Tuesday, November 19, 2013

S.A.R.D.I.N R.O.L.L



Assalamualaikum
Walaupun cuti persekolahan dah bermula tapi tugas makcik kantin tak bergaji masih tetap diteruskan,cuti-cuti sekolahni permintaan untuk makanan semakin tinggi:)Inti sardin ni minggu dah siap ,tapi bila dohnya terpaksa di tong sampahkan atas kesilapan sendiri....Lain kali jangan malas ye chik mi nak keluarkan penimbang untuk sukat akibatkannya doh terpaksa di buang.Tetiba ternampak ada yang upload resepi ni kat fb group masakan ,wah pucuk dicita ulam mendatang sebab intinya masih ada dalam peti sejuk .
Terima kasih Shima Maz kongsikan resepi yang asalnya dari Teratak Resepi Ummi .Doh ni boleh diperbagaikan seperti donut,pau goreng ,bege malaysia dan juga roti .


Resepi :Sardin Roll
Bahan-bahannya :
Chik mi buat separuh dari adunan
1/2 kg tepung gandum ~250 gm
1/2 bungkus yis segera Mauripan ~1 sk
4 sudu besar margerin~2 sb guna shortening
4 sudu besar gula ~1 sb
4 sudu besar susu tepung~ 2 sb
Secubit garam
Air secukupnya
Inti~chik mi guna resepi sendiri
Sardin tin ambil isi sahaja dan hancurkan
5-6 ekor ikan selayang rebus dan ambil isinyadan diblend ~chik mi guna Fp
bawang besar
bawang putih
cili blend
sedikit cili sos
sedikit halia 
garam secukup rasa
air asam jawa
#sekiranya inti terlalu basah masukkan sedikit tepung gandum
caranya 
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu masukkan cili blend tumis sehingga garing,masukkan isi ikan serta ikan sardin yang telah diblend sehingga hancur.Masukkan sos cili ,air asam jawa serta garam secukup rasa.

#chik mi guna gam tepung gandum untuk melekatkan tepung.
tepung gandum dibancuh bersama air jangan terlalu cair.
 

# chik mi tak tunggu naik untuk goreng ,selepas habis digulung terus goreng untuk mengelakkan doh naik terlalu besar.

9 comments:

  1. sy suka sardine roll nk try buat la..

    http://saridahsenin.blogspot.com/2013/11/tawaran-notebook-diary-2014-dari-jalin.html

    ReplyDelete
  2. Cuti sekolah,memang mak cik kantik relek..tp mak kat dapor..selalu kena masak..macam2 request..kadang2 tak terlayan ngeh2..
    Sardin puff ni memang sedap, tp cheq malas tang nk wat doh selalu ngelat guna kulit popia haha

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap ni...kalau buat minum petang mesti lagi sedap kan mimi?

    ReplyDelete
  4. Aritu buat jgk tp isi hotdog je..he hee mls nk wat inti punya pasal.

    ReplyDelete
  5. mcm mana nak buat corak atas sardin roll tu

    ReplyDelete

Reply