Pages

Sunday, August 23, 2009

Buah Melaka Delight


Salam,ari ni chik mi buat buah melaka yg taruk keledek tu,so chik mi bg nama glamour skit,.Nur cayang sori yer kita kasi nama glamour ni....Sedap tak le terase tepung pulut aje.Resepinya dah lama duk kiv aje sejak nampak kat umah Nur aritu,hari ni tertunailah jugak ye.Selain dari buah melaka aka onde-onde panggilan orang selatan,chik mi jugak buat popia,Popia tu separuhnya chik mi frozenkan ,so nnti bila balik kerja tinggal gorengkan aje.Penat wooo seharian kat dapur tu.

Nur kita CnP ye kat sin ye.Chik mi guna keledek oren so tak taruk daun pandan yg tu warna asli keledek tu.
Onde-Onde keledek ~ resipi Roylazim.
Bahan-Bahan
350 gm tepung pulut
250 gm keledek
3 sudu makan air pandan
secukup air
200 gm gula melaka
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan
Cara-Cara
1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Keledek direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan keledek dan air pandan.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.

5 comments:

  1. anak ain yg tua suka onde2 keledek. ingat nak buat lagi lah weekdays ni. hari ni buka luar je, so bio kedai le yg buat onde2 buat kita.hehe

    ReplyDelete
  2. oooo bestnya berbuke kat luar sy ni jarang nak bebuka kat luar hby jenis family oriented ni suke kat umah aje

    ReplyDelete
  3. terima kasih sudi singgah blog sy. Sy pun teringin juge nak cuba resepi ni tapi asyik tertangguh dah. Dapat resepi ni thn lepas lagik dari jiran..haha..mim alif lam alif sin punya pasal..itu yang tertangguh je.. eh sy add ur link kay!!

    ReplyDelete
  4. sedapnya onde2...antara menu bila bulam puasa..kan? akan di buat juga ni...

    ReplyDelete
  5. >anese tq sy pun link awak jugak.
    >suzi a ah selalunya antara juadah bulan pose ni hihihi

    ReplyDelete

Reply