Friday, July 27, 2012

Botol Muncung 3 Untuk Roti Jala For Sale

STICKY NOTE! 
Untuk entry terbaru sila scroll ke bawah

Assalamualaikum,sesiapa yang berminat nak dapatkan botol muncung 3 untuk roti jala sila email chik mi @ mimiazie72@gmail.com

Cara-cara menggunakan botol muncung 3 dan Cara menjala

Thursday, March 08, 2012

Cinnamon Pull Apart Bread

Assalamualaikum,Cinnamon Pull Apart Bread ni menu minggu lepas,orang lain dah lama terkena jangkitan virus chik mi baru nak merasa,masa Shidah buat CPAB ni terasa susah je nak buat,dah ler namanya tu puh punyala panjang.Bila Kak Nor duk sebarkan virus pun tak terjangkit lagi ,kuat sungguh antibodi ku ni yer ,last week kawan chik mi Mak Udess minta resepi onbehalf of SIL  dia baru ler teringat resepi ni ,masa duk selongkar dapur kak nor (jangan mare ye kak) baru lah p tengok link Joy of baker dengan shidah tu laaa senang jer nak buat,heheheheh balik kerja dengan semangat yang membara ku buat kerahan tenaga ,suruh Cik Baker menguli.
 
Alhamdulillah memang sedap CPAB ni ,Chik mi dapat 2 bekas
Recipe:JoyThe Baker
Source:Shidah
Source:Kak Nor

For the Dough (in BM)

2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan
Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)
Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. Langkah seterusnya, boleh ikut the pictures below.

Untuk recipe step by step boleh ke link joy the baker @ link shidah
Terima kasih buat Shidah yg share the recipe dan buat kak nor yg menyebarkan virus,dan tak lupa juga penyumbang recipe....


Sunday, February 26, 2012

Bubur Cha Cha

 Assalamualaikum,bubur cha cha kegemaran husband chik mi tapi anak-anak tak menggemarinya,bila jumpa keledek colour purple ,chik mi ambil sikit sebab nak buat bubur ni,Bila dah rebus kalernya tak menyerlah jadi kusam gitu,nasib baik ade si oren yang berganding bahu so tak ler boring sangat tengok.
Masa first time kena buat bubur ni jenuh menggoggle sana sikit,adjust sini sana so kita pun buat lah ikut cara yang senangkan.
 
 .Mula-mula chik mi kukus keledek ,kemudian rebus tepung chacha sehingga separuh masak ,buang air kemudian rebus,kembali cha cha bersama dengan gula putih dan gula merah sehingga gula hancur bersama sehelai daun pandan.masukkan sedikit sagu yang telah direndam terlebih dahulu,akhirnya masukkan santan biarkan mendidih sebentar. 

Thursday, February 23, 2012

Colek Ikan Tongkol

Assalamualaikum ,menu ni pun dah lamaaaa sangat tersimpan kat draf tu ntah kena sangat M nak mengupdatenya.Dedulu chik mi tak pandai makan ikan kayu @tongkol @ aya ni,sebab arwah ayah chik mi tak makan so kita orang memang jarang makan ikan ni,bila ayah dah tiada,ada jugak sekali dua kakak chik mi masak cabai,tup-tup kawen pencinta ikan ni huwaaa cheq kena belajaq masak so kena la makankan,so sekarang ni kalau nampak si tongkol isi putih memang kena ambil.Selalunya chik mi masak cabai ikan ni ,dah lama tak buat colek ni.
Resepi ni chik mi ikut kat sini,thanks Za chik mi kongsi kat sini ye
Source:Myresepi

Bahan-bahan ( 1 hidangan tengahari)

  • 4 keping ikan tenggiri
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu teh garam
  • 5 biji cili api
  • 2-3 biji limau nipis
  • 1 inci belacan (bakar sikit)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • Sedikit daun ketumbar (hiris)
  • UPDATE: lupa nak beritahu..kepada yang tak suka daun ketumbar, boleh tukar kepada daun limau purut...memang ummphh!!!

Cara-cara

  1. Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak.(Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap)
  2. Campurkan air masak,cili,garam,gula,belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang,tomato dan daun ketumbar.
  3. Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar.Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.
Colek @ air asam chik mi ikut resepi kat sini.
Chik mi panggang ikan atas nonstik pans aje tak guna oven .


Wednesday, February 22, 2012

Sambal Kicap Cili Padi

Assalamualaikum,sekejap aje dah tengah minggu hari rabu,selalunya orang cakap WW kan tak pe lah kita buat seperti biasa .Dah jadi menantu wong jowo mesti kena pandai makan dan buat sambal kicap kan.kat rumah MIL memang sentiasa ada sambal kicap ni tak payah kalut-kalut kalau nak makan baru nak buat:).Kalau orang johor goreng pisang mesti ada sambal ni kan ,chik mi suka makan dengan ikan goreng panas-panas fuh berpeluh uuuu
Uiks bijik cabainya berserdak tu ,chik mi guna cili api yang merah campur dengan hijau tapi bukan  cili api kampung ,tu beli kat pakcik MYDIN punya ler pedas,nasib baik tak letak banyak lagi.
Resepi nanti ye chik mi dah nak keluar ni:)
Update :
Sambal Kicap  Cili Padi
Souce :Chik mimi
Source :Ibu Mertuaku
Bawang putih 1-2 ulas ,dihiris halus digoreng sebentar
Cili Padi 
Gula 
Asam jawa -Dibancuh dengan sedikit air biar pekat
Kicap 
Cara-cara
Cili padi ditumbuk bersama dengan gula sehingga hancur,masukkan kicap serta air asam pekat .masukkan bawang putih tadi di pecah-pecahkan sedikit biar wangi ,sekiranya terlalu pedas masukkan lagi sedikit gula.sedia untuk dihidang