Pages

Wednesday, May 23, 2012

Chocolate Chips Cookie

Cookies yang chik mi buatkan untuk Sabrina bagi ke cikgunya,terasa macam nak raya pulak,tak pe kita test untuk cookies raya nanti .Chocolate chips menjadi kesukaan anak-anak opsss mak budak jugak kan.Chik mi ambil dari dapur Naz.Terima kasih Naz .
Gambar kurang sharp huhuhu ,semuanya blur tak dapat acik nak menolong:(
Biskut ni ikut anak tekak chik mi sedap mungkin sebab ada tepung jagung dalam adunannya .Boleh masuk list untuk cookies raya nanti.
JazakalAllah Naz chik mi kongsi kat sini ye.

BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Resepi Asal:Mrnamie
Sumber :Chik Mi
Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor~Chik mi guna brown sugar
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

NOTA :

  • Naz tak letak pun kekacang atau kismis di dalam adunan kerana dengan coklat chip saja pun dah MELETOPZZZZ rasa biskut ni. Lagi pun Husna tak berapa gemar makanan yang ada kekacang di dalamnya.
  • Rasanya kalau nak letak kekacang di dalam adunan, elok dikurangkan coklat cip sedikit kerana satu keping biskut ni, penuh dengan coklat cipnya. Cadangan Naz: 50 gm coklat cip dan 50 gm kekacang.
  • Cubalah buat biskut ni.. Tak rugi mencubanya.. Kalau tak cuba dah rugi macam Naz(setahun Naz rugi tu).
SELAMAT MENCUBA! 

23 comments:

  1. Salam kak mimi mmmm wangi nyer bau cookies.. nyum2 terliur di buatnyer rajinnyer kak.. memang cam nak rayer bila ader n3 cookies.. pppssstt kak sedap cam sekut famous amos gitu.. join.. he he he

    ReplyDelete
  2. mimi..nak order utk raya ni bolehhh?? ;)

    ReplyDelete
  3. bestnye..mcm fomus amos pnya ajer...yg tu nk bg kt QH ker...hihih

    ReplyDelete
  4. chik mi..sedapnya kukis..dah lama tak mengukis.kalau dekat dah order dengan chik mi je ni..:)

    ReplyDelete
  5. Mimi...pandainya u buat biskut..seriously umur nak masuk 40 buat biskut takpernah jadi.must try masuk dalam my newborn blog.aiman and aisyah love cookies,biasanya my chinese neibour yg kat sebelas atas selalu antar.Famous amos cookies kat sini takdak..cookies ada byk tapi tu la...sedih

    ReplyDelete
  6. Assalam mimi, aku dan kehidupan telah bertukar nama. sedap ni mesti ada rasa rangup sikit sbb guna tepung jagung tu

    ReplyDelete
  7. Salam Chik Mimi cayang!!!

    alahai cookies!!! suka2x buat cemelan anak2 depan tv :)

    ReplyDelete
  8. Salam CikMimi...hehe yang nie buat kita terasa sangat nak makan. Saya memang suka dgn coklat chips. Nanti kita kidnap resepi ye..

    ReplyDelete
  9. Salam Cik Mi.cookies choc chips...sedapnya ngunyah...sudah pasti kegemaran anak2....dan mamanya juga...hi..hi..

    ReplyDelete
  10. Assalam dinda...rindu sama kamu..dah lamaaaaa rasanya
    tak kacau dinda tau..cokkies ginilah menjadi pojaan hati anak2 kanda..
    maknya pulak malas nak buat..heheh..
    uish dah lama juga rasanya tak buat cookies..

    ReplyDelete
  11. uishhh...anak2 FnF pasti suka nih...ada masa nnt nk cuba buat juga...letak chocolate chunk mesti lg best ni kan

    ReplyDelete
  12. Chik Mi...
    Comelnya cookies tu posinggg..

    ReplyDelete
  13. bagai dah terasa bahang nk raya..kruk2..
    crunchy tuu

    ReplyDelete
  14. Assalam kak, rajinnya buat cookies...sedapnya.order sebalang yer...hehe

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum Mie. Bestnya tngokkkk..buat masa ni hanya leh ngecap ayaq lioq dulu lahhhh...ingin nak cuba gak versi ni mana tahu trberkenan plak. Apa2pun tks share resepi yer!

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Mimie...sesekali layan cookies diluar musim perayaan sedap gak kan

    ReplyDelete
  17. mmg sedap sekut nih... kiter punyer da berjaman abes.. meh bg yg akak punyer pulak! heeeeee

    ReplyDelete
  18. Salam CikMimi.....rindu benar lah...lama tak dengar cerita...hehe sibuk ke.

    ReplyDelete
  19. salam cik mimi..rindu pulak nk kesini..:)..dah tukar nama rupanya..g dapur kak watie baru tau cik mi dah guna nama lain:) miz u la

    ReplyDelete

Reply