Wednesday, December 29, 2010

Masalodeh Ubi kayu

Assalamualaikum,lamanya chik mi tinggai rumah kedua ni,sibuk menjadi wedding planner hahahah hari sabtu (xmas day)hari tu bertolak dari Teluk Intan ke Nilai & Jalan TAR pastu petangnya bertolak balik ke Teluk Intan huh memang penat tak tahu nak cakap ler,next day pulak cari florist,pastu temankan SIL ke butik pengantin dengan Sabrina yang dah boring katak tu,so macam-macam perangai ler dia buat ..huhuhu panjangnya citer,Korang pernah makan masalodeh dari ubi kayu,ni my MIL punya speciality tau,pestaim dengar pun pelik jugak bila dah rasa no bad sedap,sapa yang suka ngan rasa ubi kayu yang kenyal2 gitu sure suka.Hari tu chik mi bawak banyak jugak ubi kayu so lepas ni jangan muntah ijau ye asyik keluar menu ubi kayu je hehehe


                                         
Masalodeh Ubi Kayu
Source :http://qasehmu-abadi.blogspot.com
Ubi kayu-di parut
Sedikit udang kering*
Sedikit ikan bilis*
Jintan manis*
Cili kering-digunting kasar
Daun Kucai
Bawang besar- dipotong dadu
Garam secukup rasa
Sedikit kelapa parut-tak letak pun tak pe
*ditumbuk kasar
Cara-cara
Campurkan semua bahan diatas, 
Masukkan semua bahan ,gaul sebati,leperkan kemudian digoreng dalam minyak,selamat mencuba

Thursday, December 23, 2010

Ayam Bawang

Assalamualaikum,akhirnya dapat jugak upload gambar ntah nape semalam nak upload asyik fail je tu yang kadang-kadang malas nak n3 tu hahaha majuk ler kunun...Favourite hubby dengan anak-anak,kalau goreng ayam ni selalunya harum semerbak satu rumah,bau daun pandan dengan daun kari yang ditumis.
Ayam Bawang My Style
Ayam ~potong ikut suka
Serbuk kari*
Serbuk cili ~jika suka*
Sos tiram*
kicap*
Lada hitam ditumbuk kasar*
Sedikit madu*
Bawang besar dipotong bulat ~lagi banyak lagiii sedap
Daun pandan ~dipotong sepanjang 2cm
Daun kari 
Caranya
 Perapkan,ayam bersama dengan bahan yang bertanda*,,lagi lama kita perap lagi sedap,kemudian digoreng ayam tersebut dengan api perlahan sehingga garing.Keluarkan minyak sehingga tinggal sedikit,tumiskan bawang besar,daun pandan dan daun kari sehingga garing,masukkan ayam yg telah digoreng td.kacau rata dan tutup api sedia dihidang.

Sunday, December 19, 2010

Apam Tepung Beras



 Assalamualaikum,hari tu musim apam berjalan dari satu rumah ke satu rumah chik mi tak sempat nak buat,so bila ade kesempatan chik mi pun terkena juga virusnya.Dah lama tak buat apam pebret anak-anak.Ade yang sengih kerang busuk ,ade yang senyum kamben ,ade yang senyum simpul ,bak kat macam-macam adaaaaa.yang dalam ramekin comel ni senyum malu-malu gitu,yang sengih kerang busuk dah kena hijack awal-awal lagi.
 
Yang pecah mekar ni jatuh wap air la pulak walau pun dah tutup tudungnya.
resepi seperti biasa dari Kak watie.chik mi cnp balik kat sini ye.
Apam tepung beras ~by Kak Watie

Bahan-bahan:
  • 1 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula putih
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  • sepeket kecil eno
Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi). Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

Friday, December 17, 2010

Kek Pisang Bercoklat

 Assalamualaikum,opssss jangan nak mengendeng ye ni menu hari minggu yang lepas baru sempat nak lentak n3,hehehe siap sms ke puan empunya resepi lagi kalau nak tambah ovellete bnyk mana,dah lama tak membaking utk budak-budak tu,tak samapai sehari sebiji kek ni habis dikerjakan bersama ayah,mmg puas hati kalau buat sendirikan.Resepi dari kak sifu kesayangan (tak bodek tau ni kak hehehehe).
Dah lama tak ambil gambar ,nak posing-posing pun dah malas tambahan pulak ngan tangan gigil (apakah alasan).
Terima kasih kak chik mi CnP kat sini ye .
 Kek pisang bercoklat
Source :Knor 
  • 250gm mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang 
    • 1sb ovelette ~ chik mi tambah
  •  1/3 cwn fresh milk ~ chik mi tambah

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
  10. Selamat mencuba..

Wednesday, December 15, 2010

Asam Pedas Tumis

Assalamualaikum,lauk yang jarang-jarang ,kadang-kadang ade kat rumah chik mi,selalunya chik mi masak asam pedas rebus ,tapi memandangkan ada isi ikan kaum keluarga ikan mayong,yang ni kalau kat penang dipanggil 'otek'.Ikan ni sedap di buat kari,chik mi beli seekor tp simpan sikit isinya utk masak asam pedas.
Selalunya asam pedas melaka camginikan,anak-anak tanya kenapa asam pedas ibu tak macam selalu?Jawapannya saja nak kelainan

Monday, December 13, 2010

Nasi Goreng Je...

Dinner malam ni,memenuhi permintaan dak kecik yang picky eater tu,utk ibu yg suke pedas tu kena ler tambah cili jeruk,sesekali layan nasi goreng camgini sedap jugakkan:)))

 Cili jeruk ni untuk Kanda Ayu n Yat maria peminat tegar ngan cili jeruk :))))

Sunday, December 12, 2010

Jelly Kelapa Lagi

Assalamualaikum ,lamanya chik mi tak bersiaran,walaupun hujan-hujan kat Penang ni permintaan untuk jelly kelapa sangat tinggi,(harap-harap jangan kena sakit urat dah ler ye)chik mi buat ni malam tadi hari ni along n angah asyik bukak pintu petisejuk je makan jelly kelapa ni,tak pa kita buat sendirikan so banyak mana nak makan pun silakan ye.Seperti biasa guna resepi Knor,terima kasih ye kak,chik mi cnp sekali lagi ye,thanks...


Jelly Kelapa~by Knor

Bahan-bahan ( lebih kurang 13 cup spt gambar di bawah )

  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda~Chik mi guna 2.5L je
isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
# Chik mi tambah esen pandan
Cara-cara
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter

Monday, December 6, 2010

Tiramisu Biscotti

Assalamualaikum,kejap aje dah tiba hari isnin,yehaaaaa akhirnya dapat jugak buat tiramisu ni,ingatkan susah sangat,ghope2nya senang je,cecewahh,hehehe 1st nak ucapkan terima kasih kat Cik malina coz bagi biskut lady's finger ni,chik mi pun jakun jugak macam tak pernah nak rasa tiramisu ni,yang pasti yang ni SEDAPP,pasni boleh ler nak mengacau org lain pulak nak suruh belikan biskut ni lagi(kat Penang ni memang susah nak dapat).
Kelam kabut semalam nak g reunion maka kutaram je la tiramisu ni,tak pekan hasil kita sendiri bukan mencilok hasil kerja org lain.
Resepinya chik mi ambil dari rumah ijah,terima kasih pada ijah dan Kak E tuan punya resepi,minta izin CnP kat sini ye.
 TIRAMISU BISCOTTI
Bahan-bahan
  • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus>>yg ni kita guna 1/3 cwn jer
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan 
Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.>>Untuk proses ni kita cdgkan spray mcm kak hana buat utk elakkan biskut td lembik.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

Saturday, December 4, 2010

Sambal Paru Berkentang

Assalamualaikum..,panas-panas apa yang panas tu,panas dengan isu pencuri gambar dari blog kawan-kawan yang lain,memang tak paham dengan perangai si MIRA AINA ni,dah tegur dengan cara baik pun tak layan,keras sungguh hatimu wahai MIRA AINA,kasihan tuan empunya gambar yang anda cilok tu penat tau nak ambil gambar,pastu nak edit,nak buat N3,anda senang lenang aje nak cilok.pikir-pikirkan lah..
Berbalik pada sambal paru favourite kami sekeluarga,cuma kali ni chik mi masukkan sekali kentang yang digoreng terlebih dahulu.
 Kali ni sambalnya terkurang la pulak.
Sambal Paru Berkentang
Paru - direbus kemudian digoreng garing
Ubi kentang dipotong baji dan digoreng sekejap 

Sambal
Cili blend
BawangMerah / Bawang Besar*
Sedikit belacan *
Air Asam jawa
Sedikit gula merah
Garam secukup rasa
Minyak ~untuk menumis
*Blend bersama
Cara-cara
Tumis bawang besar@bawang merah yang telah diblend bersama sedikit belacan sehingga garing,masukkan cili blend tumis lagi sehingga betul2 masak cilinya,bila dah masak masukkan garam gula merah dah air asam ,masak lagi sehingga agak2 kering ,kemudian masukkan paru dan kentang,kacau sebati,boleh jugak dimasukkan bawang besar yang dipotong bulat




 

Thursday, December 2, 2010

Air Longan Dengan Kelapa Laut

Assalamualaikum,haritu chik mi ke tempat jual kelapa muda ,ternampak kelapa laut(sea coconut) ni so chik mi pun ambik juga 2 biji,chik mi simpan dalam petiais balik dari Kl baru sempat nak buat air ni,Longan kering pun dah lama sangat tersimpan kat petiais tu,so semalam selepas solat subuh chik mi mulalah merebus air longan ni,sedap diminum di musim panas.
 
 Chik mi rebus longan kering  bersama daun pandan sehingga kembang baru masukkan gula,boleh jugak masukkan gula batu,sebelum tutup api chik mi masukkan isi kelapa laut.
 
                         Jemput minum:)))

Awards Dari Kawan-Kawan

Assalam,hari ni baru sempat nak mengambil awards yang dititipkan oleh kawan-kawan,sebelum tu chik mi nak minta maaf banyak-banyak sebab tak membuat  homework..
 



Award dari AlongRos n Love ~Thanks Along n Love

                                           Award dari Kak Lin n Jassnani - Thanks buat keduanya
Award dari Love lagi~Thanks again

Helooo

Assalam,hari ni chik mi bsru semapt nak cuci sawang sikit kat sini,hehheh buzy like a bee,chik mi baru balik dari KL,menghadiri kenduri anak buah yang naik pelamin,(gambar usah ditanya mmg tak sempat nak pegang camera pun),pastu bila dah sampai kat KL tu banyak ler tempat yang nak diterjahkan,kepada yang memberi award insyaAllah nanti chik mi angkut satu persatu ye,terima kasih

Wednesday, November 24, 2010

KOCI LABU


Salam,ya ampun haritu ada technical error,chik mi upload gambar koci ni ingatkan nak save dalam draft sekali along tersilap p publish,sori sangat2 ye.Hari ni baru sempat nak publish balik,chik mi buzy like a bee heheehe.
Chik mi guna resepi koci kacang merah


 
Koci Kacang Merah
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com

Bahan-bahan
Daun pisang ~dilayur chik mi masukkan dlm air panas 2-3 min.
Kacang Merah ~direndam n rebus kemuadian diblend
Tepung Pulut
Secubit Garam
minyak masak
sedikit air
# ikut Mil kacang merah 1kg tepung pulut 2 kg,chik mi main agak2 je.
Inti
kelapa @ chik mi campurkan kacang hijau +kelapa.masak bersama gula merah seperti inti ketayap.

Cara-cara
masukkan semua bahan diatas,uli sehingga sebati dan tak lekat ditangan.kemudian ambil sedikit inti masukkan kedalam tepung,bulatkan kemudian masukkan ke dlm minyak masak kemudian dimasukkan dalam daun pisang dan dibungkus.

Monday, November 22, 2010

Bendi Rebus Bersambal

Salam,menu hari sabtu dah ramai yang mencubakan,since dalam petiais ade sebungkus bendi sebelum menjadi menopous dan menjadi habuan cik tong maka chik mi pun dengan bersemangat wajanya (ntah apa la ayat ku ni).Idea asal dari gert chik mi ambil dari umah knor,Terima kasih semua chik mi CnP kat sini ye
BLANCHED OKRA with SPICY SAMBAL by Gert

Ingredients:
10 okras – cut the ends off

Sambal – blended into paste
4 red chilies
2 shallots
2 cloves garlic
1 ripe tomato – cut into chunks
2 tbsp dried shrimps – soak for 15 minutes
Sugar and salt to taste.

1. Blanch okra in boiling water for 1 minute, drain well and set it aside.
2. Heat up frying pan with 2 tbsp of oil. Stir fry blended ingredients until fragrant and dry. Add in sugar and salt to taste. Continue to stir-fry until you see oil started to appears. Dish out and serve with the blanch okras.

Saturday, November 20, 2010

Tepung Bungkus

Salam,selamat hari raya aidil adha,tak terlambat lagikan,huhuhu tuan rumah kebizian,cuti raya cuma sehari pastu mula balik kerja pastu huhuhu cik ros cuti chik mi kena cover semua kerja smpi penat tak terkata,Hk mkt,Indon mkt,mesia mkt ,fuyoooo mmg tak menang tangan smpi naik berpinau bijik mata duk renung skrin tu,itu yg tak sempat nak hapdet umah ni,hopefully next week back to normal la kan.ok tepung bungkus yg best ni,ni favourite chik mi dengan anak-anak esp.along (big boss tak suka inti kelapa)chik mi suka texture tepungnya yang lembut gitu,resepi ni memang best,Thanks Bdaria kongsi resepi yang best ni..

 Thanks to Bdaria ,kongsi resepi ni,chik mi minta izin CnP kat sini ye untuk rujukan akan datang.
 
TEPUNG BUNGKUS~ Bdaria
(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)

1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cara memasak bahan A
  1. Potong gula merah menjadi ketulan kecil
  2. Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
  3. masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
  4. ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  5. Tutup api dan sejukkan inti anda
  6. Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.
Langkah 2
Bahan B

200gm tepung pulut
150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B
  1. Masukkan tepung pulut dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
  3. Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
  4. Buat sampai habis dan ketepikan.
Langkah 3
Bahan C

2 pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.

Langkah 4
Bahan D

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air

Cara-cara memasak bahan D
  1. Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
  2. Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.
CARA-CARA MEMBUNGKUS
  • Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
  • Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
  • Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
  • Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
  • Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.

Sunday, November 14, 2010

Puding Laici


Salam,puding laici yang satu waktu dulu femes kat blog,masa tu chik mi mmg teringin nak buat tapi mengenangkan airnya disukat dengan gelas tu yang tak terbuat2 tu,Terima kasih buat kak sifu yang menggejjas dalam bentuk sukatan metrik,pastu siap duk laung-laung lagi suruh buat cakap sedap rugi tak cuba,heheheeh kak launganmu dah bersahut,thanks ye nanti laung ler lagi ye.memang sedap sape yang tak cuba memang rugi hehehehe kita pulak nak laung ke sape yang belum buat .Chik mi pun suka puding yang lembut camni so boleh ikut sukatan air ni nnti utuk buat apa-apa puding lagi.Terima kasih jugak untuk kak lieza puan empunya resepi,dan juga knor yang buat dalam sukatan metrik.

PUDING LAICI by K.Liza
Source :Knor

Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]
1 tin laici [untuk hiasan]

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....
Yg ni sukatan yg K.Nor buat, cara2 masak tu K.Nor ikut cam yg dlm resipi K.Liza

1 paket agar2 serbuk  (10gm)
5 cawan air ~ cawan metrik
8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
1 tin susu cair
1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah

1. blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
2. lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)
Yang mana satu idaman kalbu sila pilih ye:))

Saturday, November 13, 2010

Cornflakes Crunchy


Salam,biskut raya ke??? heeheh tak de lah biskut pun dah entek,buat masa cuti deepavali hari sebab nak habiskan cornflakes yang tinggal separuh baki dari hari raya hari tu,dah simpan resepi ni lamanya nak buat asyik terlupa.Sedap memang crunchy ,chik mi bakar lama sikit lagiiiiii la crunchy.


Thanks to puan empunya resepi chik mi CnP kat sini ye.nanti raya boleh buat lagi ni  

Cornlakes Crunchy ~farrahaiza

Bahan-bahan ( 120 biji )

  • Bahan (A) 180gm castor sugar
  • 130 gm butter
  • 60gm marjerin*chik mi guna butter
  • 60 gm shortening
  • 1/2 tsp esen vanila*chik mi guna esen orange
  • secubit garam
  • Bahan (B) - 2 biji telur
  • Bahan (C) 300 gm self raising flour
  • 1/4tsp baking powder
  • 1/4 tsp soda bicarbonate*tak letak sbb dah habis
  • Bahan (D) Cornflakes secukupnya-anggaran 250gm

Cara-cara

  1. Putar bahan (A) hingga kembang
  2. Masukkan telur
  3. Ayak bahan (C) & masukkan adunan kedalam adunan (A). Kalau sebati dengan spatula.
  4. Rehatkan adunan didalam peti sejuk semalaman untuk menghasilkan biskut yg rangup.
  5. Keluarkan dari peti sejuk dan bentukkan bulat, sadurkan dengan cornflakes dan letak di atas loyang.
  6. Bakar selama 15-20 min pada suhu 175 darjah celcius
  7. Pesanan: -Adunan memang agak lembut, jgn tambah lagi tepung. -Tak perlu buat besar sebab dia akan mengembang, kita kan guna self rising flour.

Thursday, November 11, 2010

Paratha Puff

Salam ,paratha puff ni dah lama chik mi teringin nak buat ,tapi asyik kena potong q je,lebihan inti risoles hati tu chik mi frozenkan so cepat sikit nak buatnya.kalau kat rumah chik mi pastry puff tu tak laku mungkin sebab bila makan time sejuk tu dia berminyak sikit,so chik mi tukar dengan  roti paratha alhamdulillah anak-anak suka yg paratha ni.


Ade pulak cekci ler walaupun dah cover masih nak tunjuk isi perutnya tu:((.Yang gelap sikit tu chik mi guna paratha wholemeal,sedap jugak

Monday, November 8, 2010

Crispy Potato Wedges


Salam,meh ler kita makan wedges panas-panas ni,dah lama potato russet tu duk tergolek dalam bakul kat dapur tu,bila big boss cakap nak makan wedges dengan cepat dan pantas si assistantnya p ke dapur.resepi dari nOOrsha.Thanks Sha akak cnp kat sini ye

 Crispy Potato Wedges~ by nOOrSha

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji~chik mi guna russet potato
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut~chik mi guna tepung goreng ayam
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Ayam Masak Ros

Ayam yang digandingkan dengan nasi beriani semalam,request dr cik hubby juga,bila chik mi tanya nak ayam masak merah dia tak mau katanya dah jemu buat ayam masak ros lah,chik mi search high n low tapi takde yang berkenan dihati so chik mi decide nak campak je la apa yang ade kat dalam peti sejuk,so bila semua makan bila tanya ok tak jawapannya ok sedap alhamdulillah .Jom kita tengok macamana chik mi buatnya
 
~Ayam Masak Ros~My style
Ayam _ dipotong ikut suka bubuh garam kunyit digoreng separuh masak
 3biji Cabai Merah*
1labu bawang besar*
3ulas bawang putih*
Sedikit halia*
Sedikit Lengkuas*
2sb cili blend
3/4 cawan tomato sup(Heinz @ Kimball)
Garam secukup rasa
Sedikit pati santan ~optional
Rempah 4 sekawan
1 helai daun pandan-disimpul
minyak utk menumis
*dikisar halus

caranya
Panaskan minyak tumis rempah 4 sekawan bersama daun pandan sehingga wangi,masukkan bahan yang telah dikisar halus tadi,tumiskan sehingga pecah minyak masukkan pati santan masukkan ayam yang telah digoreng tadi masak seketika,kemudian masukkan tomato sup tadi masak sehingga sebati,jika terlalu pekat boleh ditambah air.

Sunday, November 7, 2010

Nasi Beriani & The Gang

Jemput makan,plan asal nak buat nasi tomato,tapi big bos request nak nasi beriani dengan ayam masak ros, so tukar ke plan B la pulak.semua bahan dah ade so cepat je masak,pukul 12.00 dah siap untuk dimakan.

 ~Nasi beriani ~
3 cawan beras basmathi~di basuh bersih dan direndam 20 min
  31/4 cawan air
1cawan susu  cair
3 sb rempah beriani~dijadikan pes
2 sb jus sunquick
2sb minyak sapi
1sb butter
Sedikit minyak minyak
 4 ulas bwg merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Kulit kayu manis,Bg lawang ,Bg cengkih & Buah Pelaga(4 sekawan)
Sehelai daun pandan ~di simpul
Seketul kecil gula batu
Garam secukup rasa
2-3 titik pewarna kuning ~jika suka
Bahan hiasan
Bawang Goreng
Daun pudina
Kismis ~lupa nak letak
* dikisar halus
Caranya
Beras yang dah direndam di basuh bersih kemudian ditoskan.Tumiskan minyak sapi,butter dan minyak masak,masukkan rempah 4 sekawan tumis sehingga wangi,masukkan daun pandan serta bahan yg dikisar tadi,masukkan rempah beriani tumis sehingga garing.masukkan beras yang telah ditoskan tadi kacau sehingga beras serta rempahnya sebati.masukkan air serta susu tadi,masak sehingga semuanya sebati,masak sehingga airnya kering kemuan transfer ke dalam rice cooker.Bila dah keep warm jangan terus di buka tudung biarkan nasi terus masak sehingga 15-20 min,selepas tu baru digembur perlahan-lahan.
Ayamnya nnti chik mi upload later ye


Saturday, November 6, 2010

Siakap Bakar Berempah Woku

Salam,baru sempat nak N3 menu tengahari tadi,dah lamaaaaa duk kiv resepi ni ,bila ade siakap je asyik buat FnC je,ari ni awal-awal lagi dah booked cik siakap ni nak buat stail gini,sedap wangi je ,ni kalau jadi menu kat main table ok tak?

Resepi ni chik mi CnP dari dapo Knor.Terima kasih buat Kak ummi dan Knor .Chik mi buat ikut knor bakar ikan dlm foil pastu siram ngan sambalnya.

SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU
sumber: Ummi Kuantan

Bahan:- (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar ~ k.nor guna ikan pari
2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar
2 helai daun kunyit - hiris halus ~ tak letak lupa nak beli 
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya 
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong 
3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-
12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
5 biji buah keras - bakar kejap
3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
2 cm halia

Bahan Pelengkap:-
Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek) ~ k.nor tak letak
1 biji timun - dipotong serong
4 tangkai selasih
6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap. (K.Nor masak dlm 2 - 3 min jer)
Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.

* K.Nor panggang atas dapur gas jer setelah balut ikan dgn foil. Bila dah siap bakar baru tuang rempah atas ikan bila nak hidangkan. Rempah tu K.Nor masakkan hingga agak pekat.

Laksa

salam menu ulang tayang,sebabnya semua isi rumah punya favouritekan.jemput makan .Resepinya ade kat Sini.

Thursday, November 4, 2010

Bila Hati Dah Suka:)))

Selagi tak jemu kita layannnn je lah karenah isi rumah.
 
  Tiap kali bila nampak je ikan siakap cik hubby akan beli sebabnya semuanya suka fish & chips,apa -apa pun tukang masak layan je lah selagi depa belum jemu esok dah jemu kita buat chicken chop la pulak nak tak???
Kali ni cik tomato tak nak enterprem,cik baked beans mengambil alih tempatnya:))).Boleh tengok kat SINI juga.Tak pe hari ni kita free sikit.sebab kucing tak de so tikus boleh menari-nari kita CnP kat sini balik ye
Jom kita intai resepinya.
Fish Fillet
Fish Fillet~ chik mi guna isi ikan siakap
Tepung ubi ~untuk salutan
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Putih telur
Bread Crumb
 Minyak

Caranya
Lumurkan fillet fish bersama tepung ubi,garam dan serbuk lada,ketepikan,celup fillet tadi kedalam putih telur kemudian golek ke dalam bread crumb.untuk mendapatkan hasil yang sekata,masukkan bread crumb ke dalam plastik bag kemudian masukkan fillet fish tadi goncangkan sehingga bread crumnya menyaluti fillet tu sekata. Goreng secara deep fried bila dah perang bolehlah diangkat.

Potato Chips
Kentang dikupas & dipotong(jgn terlalu nipis)
Rebus kentang bersama sedikit garam sehingga 3/4 masak,toskan airnya sehingga kering kemudian digoreng sehingga keemasan.

Wednesday, November 3, 2010

Bingka Labu

Salam,semalam tengok Noorsha post N3 pasal bingka labu dia tu baru teringat bingka yang chik mi buat hari ahad yang lepas.Pebret kami sejak mula guna resepi ni terus terjatuh chenta,sedap lemak manis gitu,labu dah dah 2 minggu bertapa kat dapo akhirnya jadi jugak membingka.Angin belakang kira janji sedap pastu kita cari ubat aci tak gitu???
Sebelum ni dah pernah buat  tengok sini, dan sini still guna resepi yang sama dari CMG.chik mi cnp balik kat sini ye ,thanks cik mat
Binga Labu ~CMG
  • 5 biji telur Gred A~chik mi guna 3 biji
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla~chik mi guna serbuk vanili
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara


  1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

  2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

  3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Tuesday, November 2, 2010

Ayam Goreng Berempah - Kuzie Catering

Salam lamanya tak bersiaran,bukan apa hari tu frust ngan blog ni sbbnya gambar tak boleh view,cuba bermacam-macam cara,thanks to my laling kak sifu,hehehehe sibuk duk kacau dia kat skype.Pandanglah lihatlah ayam ku yang ireng tu tapiiiiiikan rasanya tersangatlah bestnya macam makan kat umah kenduri pulak, saja je buat serdak tu lebih pastu goreng ayamnya pun lama sikit tu yg sampai ireng tu.Thanks tu Sherry Dzul yang kongsikan resepi ni.


 

AYAM GORENG BEREMPAH - TQ to Pak Engku Kuzie Catering
  4 labu bawang merah
6 batang serai
2 tongkol lengkuas
3 sudu rempah kari ikan
3 sudu kunyit babas
5 sudu cili kering (blend)
5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
sedikit serbuk perasa\\
cara memasak
1 ekor ayam dipotong 16
perap semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
panaskan minyak deep fried dan goreng ayam tadi....api biar sederhana..bila srdak agak kekuningan tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus...bila ayam dah masak masukkan daun kari dan cili kering potong dan tabur atas ayam bersama serdak tadi.. tentunya menyelerakan...lebih banyak serai dan lengkuas 
lebih banyak serdaknya.

Tuesday, October 26, 2010

Risoles


Salam, risoles ni  yang berasal dari Indonesia,kalau kita kat sini dipanggil dadar berlauk.Dah lama teringin nak buat cuma vitamin R tu tak de ,hehhehe hari ahad baru ni cik hubby belikan sekotak kentang,hah apa lagi nanti berderetlah menu kentang yang keluar.Chik mi sejak jumpa dengan kedai borong ni selalunya beli kentang dengan bawang sekotak @ sebag sekali,bukannya banyak dalam 4kg per kotak@bag.bukan apa senang sikit kalau nak masak bila satu satu barang tak de mood terus merudum heheheh moodynya.ok citer pasal risoles ni kalau kat indonesia macam-macam intinya ade yg letak cheeselah yang pasti dimakan bersama dengan cili api,Chik mi versi malaysia aka versi chik mi buat inti karipap ,takut nanti letak cili api anak-anak tak makan.
nnti chik mi update resepinya ye.ade sikit malas malam ni.
update:
Risoles
Untuk Kulit /Dadar
2 cwn Tepung gandung
3cwn ~airboleh gamtikan dengan santan @ susu cair
secubit garam
sebiji telur
 minyak utk mengoreng
Untuk salutan
1 biji telur
breadcrumb secukupnya

Inti
Ubi  kentang ~di dadu dan direbus
Daging cincang 
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serbuk kari~ jadikan pes
Daun sup & bawang
garam secukup rasa
caranya
untuk kulit
masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.adunan jangan terlalu cair @ pekat.panaskan nonstik pan masukkan i senduk adunan buat dadar sehingga nipis,ulang sehingga habis ketepikan.

untuk inti
tumiskan bawang merah,bag putih serta halia sehingga naik bau,masukkan pes serbuk kari ,tumis sehingga garing masukkan daging cincang masak sehingga dagingnya bertukar warna,masukkan ubi kentang masak sehingga sebati,masukkan daun sup & bawang perasakan dengan garam tutup api.
Ambil sehelai kulit @ dadarnya,masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb .Panaskan minyak goreng keemasan.

Sunday, October 24, 2010

Blackpepper Sauce

Salam,
Chik mi nak kongsi blackpepper sauce yang boleh diperbagai gunakan.Resepi dari ofcmate chik mi ,cik ros pulak dapat dari abangnya yang berniaga western food,thanks ros.Ade cerita lawak kisah nak dapatkan resepi ni ,salah satunya brown sauce yang digunakan untuk membuatnya.cik ros try bermacam-macam brand akhirnya kami berhasil jugak jumpa dengan brown sauce tu.Chik mi pulak selalu skodeng kat kedai yang juai barangan untuk jual burger,mula-mula chik mi tanya sas untuk oblong burger guna apa,pastu adik tu bg ler brown sauce tu ,tapi yang dah direpack semula chik mi tak yakin so tak mau ambil,last-last chik mi jumpa yang brand KNORR tapi punyala banyak sepaket sekg gitu nak buat apa banyak-banyak ,chik mi tanya dengan tokey tu ada pack kecik tak tup-tup dia bagi brown sauce yang adik tu bagi chik mi senyum je la.bila chik mi citer ngan cik ros dia pun cakap a ah mmg betui yg tu sebab sil dia cakap packnya kaler ijau.,so berakhirnya pencarian kami.panjangnya mukadimmahnya .chik mi selalu ade stok sauce ni bila dah buntu nak masak apa tumiskan je ngan bawang masukkan ayam @ ikan yang digoreng terlebih dahulu so jadikan satu lauk buat kami.
Sauce ni jugak boleh digunakan dengan chicken grilled,mashed potato serta masak daging dengan cendawan yummy. psstttt chik mi tak buat sendiri sauce ni heheheeh sebabnya selalunya bila cik ros buat dia  sms cik mi nak blackpepper sauce?jawapannya hehehehehe ,thanks ros jasamu ku kenang

Jom kita tengok resepinya.
Blackpepper Sauce
5-6 ulas bawang putih
2 biji Bawang holland
100gm lada hitam~dikisar kasar
3 helai bay leaves~ dikisar dengan lada hitam
minyak zaitun @ butter ~untuk menumis
300gm Brown Sauce ~KNORR brand
1 senduk whipping cream
Air secukupnya

caranya
Tumiskan bawang putih bersama dengan bawang holland sehingga layu,masukkan lada hita,masukkan serbuk brown sauce kacau sehingga sebati,masukkan air sedikit-sedikit ,masukkan whipping cream masak sehingga pekat.

# resepi ni menghasilkan agak banyak  sosnya so kalau nak untuk sekali makan kena adjust sendiri ye.boleh di simpan dalam peti sejuk dah akan memekat so bila nak guna ambil sedikit masak semula bersama dengan air

Update:Sawi Dengan Sos Lada Hitam Bercendawan


Chik mi update resepi yang tertunggak ni ye.
Daging cincang ~chik mi guna dgg biase blend dgn Fp
Sawi ~ boleh juga guna siew pak choi
2 ulas bawang putih
Sos lada hitam~chik mi guna yang homemade nnti chik mi update kemudian,kalau nak guna yg readymade pun ok.
1 st sos tiram
3 biji cendawan butang~jika guna yang kering rendam sekejap ~dihiris nipis
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
sedikit air

caranya
Panaskan air masukkan sedikit garam,kemudian masukkan sawi,jgn terlalu lama nnti lembik,kemudian toskan sawi tersebut,lalukan bawah air paip utk mendapatkan sawi yang berwarna hijau,susun dalam pinggan ketepikan.
Tumis bawang putih bersama sedikit minyak,bila dah wangi,masukkan daging cincang biar daging masak sehingga bertukar warna,masukkan sos lada hitam dengan sos tiram serta sedikit air,bila dah masak masukkan cendawang tadi,biarkan mendidih sebentar,perasakan garam,sekiranya menggunakan sos readymade awas jgn masukkan garam dulu ye sebab dah masin.kemudian bolehlah dituang diatas sawi tadi.







Wednesday, October 20, 2010

Sawi Bersos Lada Hitam Dengan Cendawan

Salam,lamanya tak bersiaran,macam-macam perkara terjadi semenjak dua menjak ni,sampaikan rasa macam nak berhenti kerja je..Ya Allah kau tabahkanlah hatiku ini.Bila chik mi tension segala fokus hilang dan mood jugak merudum.Sayur ni chik mi masak minggu lepas lagi tapi malas nak update blog so terperuk je dalam folder tu.resepinya chik mi update nanti ye,tak de idea nak buat karangan