Pages

Tuesday, June 8, 2010

Nasi Kerabu

Salam wow biru mata itamku,lepas warna pepel kita kasik warna biru pulak,ni bukan biru sebarang biru ,biru berasal dari bunga kekkeke,dah lama plan nak buat nasik kerabu ni mulanya dah beli pewarna biru pun tup2 baru2 ni ade jodoh terjumpa si bunga telang ni jual kat market apa lagi kurembat ler seplastik.cantik2 warnanya sekata je ,hah baru ler nasik kerabu made in kelantan tu kan,setelah ku google sana sini maka chik mi godek2 ler nasi ni.Chik mi sebelum ni tak makan tp tengok big boss tiap2 minggu beli kat pasar malam so di cakap try ler chik mi ghase ler sikit wahhhhh terus terjatuh chenta you .

Nak buat nasiknya senang je tapi nak buat serunding ikannya tu ler yg berchentaaaa sikit.Jom kita tengok macam mana chik mi buat nasiknya tu.
Nasi Kerabu
Masak nasi macam biasa masukkan air bunga telang (rendam bunganya ambil airnya sahaja) sukatan ikut macam kita masak nasik biasa masukkan daun limau purut dan sebatang serai(chik mi tak masukkan serai malas nak ambil pagi2 buta kat luar)

Ni ler ghupa bunga telang yang chik mi beli kat pasar tu.serunding ikan nnti chik mi uploadkan.

Untuk sambal cili apinya.
Cili api
sedikit garam
cuka
Air
Blend semua bahan diatas kemudian diperap.

untuk Budunya
Budu +perahan limau(chik mi guna lemon sbb itu je yg ade)

9 comments:

  1. salam chik mimi.. uiiii..meleleh air liur nengok nasik kerabu tu..dh bertahun xmakan, mklumla nak buat malas.. bungkus kat saya satulah..heheh..

    ReplyDelete
  2. salam chikmi,
    baru nak mengendeng talam keladi, dah keluar nasi kerabu pulak. rajinnya...!

    ReplyDelete
  3. salam chik mimi,
    Huwa... guna bunga telang lagi. memang pure dan tulus nasi kerabu ni. Teringat masa kecik2, masak nasi kerabu, buh bunga tu, macam nila stitik jatuh atas nasi, biru sangat... hihi...
    ada lagi tak kak? nak tumpang makan di ms petang.. :)

    ReplyDelete
  4. wah syedap tuh nasi kerabu.tp klu saya buat/masak senirik mmglah tak laku sbb sy sorang je yg makan.en hb tu tak makan.anak2 pun kureng.jadinye klu terasa nak makan,p paso malam ajelah p beli eheheee tumpang makan sinilah!boleh??? ekekekeee

    ReplyDelete
  5. salam chik mi..
    ya amponnnnnnn..wat meleleh ayaq liur jerlah chik mi niehh..mcm taw2 jer, chemp suka nasi kerabu...mmg jika taruk bunga telang nasi kerabu lagi chantek color, & more healthy dr guna pewarna..umah chemp ade tanam pokok nieh...btw kak..kalu dapatlah geng dgn daging bakar, bawang jeruk..mau pingsan kak..diet ke laut taw..hiiihih

    ReplyDelete
  6. nak lagi best makan dgn daging bakar and bawang putih jeruk...ooh tertiba teringa kampung ku di kota bharu...

    ReplyDelete
  7. kena ngan telur asin sedapnya chik na..

    ReplyDelete
  8. Salam Mimi, aduh sedapnya, kalau dekat boleh tumpang makan.....

    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Salaam Mimi. Mama suka makan nasi kerabu tapi tak pernah buat sendiri. Malas sebab renyah. Mentang-mentang dok Malaysia kan. Rasanya kalau kat Malaysia ni tak ada jual nasi kerabu, harus juga buat sendiri... hihi

    ReplyDelete

Reply