Tuesday, August 31, 2010

Award dari Faradean

Salam Kemerdekaan,hari ni genaplah 53 tahun negara kita merdeka bebas dari penjajahan,Chik mi terima award ni dari Faradean,thanks ye dik ,kena jawap tag ke,insyaAllah chik mi cuba ye..

1. Senaraikan 7 makanan kegemaran untuk berbuka n bersahur...
Berbuka chik mi masak ikut apa yang anak dan hubby nak makan,sebabnya dah sampai rumah pun petang hanya sempat masak sejenis dua lauk je.Family chik terus berbuka dengan nasi,jarang chik mi buat kuih sebabnya kadang-kadang yang beli pun tak termakan.
Waktu bersahur anak dah tak nak makan nasi(senang kerja ibu)anak-anak makan roti sapu butter @ cicah dengan air milo je,so chik mi pun dah terikut macam tu kalau makan makanan yang berat seperti nasi alamat pukul 12 nanti peyut berdondang sayang.tapi kalau dengan roti pandai aje dia behave..
 

Friday, August 27, 2010

Kuih Lopes


 Salam,kejap aje dah 17 hari umat islam berpuasa,hari ni selangor ,penang dan ada 2-3 negeri lagi bercuti tapikan huwaaaa walaupun warga Penang diriku bekerja,semalam chik mi sampai lewat sebab ade accident kat Penang Bridge huhuhhu last2 my husband p beli lauk tunjuk2 aje.sebelum tu chik dah suruh along masak nasi ,dia cakap dia dah masak tinggal tunggu ibu masak lauk je,last2 suruh along buat sambal belacan,ingat nak goreng ikan pekasam ngan masak lemak je,tengok 6.30 pun tak sampai lagi last2 hubby keluar beli lauk jugak.Balik buah telur dadar mayonis aje buat lauk tambahan.Panjangnya mukaddimah,lopes ni chik mi buat ahad lepas,tapi makannya sampai rabu sebabnya masuk peti sejuk bila nak makan kukus balik,kuih yang sinonim dengan bualan ramadhan dan kegemaran kami sekeluarga.



Seperti biasa chik mi guna daun buluh untuk membalutnya dan merebus menggunakan pressure cooker.Sekarang chik mi dah tak buat lopes macam selalu yang kacau dulu pulutnya dengan air pandan.jom kita tengok macam mana chik mi buat lopes.
Lopes - 
2 mangkuk pulut
1 sudu besar air abu (alkaline water)
kelapa parut + secubit garam dikukus sebentar supaya tahan lama 
Daun buluh @ daun pisang (jika guna daun buluh rendamkan sebentar daun bersama dengan talinya)
 
                                                         Air gula
Gula Merah(gula melaka)
Sedikit gula pasir
Sehelai daun pandan

Caranya
Pulut dibasuh kemudian direndam 2-3 jam bersama dengan air abu,(chik mi guna pulut susu so chik mi rendam 1 jam aje),pastu basuh bersih kemudian di toskan.bila dah kering air bolehlah dibalut dengan daun buluh@ daun pisang yg di telah dilayukan sebentar.Chik mi dua sudu besar pulut untuk dimasukkan ke dlam daun ,,chik mi buat kelongsong dulu kemudian masukkan pulut lipat menjadi tiga segi @ macam buat ketupat pulut dan diikat dengan kemas.
Untuk air gula,masukkan semua bahan masak bersama sedikit air ,air jangan terlalu banyak nanti air gulanya cair tak sedap,chik mi selalunya ikut paras gula atau kurangkan sedikit saje.
Rebus ketupat bersama pressure cooker,jika menggunakan pressure cooker air dengan pulut tersebut hanya masukkan sama paras aje.Chik mi rebus selama 40 minit,jika menggunakan periuk biasa rebus antara 2-3 jam kena check air selalu ye takut airnya kering.

Thursday, August 26, 2010

Ikan Pari Bakar

 Salam,menu minggu lepas ye puan puan,puas hati bila dapat memanggang sendirikan.permulaan puasa hari tu hubby chik mi ade jugak beli sepotong ikan pari bakar ni,hampir separuh tak dimakan akhirnya cik tong yang makan,bila tanya kat along n angah jawapnya sambal tak kick ler ibu ayeq asam pun huhuhuhuh memang tak boleh p la,sian anak2 ibu.Bila pergi market nampak pari fresh terus je chik mi ambil sebelah yang sedang,sekali hadap je masa berbuka tu ,masa nak buat air asam tu angah dah cakap bu macam selalu ye tak mo resepi lain nnti tak best!
Gandingan Maut Pari Bakar Dengan Air Asam,pat yang hitam-hitam tu biasa ler kan kat umah ni.hitam hitam sitampuk manggis walaupun hitam ku pandang manissss ...

Jom kita tengok camne chik mi buat sambal.
Sambal
Cili Blend
Serai
Lengkuas 
Bawang Merah
Belacan
Air Asam ~pekat
Sedikit minyak untuk menumis
Garam
Caranya
Blend ke semua bahan diatas,tumis sehingga garing kemudian sejukkan sebentar,selalunya chik mi sapukan sambal keatas kedua-dua belah ikan kemudian perap,dekat nak berbuka balut dengan daun pisang bolehlah dipanggang atas bara api.

Air Asam(chik mi selalu gunakan resepi shima colek daging panggang),resepi asalnya boleh tengok kat sini
Untuk Air Asam
  • cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
  • 1-2 biji cili masak - dikisar
  • 1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
  • sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1 labu bwg besar dicincang
  • daun coriander/ketumbar - dicincang
  • lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)
  • 2 sudu besar nampla/minyak ikan
  • garam & gula secukup rasa
  • extra air masak (tuk kuah colek)

Wednesday, August 25, 2010

Rezeki Dibulan Ramadhan

Salam,Chik mi terima parcel dari seorang kawan hari isnin aritu,terkejut jugak bila admin staff call cakap ade parcel,uiks rasanya tak de order apa,pastu sampai punya ler awal dalam pukul 9.30 pagi ,Triz  my colleague siap tanya apa lagi yang u oder? Chik mi cakap ntah la i  tak de order apa2 pun, bila tengok kat nama pengirim tu tersenyum simpul chik mi bila buka lagiiii lah teruja macam-macam adaaaaa alhamdulillah rezeki pada bulan ramadhan.
 lampu kat rumah 1 tu dah blow (hishhhh time ni jugak dia nak blow) tu yang nampak malap .Yang syoknya siap ada kad raya lagi best ni dedulu dok lawan ngan my niece sape yang dapat kat raya paling banyak,tapi sekarang semuanya tinggal kenangan..
Hai senangnya dalam hati bila dapat ramekin yang cute,dah lama plan nak beli bila pergi kedai tengok benda lain tak ambil (sekarang tak payah lagiii) vegie cutter pun pegang letak je maybe sebab nak dapat kut,heheeh.Tengahari tu sempat bercakap sebentar dengan pengirim parcel ni ya Allah kita orang bersembang macam dah kenal bertahun sebenarnya hanya kenal dialam maya!Terima kasih daun keladi sahabat...chik mi suka semua ni dan suka bersembang dengan awak...terima kasih atas segalanya

Tuesday, August 24, 2010

Puding Sago

Salam,lama sungguh Chik mi tenggelam ye, tak hilang kemana pun cuma biasalahkan hari sabtu biasalah chik mi pergi ambil stok,cumanya tak boleh bersiaran sebabnya pc kat rumah dah kena demam kepialu,tunggu nak bawak jumpa pak doktor aje.so sekarang ni kena harapkan kat ofc.la tapi masa begitu mencemburui diriku (muahhhaahah),Menu minggu lepas ye dah konpem dah habis ,tengok ramai yang buat kuih sago ni,ye la kuih yang sinonim dengan bulan puasa.kuih pebret angah tapi bila bulan puasa ni kuih2 kat umah chik mi tak jalan sebabnya kita orang berbuka dengan nasi,buat pun sikit je.nasib ler ayah yang perabiskan kalau idak habuan cik tong ler gamaknya.
 

Chik mi makan dengan fresh milk dan air gula merah(tenggelam pulak air gulanya tu) .semua dah pandaikan buat sago ni tak yah resepilah.

Thursday, August 19, 2010

Bubur Jagung Bersagu & Keledek

Salam, menu request dari hubby , so sang isteri mithali pun dengan segera p la buat cepat-cepat (ada yang nak muntah ijo dak),bila ade bubur ni maksudnya menu weekends lah ye.Nasib baik stok jagung ada dalam peti senang lah kerja chik mikan

Semalam Sabrina tak mau makan nasi ,harap-harap dapat bertahanlah.

Wednesday, August 18, 2010

Sotong Masak Kicap Berempah

Salam,menu last week ,biasa lerkan kalau dah sampai rumah 6.30ptg,tengok apa yang hubby dah defrost itu je la yang chik mi masak.Anak-anak semua berpuasa so bila berbuka terus nak makan nasi,kalau buat kuih-muih pun nanti membazir je(macam ler sempat nak buat kuih kan).Chik mi kalau sotong ni memang tak dak idea nak masak apa,selalunya goreng kunyit je,ntah hari tu dalam kelam kabut sempat lagi tumiskan sedikit rempah kari dan tambah kicap so jadilah masak kicap berempah ni.
 Anak-anak pulak bila dah berbuka tu makan je tanpa banyak soal ,mungkin dah penat dan kelaparan kan
InsyaAllah hari ni Sabrina dah 3 hari mula berpuasa penuh,Alhamdulillah chik mi tak paksa dia,dia sendiri yang nak berpuasa.Alhamdulillah ikutkan chik mi 6 tahun baru nak start sama mcm along n angah tapi dia sendiri yang nak..
                                                                        

Tuesday, August 17, 2010

Nasi Ayam Ipoh

Salam,alhamdulillah sekejap aje dah seminggu umat islam berpuasa,nasi ayam ni menu berbuka hari ahad yang lepasi,alhamdulillah licin periuk nasi,anak2 memamg pebret dengan nasi ayam tp ayahnya pulak kurang.Dah ramai yang mencuba nasi ayam ni,tapi chik mi menderhaka sikit kat sup dengan ayam tu sebabnya anak2 tak suka clear sup so chik mi tambah rempah sup dalam sup.ayam pun chik mi tambah lada hitam.
 Sila abaikan meja yang berselerak tu ye.,kat umah ni kalau ayam selagi tak itam mmg tak laku nak pulak nasi ayam hainan mmg tak disentuh
 
Resepi Nasi Ayam Ipoh ~by Quinnie

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. 

Friday, August 13, 2010

Jagung Bakar Bersos Lagi


Salam,ni bukan menu berbuka semalam ye,ni menu hari ahad yang lepas,menu berbuka lupa nak bawak SD card so esok je lah,sebenarnya jagung bakar ni memang buat every weekend ,atas permintaan dak picky eater tu,hari jumaat ada pasar malam kat kmpg chik mi adik yg selalu jual jagung bakar tu jual sekalijagung mentah ni,suka beli jagung kat adik ni sebabnya manis je adik ni cakap dia ambil dari Cameron Highland,mmg jagung ni manis dari yang selalu chik mi beli kat market tu walaupun cakap jagung taiwan,tapi kadang2 tu keras dan berhampas je.Jagung ni special sikit sebabnya Sabrina yang bakar dibantu oleh ayah,dia yang sapu butter semua,bila dah siap baru ler panggil chik mi buat sos.
                                                     Resepinya ada kat sini
Chik mi CnP balik resepinya kat sini ,sebab arini rajin sikit.
 Bahan-bahannya
Jagung 
Butter*
Sos cili*
Sos cili thai*
Madu*
*campurkan ke semua bahan yg bertanda * diatas ,ketepikan
Cara-caranya.
Jagung disapu sedikit butter kemudian dibakar ,selepas jagungnya dah masak sapukan dengan semua sos yang dicampur tadi.sedia untuk dihidangkan.

Award Dari Ayu Safieza


Salam,Alhamdulillah hari dah 3 hari umat islam berpuasa kejap je kan.Award ni terima dr Ayu ,Thanks sekepada yang sudi silalah ambil award ni dan gantungkan jugak ye,Kitakan kawan....
kalau nak jawap soalan pun silakan ye
                                                      7 Favorite foods for iftar and sahur:

Thursday, August 12, 2010

Gulai Daging Dengan Rebung Masam

Salam,alhamdulillah hari ni masuk hari ke ramadhan,semalam chik mi sampai lewat kat rumah ,pukul 6.30 petang huwa terus bersilat kat dapo,alhamdulillah hubby dah beli daging,plan asalnya nak masak kicap ,dah sampai rumah tukar plan sebabnya hubby nak makan gulai dengan rebung masam.Nasib baik nasik dan minuman angah along dah settle so chik mi masak gulai dengan goreng sayo je la.Dengan pertolongan cik pressure cooker gulainya sempat masak sebelum berbuka.Rebung masam ni bukan yg dari Thailan ye yang ni chik mi beli kat Pasar tani Teluk Intan hari tu,mak cik yang jual tu buat sendiri ,dia cakap ni rebung manis dik bukan rebung masam,tak pe lah makcik sy nak 2 bungkus,bila dah lama kat peti sejuk tu ade jugak masam2nya tp still ok yang penting tak berbau macam rebung masam yg selalu jual kat pasar malam tu.
Rebungnya tak nampak ler pulak,gandingan daging tetel dengan rebung ni memang best.Dulu chik mi tak reti jugak nak makan rebung masam ni,Cik Ros kawan chik mi yang ajar sebabnya hubby dia mmg suka dengan rebung masam ni tak kira dengan gulai ayam ke gulai daging ke atau gulai sardin.
Alhamdulillah pagi tadi cik ros bagi lagi rebung masam yang dia buat sendiri,Chik mi buat macam gulai daging biasa cuma tambah rebung je.Resepi nnti ye malas nak taip ni.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Ramadhan Al Mubarak menjelma kembali lagi,dikesempatan ini Chik mi ingin memohon seribu kemaafan atas segala kesalahan,sama ada secara sengaja atau pun tak sengaja,selama persahabatan ni kiranya ada yang terguris dengan celoteh atau omongan chik mi.

Kad ramadhan dari AlongRos,Terima kasih Along...

Monday, August 9, 2010

Lepat Pisang

Salam,lepat kuih kegemaran chik mi dari dulu lagi,rasanya dah lama tak buat lepat ni,kalau buat sendiri memang puas hati ,kalau beli tu paham-paham jelah kan pisang tak terasa,lemak tak de,manis pun paham je lah dengan semua barang yang dah naik melambung nikan.Chik mi pulak kalau lepat pisang ni suka berintikan keledek yg didadukan pastu letak sagu biji,kalau yang readymade tu memang confirm tak de benda nikan.Chik mi kalau kuih muih ,kek atau cekodok sekali pun memang suka guna pisang emas.kalau guna pisang lain mmg lain rasanya(dah nama pun lainkan),tapi kali ni chik mi campurkan sikit pisang awak lebihan pisang goreng tu yg nampak ada hitam-hitam sikit tu.
 
 Bab membalut tu biasalah kan kecik-kecik dulu tangan tak dibedung,so ikut je asalkan tak terburai isi perut.
Bahan-bahan
Pisang - dilecek
Keledek - didadu pastu di stim
Sagu - direndam sekejap
Santan
(Boleh juga jika guna susu cair)
garam
gula
Cara-caranya
campurkan ke semua bahan diatas, kemudian dikukus,kukusannya hendaklah di panaskan terlebih dahulu.

Saturday, August 7, 2010

Ikan Tongkol Masak Kicap Pedas

 Salam,lamanya kita chik mi tak bersiaran,masak macam biasa tapi bila dah kepenatan tu kemalasan mengatasi segalanya,ni pun menu minggu lepas ntah macam tak de mood je sekarang ni.Selalunya kat ke market tu bila nampak ikan tongkol isi putih ni,hubby mesti beli,chik mi lar fening tak tahu nak masak apa,pusing2 masak tu jugak sbbnya kalau masak lain dari selalu nnti anak2 tak nak makan.
 Resepi asalnya ikut resepi makyong kat MYR tu tapi bila dah penat tu campak jelah apa yang ada,kebetulan stok daun limau purut banyak(dari neighbour sebelah dia akan kutip pucuknya yg muda bagi ke chik mi)so chik mi taruk jugak,bila rasa tu ada rasa ala-ala tomyam.

Wednesday, August 4, 2010

Nasi Goreng Kampung

Salam,sekejap je dah hari rabu,insyaAllah minggu depan kita akan menjalani ibadah berpuasa,ramadhan al mubarak kan menjelma kembali.menu last week,since ada sikit kangkung dalam peti sejuk tu chik mi buatkanlah nasi goreng kampung untuk hubby ngan bekal along.Hubby nak pedas yg kaw2 punya since anak-anak pun nak makan chik mi buat tak pedas sangat.
pssst nampak tak telur mata tu ade bentuk munge2,chik mi dapat parcel dari seorang adik yang hanya kenal dialam maya.... Buat hamba Allah yg mengirimnya terima kasih yg tak terhingga..(terima kasih daun keladi hihihhi  ) dik akak sukeeeeeee.
 Nasi Goreng Kampung 

Nasi 
Cili api*
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Ikan Bilis*
Sos Ikan
Garam
Serbuk lada putih (jika suka)
kangkung

Bahan taburan
Ikan bilis goreng
Telur mata

*Dikisar guna blender kering(chik mi guna Fp),tumiskan bahan yg dikisar sehingga naik bau,masukkan sos ikan dan secubit garam(jgn bnyk sgt sebab sos ikan dah masin).masukkan nasi,kacau sehingga sebati,masukkan kangkung,biarkan sebentar sehingga kangkungnya lembut.Bolehlah dihidangkan bersama ikan bilis goreng dan telur mata.

Tuesday, August 3, 2010

Parcel

Salam,ni second shipment untuk yg dah order hari tu ,semalam chik mi dah pos,insyaAllah dalam seminggu akan dapat ke tgn masing2 ye,since ade yang terlepas keretapi still boleh order ,insyaAllah chik mi pergi akan pergi permulaan berpuasa.Kalau ade yang berminat boleh email ke mimiazie72@gmail.com@ msg kat fb.