Pages

Wednesday, February 22, 2012

Sambal Kicap Cili Padi

Assalamualaikum,sekejap aje dah tengah minggu hari rabu,selalunya orang cakap WW kan tak pe lah kita buat seperti biasa .Dah jadi menantu wong jowo mesti kena pandai makan dan buat sambal kicap kan.kat rumah MIL memang sentiasa ada sambal kicap ni tak payah kalut-kalut kalau nak makan baru nak buat:).Kalau orang johor goreng pisang mesti ada sambal ni kan ,chik mi suka makan dengan ikan goreng panas-panas fuh berpeluh uuuu
Uiks bijik cabainya berserdak tu ,chik mi guna cili api yang merah campur dengan hijau tapi bukan  cili api kampung ,tu beli kat pakcik MYDIN punya ler pedas,nasib baik tak letak banyak lagi.
Resepi nanti ye chik mi dah nak keluar ni:)
Update :
Sambal Kicap  Cili Padi
Souce :Chik mimi
Source :Ibu Mertuaku
Bawang putih 1-2 ulas ,dihiris halus digoreng sebentar
Cili Padi 
Gula 
Asam jawa -Dibancuh dengan sedikit air biar pekat
Kicap 
Cara-cara
Cili padi ditumbuk bersama dengan gula sehingga hancur,masukkan kicap serta air asam pekat .masukkan bawang putih tadi di pecah-pecahkan sedikit biar wangi ,sekiranya terlalu pedas masukkan lagi sedikit gula.sedia untuk dihidang


19 comments:

  1. makan dgn goreng pisang memamg best sesangat :)

    ReplyDelete
  2. Cikmimi,,,tak pernah rasa lagi goreng pisang cicah dengan sambal kicap nie...dok terbayang sat..camana rasanya ya...dah teringinlah tu.

    ReplyDelete
  3. Assalam mimi, anak2 pun boleh terima dh sambal kicap mcm ni, sebelum ni akk tak pandai nak buat n buat juga tapi tak cedap hehe, la ni ok la sikit, semakin sedap heheh. huhu pedas menyengat tu kalo mimi kata pds

    ReplyDelete
  4. ini cicah dgn ikan bakar ke goreng ke sedap ni kak...tak yah gulai lain..hehehe

    ReplyDelete
  5. semalam saya buat jugak makan dengan sup daging..
    sedapkan..

    ReplyDelete
  6. wah pepagi ni lieza dtg dihidang dgn sambal kicap cili padi... fuhhhhhh tangkap leleh wooooo... cicah pisang goreng dan sewaktunya... takpun tempe goreng takpun tauhu goreng.... aduhhhhhhh.... pasti mkn tak hengat ni....

    ReplyDelete
  7. salam makchik,...
    apa kabar?

    sambal kicap ni makan dengan ikan bandeng bakar, sedap :D

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Mimi..tgk sambal ni tetiba teringat mee/mee hoon sup...sedappppnya

    ReplyDelete
  9. mangan karo jemput jemput pun walaaa penakkk eee...sama juga kat umah tak leh tak de sambal nih....

    ReplyDelete
  10. Assalam chik mi..
    waduh sambal kicap ni akak suka cicah dengan tauhu goreng..kalau buat sup ikan memang kena ada ni..lawankan..aduhhh kecur dah ni..

    ReplyDelete
  11. nk mangkuk sambal kicap tu.. hihihi.. cantik

    ReplyDelete
  12. assalam chik mimi, teringat lak sambal kicap nasi ikan bawai pokok kelapa sait kat juru nu..sambal dia camni mmg sedap..

    ReplyDelete
  13. Chik Miiiiiiii,
    Sambai ni anytime buat pun mesti habih kat rumah akak.....anak anak suka sesangat...

    ReplyDelete
  14. Along pun buat sambal kicap cili padi ni tadi, makan dgn sup tulang! Walaaa... terangkat! hehe

    ReplyDelete
  15. Chik Mi

    kita setia menanti...this weekend budak2 dtg umah kita nak belajar..siang2 dah kasi menu suruh kita masak mee soup tapi mesti ada sambal kicap...so kita nak buat la jugak..nak yg pedas2 punya :)

    ReplyDelete
  16. Assallamualaikum chik mi..
    Kakkkkk...meleleh air liur naz tgk sambal kicap cili padi akak ni. Naz tak boleh simpan ni kat rumah. Nanti tiap kali makan nasi, asyik tibai kicap ni jer. Yg masalahnya, tambah nasi tak henti2 nanti..hehehehe..

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Mimi... TTEEERRBBBAAAEEEKKKK lah kalau x der sambal kicap ni tak cukup sifat.. baik mencicah atau mkn ngan sup hah aha ha setuju... sambal wajib he he he menantu jawa upanyer..

    ReplyDelete
  18. Resepi yang menarik dan ringkas.Mohon share,ye...#thumb up*-^)

    ReplyDelete

Reply