Sunday, November 10, 2013

L.A.S.A.G.N.A

Assalamualaikum,
first time buat beef lasagna ni ,kulitnya dah lama terperap kat dalam kotak ajaib (ala-ala doraemon punya poket tu),Kalau cik hubby tak sound harus kulit tu still dok situ jugak heheehe selalunya bila beli barang dapur ambil mince meat bagai ,bila ditanya nak buat apa jawapnya Lasagna ,tapi selalu lupaaaaa ja nak buat.Bila kena sound terus aje projek berjalan hahaha
Lasagna
Source : Chikmi 
Bahan 
Kulit Lasagna ~ Rebus bersama dengan sedikit minyak serta garam sehingga lembut
ketepikan (jangan tindih ye nnti melekat) @ ikut arahan pada kotak .
Cheddar cheese /Mozarella parut untuk taburan di atas
Sos Merah
Bawang Besar -didadukan
Bawang putih ~cincang
minyak zaitun untuk menumis (minyak masak pun boleh)
1 botol sos spagetti (Kimball ) ~mushroom
Daging cincang
1sb sos cili (jika suka)
lada hitam & lada putih ~kisar
Garam secukup rasa
Sedikit air
Caranya
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu ,masukkan daging kisar masak sehingga daging bertukar warna,masukkan sos spagetti bersama sedikit air .Masukkan sos cili serta dengan serbuk lada ,
perasakan dengan garam secukup rasa .
# Chik mi  suka inti yang basah masak jangan terlalu pekat

Sos Putih (Bechamel Sauce)~ Lagi sedap jika sos putihnya banyak
Sedikit butter untuk menumis
1-2 sb tepung gandum
Susu Full cream (chik mi guna yang 1 litre)
2-3 keping slice cheese ~terpulang nak guna cheese apa ,lagi banyak lagi sedap

Cara
Cairkan butter kecikkan api,masukkan tepung gandum kacau sehingga tepungnya melekat dengan butter,masukkan susu kacau sebati kemudian masukkan slice cheese tunggu sehingga cheese cair kacau sebati tutup api.

cara menyusun
Casserol disapu dengan butter
1.susun kulit lasagna yang dah lembut
2.Ratakan sos merah (inti )|
3. Tuang sos putih sehingga menutup sos merah (lagi banyak lagi sedap)
parutkan cheese keatas sos putih
ulang proses 1-3 sehinga habis
bakar selama40-45 min ikut oven masing-masing


10 comments:

  1. Lasagna kak suka sangat, tak kira daging ke ayam,anak2 pun suka

    ReplyDelete
  2. lasagna suka makan tapi malaih nak buat hehehe

    ReplyDelete
  3. lamanya tak masuk ke dapur adik Cm ni :) apa khabar? semoga sentiasa ligat di dapur ya hehe

    ReplyDelete
  4. tak pernah buat pun.. sebab family tak berapa nak minat.. tapi akak suka.. beli jerlaa.. :D

    ReplyDelete
  5. salam cikMimi ahaaa lama lah tak melawat kengkawan. Terlepas lasagna hehe nampak sedap sangat entah bila lah saya nak buat beli dah lama juga dok tersimpan kat tepi haha.

    ReplyDelete
  6. chik mii ... ai pon wat lasagna utk party sek anak baru2 ni ;)

    ReplyDelete
  7. lama dah perap resepi lasagna nie tp x penah nak try buat..heheh...anyway...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Hello friends,
    Good news,This one place to shop for members provides value and convenience. JOIN TODAY to enjoy membership status.
    Please visit this site http://www.comprewards.com/
    & like this page https://www.facebook.com/comprewards
    Thank you.

    ReplyDelete

Reply