Pages

Monday, June 7, 2010

Talam Keladi


Salam,wah sejak pergi menuntut ilmu ni rajin chik mi buat kuih ye,kekekeke sebenarnya ni separuh dari keladi yang chik mi goreng aritu,chik mi steam siap2 pastu masukkan dlm frezer,tapi potongannya itu tak cantik sebab kelam kabut nak pergi tgk mak chik mi.Resepi dari  Kak Nis @ Mak Daro sedapppp cukup lemak & lembutnya tu.Peminat keladi cuba ler kuih ni sedap tau,kak asma jum ler kita makan berdua pastu kita minum teh halia ye kekekeke.Chik mi CnP dat rumah CMG terima kasih Cik Mat dan jugak Kak Nis,minta izin letak kat sini ye senang utk rujukkan nanti.

Talam Keladi
BAHAN A :-)
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 g keladi, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit - Chik mi letakkan pewarna sikit
55 g gula halus
1/4 camca teh garam

BAHAN B :-)
100 ml santan
80 g gula halus ( boleh kurangkan jadi 60g atau 70g)
2 camca besar tepung beras
20 g tepung jagung
1 biji telur, pukul sedikit
Secubit garam
Sedikit pewarna ungu (violet) - Chik mi guna 1/8 sk
1/2 camca teh perisa keladi (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak (mat guna mentega), balut tutup kukusan dengan kitchen towel.
  2. Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
  3. Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.
  4. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.

3 comments:

  1. salam chik mimi,
    Huwa...! arini menalam ya kak? sedapnya talam keladi... rasa nak geget jer sketul..hihih..

    ReplyDelete
  2. Salam chik mimi...
    Woah...akak sebenarnya lama dah teringin nak buat talam keladi ni...sampai le le ni tak terbuat lagi...boley le ikut cam chik mi buat ni... special nampak talam ni kan, kalu buat untuk jamu tetamu pun orite kan chik mi, ceria kaler ungu di meja makan...hehe

    ReplyDelete
  3. lawanyer kuih akak ni..unggu itu menawan..saya tak pernah lagi buat talam keladi ni, sbb hang Jebat tak makan keladi, kalo ganti ngan labu/keledek boleh ker?

    ReplyDelete

Reply