Pages

Friday, December 9, 2011

Bingka Keledek

Assalamualaikum.
Sekejap aje jumaat menjelma kembali,bagi ibu-ibu yang bekerja macam chik mi heheheh memang hari yang di tunggu-tunggu,setelah 5 hari keluar pagi dan pulangnya tika mentari dah diufuk timur maka hari esok adalah hari untuk bermalasan ,betul ka ?oh tidak kalau hari sabtu dan ahad lagi la macam-macam benda yang nak disettle,ni nak settle barang-barang persekolahan anak-anak pulak.
Bingka keledek yang dimodified dr bingka labu CMG,bila dah jatuh chenta dengan resepi ni Chik mi tukar dari labu ke keladi dan kali ni ke keledek .

  • 5 biji telur Gred A ~ Chik mi guna 3biji
  • 200 ml air ~Chik mi  guna 175ml
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus ~ Chik mi  guna 150gm
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla ~ Chik mi guna vanili serbuk
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus~ Chik mi guna keledek
  • Chik mi tambah bijan hitam dan putih


Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
  2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
  3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



32 comments:

  1. salam cik mi..wah ada bingka :)sedap ni..kaknah baru beli gula batu.Petang ni nak rebus buah pala.Nasib baik baca sekali lg n3 cik mi..ingatkan rebus dgn bijinya sekali ..makasih cikmi..

    ReplyDelete
  2. Assalam mimi, sihat ke tu, sedapnya bingka keledek tu mimi akk suka jenis2 bingka,

    timpan pisang tu tak liat sangat tak macam kuih koci, tapi mmg sedap

    ReplyDelete
  3. salam chik mimi..sedap namapak bingka keledek nih.. mesti rase die lemak2 manis kan.... nyummmm!!

    ReplyDelete
  4. Salam mimi,
    Kita pun weekend ni nak kemas rumah yg dah tak macam rumah. Penatnya....

    ReplyDelete
  5. Assalam Chik Mimi,
    lama sungguh tak makan bingka keledek, nak buatnya satu hal sebab mmm... tapau dari dapur Chik Mimi boleh yea...

    ReplyDelete
  6. Kak ros nak sekeping la..kat sini kan jarang buat bingka2 ni sebab tak de orng nak makan.So kena la beli atau keneng2 kat mana-mana.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Chik Mimi..kuali leper non stick yang untuk roti jala tu ada jual lagi tak... boleh tak sms saya harga kuali tu...thanks ye :)

    ReplyDelete
  8. Assalam Chik Mi, amboiii tayang bingka keledek la pulak...sedap, sedap...apa jenis ubi ni kalu combine wat bingka camni, mmg best... :))

    ReplyDelete
  9. wah..kak mimi..mesti rasa lemak manis bingka ni..lama betul saya tak beli keledek merah ni...teringin la pulak rasanya nak makan keledek..hehhee..buat rebus pun sedap makan dgn air kopi..hehehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Mimi cyg,

    wah ini tk boleh jadi kak nur kena panjangkan tangan nie nk capai bingka tu...sini hujan tau kalau dpt seketul pasti enak dong!! Hehehe...kak Nur suker aahhh!

    ReplyDelete
  11. Assalam kak,bestnya bengkang keledek..Keledek oren n labu da tergolek,tapi mls nak wat apa,pqasan nnti2 grng gitu ja kledek tu..

    ReplyDelete
  12. wow glam betul bingka keledek ni dah nampak macam cheese kek...tentu sedapkan akak nak try juga

    ReplyDelete
  13. Bingka keledek xpenah cuba lg. ade kerajinan harus dicuba nihz

    ReplyDelete
  14. salam mimi...nanti kita jumpa ok...tengah duk himpun duit sikit nak beli brg dkt mimi...asik tak cukup2 lagi...he he...
    mimi nak pi belajar buat kuih dkt zalinzalina ka...ada rezeki boleh kita pi sekali...
    klik2 iklan nuffnang mimi...support kawan2...yukk...;)

    ReplyDelete
  15. mest best jika ada ubi keledek sebab setengah orang tak sesuai makan keladi.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Chik Mimi

    Semalam Kak Lin Baru Makan Bingka Labu...Hari Ni Dah Keluar Bingka Keledek....Sedap3...

    ReplyDelete
  17. Assallamualaikum chik Mi..
    mak aiiii.. Cantiknya mangkuk kuih tu..hihihhi..Org datang tgk resepi dgn gambar kuih. Naz dtg tgk mangkuk kuih pulak.. Cantik la kak.. Design pun lawa... Kuih tu mesti sedap kan sbb dpt duduk atas mangkuk yg cun tu..huhuhuhuu..merapu dah Naz ni.. Nak kena tido dah kot..hehehee

    ReplyDelete
  18. cikmi, keledek bundo ada lagi dalam bakul tu. bolehlah cuba buat bingka pulak ni hehe..

    ReplyDelete
  19. Salam Mimi,
    Elok bingka tu dok terletak dalam pinggan, nak pos mai seberang ka??, kecik tapak tangan talam kak wattie tadahkan keh keh keh...

    ReplyDelete
  20. woww nmpak menggoda kuih bingka keledek mimi nih..rasanye apa jenis ubi pun mesti sedap kan kalu wat cenggini..dapnyer!

    ReplyDelete
  21. msti sdppp bngka kledek kann..kita suke klu kledek2 nii..cuma anak2 je yg kurang skit kue2 ni..huhuu..

    ReplyDelete
  22. Salam Rindu Mimi ku cayang!!!! Miss u alot dear... sejak akhir2 ni mama busy sgt dgn urusan di rumah.. BW pun jauh sekali.
    Byk menu2 dari dapur Mimi yg dh terlepas... gebu jer pau water roux n bingka kledek mimi ni pasti sedap kan3x hehehe

    ReplyDelete
  23. Assalam mi,
    akak dah nampak post mi ni dari hari tu..nak comment tapi tru hp, macam susah gitu nak lepas..maklum ler..pc anak2 dah cop..huhu..akak ingat nak cuba bingka keladi yang mi cuba dulu..akak minta izin ambil recipenya ya..mana lagi sedap mi, among all the bingkas yang dah cuba??..soalan cepumas ni..hehe..nolah compare keladi & keledek, kentang ada difference tak?

    ReplyDelete
  24. Hi! we would like to invite your for the launch of fashionistas.my the best fashion web store in Malaysia. Please drop us your name and email to: info@fashionistas.my

    ReplyDelete
  25. Salam Chik Mi.. mm sedapnyaa.. kalau tgk resepi ni awai2 boleh la try buat dan htr utk jamuan sekolah budak2. biaq depa makan 'pie' kita pulak hehehe :D

    ReplyDelete
  26. Assalam kak, singgah sini selalu tgk botol roti jala kat atas tu tapi tak kesampaian lagi nk beli..haha nanti blk kena carila.

    sedapnya tgk bingka tu...lum pernah buat dan mkn lagi yg versi keledek ni..bolehla cuba nanti:)

    ReplyDelete
  27. Assalam kak mimi ..
    sedap ni ..kite suke bingke ..yg ni lom penah cuba..bole nnt try..

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum....Kak Mimi..wahhh sedapnya bingka keledek..Kalau makan time panas2 mesti lagi sedapppp kan....

    ReplyDelete
  29. Aslmkum Mimi
    bingka keledek...belum pernah mkn lagi...kalau bingka suka bhg atas yg garing tu..

    ReplyDelete
  30. Salam Chik,
    weekend memang best kan. Tp yelah, kadang2 weekend pulak lah yang makin sibuk nak uruskan rumah dan anak2 ye.. tp chik masih sempat buat macam2 kuih lagi. untung anak2 dan suami chik :)

    ReplyDelete
  31. Cik kak,
    Mana koci kacang merah ni..... dok tunggu tepi tingkap lama dah ni.

    ReplyDelete

Reply