Pages

Friday, May 4, 2012

Cottage Pie

Assalamualaikum,terima kasih masih ada yg sudi berkunjung ke teratak buruk chik mi,tak lupa juga buat 'silent reader'.ni pun satu lagi menu yg dah lama,buat masa cuti pertabalan Yang Dipertuan Agong hari ,chik mi ada gathering kat rumah my frnd,so chik mi bawa 1 caserolle,tapi kesian pulak kat anak-anak kat rumah ni so chik mi buat dalam ramekin ,senang untuk depa makan.
Masa setia dengan resepi olahan Kak Nor,chik mi pun lama tak buat ,bila tengok tarikh tu setahun sekali je buat hehheeh kat Sini.JazakallAllah Kak Nor
 Sumber : Kak Nor
COTTAGE PIE My Style
sumber rujukan : CFE

Bahagian Atas:
500gm ubi kentang ~ lebih kurang 5 bj yg besar
air secukupnya
2 sudu besar butter
sedikit lada sulah ~ boleh juga kalau nak guna serbuk lada hitam
garam

 Bahagian Bawah:
400 gm daging cincang
1 bj bawang besar (bawang holland)
1 btg carrot
1 btg celery ~ optional
3 sudu besar tomato puree ~ atau boleh guna 5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ boleh gantikan dgn serbuk lada hitam
1 sudu teh rosemary kering
1/2 cawan air rebusan kentang
 garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum ~ utk memekatkan
3 sudu besar minyak sayur/bunga

Bahan Tabur:
2 sudu besar butter sejuk yg dipotong kecil2
parutan keju cheddar
Cara2:
Bahagian Atas:
Masak air hingga mendidih dan masukkan ubi kentang yg dah dipotong dadu.
Masak lagi hingga mendidih dan ubi kentang masak/lembut.
Angkat dan toskan ubi kentang.
Ambil 1/2 cawan air rebusan dan ketepikan.
Lenyekkan bersama butter, sedikit lada sulah dan garam.
Ketepikan.

Bahagian Bawah:
Bawang, carrot dan celery dipotong dadu.
Panaskan minyak sayur dan masukkan bahan2 yg dipotong dadu td.
Masak dan kacau2 selama lebih kurang 15 minit pastu masukkan daging cincang.
Kacau2 supaya daging tidak berketul2.
Masak sehingga daging berubah warna dan miringkan kuali atau periuk.
Buang lebihan minyak yg ada (biasanya daging cincang mmg terkandung lemak dlmnya).
Masukkan tomato puree/sos tomato, serbuk cili, serbuk cili kasar/serbuk lada hitam.
Goreng hingga naik bau dan masukkan 1/2 cawan air rebusan kentang.
Masak hingga hampir kering dan masukkan garam dan gula (jika suka).
Masukkan pula tepung gandum dan kacau hingga sebati. Pastu masukkan dried rosemary.
Masak lg lebih kurang 2 minit dan bolehlah dipadamkan api.
~ ~ ~ ~ ~ ~
Tuangkan bahagian bawah (daging) ke dlm mangkuk tahan panas atau boleh juga digunakan ramekin. Ratakan.
Letakkan bahagian atas (kentang) ke atas bahagian daging td. Ratakan supaya menutupi keseluruhan bekas.
Dengan menggunakan sudu atau garfu, lorek2kan bahagian atas supaya nampak fluffy (tak flat jer kentang tu) nanti bila kita bakar nanti, akan terasa crunchy sket.
Tabur parutan keju dan potongan butter.
Boleh juga kalau nak tabur sedikit serbuk cili kat atas ni spt yg CFE buat.
Bakar dlm oven yg dah panaskan dgn suhu 190C selama 1/2 jam atau sehingga golden brown kat permukaan atas tu.
Boleh la dihidangkan panas2..
Slmt mencuba... :)




15 comments:

  1. nmpk sedap la...lum penah cuba lg...mmjg tgk org aje yg buat...hehehe...tgnggu gugat jugak...hehehe...tgu la bila spi serunye...pulangkannnnn...:D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mimi cayang

    hai terbantut akak...apa yg terbantut tu...hehe..akak nk keluar tk jadi terpaksa lama kan sikit montot kat sini...hehehe...tak ada nanti akak selalu tertinggal gitu....nanti kena cuci pinggan aja.

    Nih dh dtg siang2 nak la angkut lebih2...boleh mi...ish nampak sedap mi...akak tk pernah buat...mcm jakun gitu...haha...mmg pun jakun.Akak simpan dulu resipi ni ya...thks mi for sharing.

    ReplyDelete
  3. Salam kak mimi!!! selamat petang! da mkn petang? hihihi... sedap betul nmpk kak, mesti lemak2 gituuu rasanyer, uuwaaaaaa... kena sabo huhuhu..

    ReplyDelete
  4. salam cik mimi
    amboiii makanan owngputih nie..h ehhee dah habis la tue..wat kita kecur jew..menciii:)

    ReplyDelete
  5. Aduhai Chik Mimi...
    terkulat2 mataku memandangnya.... kita cuma mampu bayangkan... kalaulah ada di depan mata!

    ReplyDelete
  6. Salam Cik Mimi.baru sempat jln dapur Cik Mi.dah lama tak mkn pie ni....anak no 3 dok minta tp mamanya malas tul nak buat, kalau dpn mata....akak angkut sebekas yg kecil tu...hi...hi
    re; Cik Mimi, masak2 utk jamuan akak masak sendiri tp ada pambantu yg tlg.

    ReplyDelete
  7. Bestnya kak...tgh2 tak sihat ni tekak tetap sedap.kalau ada depan ni...

    ReplyDelete
  8. mbakyu,
    walaaa kok pepagi nek sampe sini kok ono ni.penakkk eee..kok terus keroncong gitu perutnye..arep dijalok wes entek..yoo aku pulang dulu..ono meneh aku merene yoo>>:)

    ReplyDelete
  9. sedap mkn panas2 kan...kami pun suka tp bab nk buat kentang ala2 kentang putar tu selalu malas...last2 buat kuah bolognese je makan ngn spageti..hehe

    ReplyDelete
  10. Salam CikMimi...Saya suka resepi nie dulu saya buat guna pastry puff tutup sup kali nie guna kentang best juga ye.Hehe nanti kita kidnap resepi nie pulak ye.

    ReplyDelete
  11. sedapppnyaaaaaaaaaa MIE....ade pie lerrr...nnt nk wat ler...terliurr suda:)

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Mimi..saya sukeee sangat pie macam ni...tapi klu saya mesti nak gak buh sos cili...

    ReplyDelete
  13. Assalam kak, tgk tresepi pie ni mcm lebih kurang sama dgn resepi shepherd pie yg saya dah cuba hari tu yer cuma bezanya yg ni bubuh keju..memang sedap ni.lapar lak rasa..hehe

    ReplyDelete
  14. nampak sedap ;)) bekas tu nak cari kat mana ye??cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori cikwan lambat reply sbb comment masuk box lain
      bekas tu akak beli kat Daiso

      Delete

Reply