahamood nak membuatnya

    ReplyDelete

Reply