Sunday, November 29, 2009

~Salam Aidil Adha~


Salam,rasenya belum terlewat buat chik mi sekeluarga mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua.Terima kasih buat semua yg tinggalkan msg.minta maaf banyak2 chik mi dah baca semuanya cuma tak berkesempatan nak membalas satu persatu je,maaf ye.Sebenarnya Chik mi balik beraya ke Teluk Intan,sebelum balik tu banyak kerja yg perlu dibereskan,Chik mi hanya sempat membacanya aje.
Kad dari Hasue ,thanks sue mmaf ye hari ni baru berkesempatan nak tampal

Monday, November 23, 2009

Blueberry & Choc Chips Muffin

Salam,projek ari ahad,bila tengok pagi tadi ramai yg buat muffin ye,Dah lama rasenya chik mi buat muffin since dah cuti sekolah ni bekalan makanan tak boleh terputus nak pulak dengan keadaan cuaca yg suram ni.Lebihan blueberry jam tu chik mi masukkan ke dalam adunan pastu teringat ler pulak ade choc chip so chik mi taburkan je kat atas tu.Amik sorang satu ye jangan bergaduh hihihi.Casing muffin yg comel lote tu import dari Kajang ,thanks dear....
Sebenarnya sizenya mini je ni tapi dah diclose up nmpk besar.
Chik mi suke menggunakan rcp ni yg di cnp dari umah Fidah yg duk berkemas nak balik ke Mesia.Thanks Fidah.
  • 2 cup self rising flour
  • 3/4 cup brown sugar
  • 1 egg
  • 1/2 cup chocolate chip (original recipe called for mixed berries) - can be subsituted to any type of berries
  • 3/4 buttermilk (can be subsituted to fresh milk)-chik mi guna fresh milk je
  • 1/2 cup vegetable oil
  • Icing sugar for dusting (optional)
  1. Sift flour into a bowl.
  2. Add sugar and beaten egg.
  3. Add buttermilk and oil. Mix well.
  4. Spoon mixture into muffin case/muffin tin.
  5. Place the chocolate chips into the muffin.
  6. Bake in a moderate oven (180 degree celcius) for 20 minutes or until it just set.
  7. Dust with Icing sugar (optional).

Sos Keropok Lekor

Salam,sos yg mesti ade kat esbok ku itu.Sos pencicah keropok lekor,kalau kat Penang ni susah nak dapat sos keropok yg menepati citarasa chik mi,so aritu masa teringat nak buat search kat MYR jumpe sos cili thai by Yani so chik mi pun try le ,ok not bad chik mi tambah gula merah so mmg sama ngan sos pencecah keropok lekor tu.Selain dari cicah dengan keropok Chik jugak cicah dengan goreng pisang atau goreng ubi.Suke suke sbbnya masa duk kat Dungun dulu selalu beli goreng pisang mok cik tu bagi sekali sos ni sedap wooo.Knorrrr betoi dak gitu?

Keropok lekor tu bukan ler homemade,tapi mmg sokmo ade stok dlm esbok,selalunya kalau p ke Sungai Petani mesti nak singgah kat tempat yg buat keropok lekor tu.sedap tau tak gatai ,org yg jual tu mmg asal dari Besut so keropoknya mmg best.Kalau dapat yg ori dari Ganu lagiiiii la best kan Knor kannn.

Resepinya nnti ye Myr tak boleh masyuk ler
update :

Bahan-bahan ( - )

  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula
  • 2 btg cili kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar nampla/sos ikan
  • 1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air
  • gula merah -yg ni chik mi tambah

Cara-cara

  1. Masukkan cuka, air, gula, cili kering dan bawang putih ke dalam mixer. Kisar sehingga cili kering dan bawang hancur. Kemudian panaskan di atasu dapur.
  2. Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yg telah dicampur dgn air dan juga sos ikan. Masak sehingga pekat.
  3. Note: Sos yg lebih boleh disimpan dalam peti sejuk. Boleh diguna bila perlu. Kalau terlebih masak boleh tambah gula

Sunday, November 22, 2009

Gulai Nangka wif Udang


Dihari yang mendung ni jom kita makan gulai nangka,dah lama tak buat gulai nangka ni,masa p market pagi tadi teringin la pulak nak makan gulai nangka so chik mi pun beli ler 3 potong.Tapi yg tak bestnya nangkanya keras walaupun dah rebus 2 kali.Selalunya family chik mi kalau gulai nangka mesti nak gandingkan dengan udang,sesetengah orang ade juga gulaikan dengan tulang rusuk daging,apa2 pun jom kita makan gulai nangka dengan ikan pekasam goreng pastu ade pulak sambal belacan.waduhhhhhh makan bertambah u ilang diet2 semua(tak pernah berdiet pun) hihihihi


Ayam Masak Kicap


Salam,ni lauk semalam tak sempat nak mengN3,pebret mr laling ngan anak2.Selalunya kalau ayam masak kicap ni selalu ikut resepi MIL,rasenya wong jowo mmg tak lepas ngan masak kicapkan,betoi dak wong jowo sekalian??????

Bahan-bahan

Ayam -digoreng separuh masak,jika guna ayam kampung tak perlu digoreng dulu
serai-dititis
bawang merah /bawang besar
Bawang putih
halia
lada putih lebihkan jika suka pedas*-chik mi suke letak banyak2
sedikit rempah biji*
sedikit jintan manis*
sedikit jintan *
* ditumbuk halus
Bahan -bahan diatas hendaklah ditumbuk bersama selepas rempahnya dah halus
ubi kentang -potong wedges - chik mi goreng selepas goreng ayam
Kicap manis
Sos tiram
Cara-cara
Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau,masukkan sekali serai n halia,bila dah wangi masukkan ayam tadi biar sebentar ,masukkan sedikit air utk kuahnya,kemudian masukkan kicap dan sos tiram serta kentang tadi.masak sehingga kuahnya agak pekat.Chik mi suka berkuah sedikit so agak2 lah ye.


Wednesday, November 18, 2009

Blueberry Cheese Tart

Salam,ari sabtu aritu sempat membakar biskut ni, bukan untuk raya tapi nak buat cemilan anak2 kat umah.Masa p kedai baking tu nampak jem blueberry so beli je bekas yg kecik tu,saje nak try,not bad pada tekakku.Ade kesilapan teknik sebenarnya masa buat biskut ni so pastrynya keras sikit tak gebu.tak pe nnti chik mi try test lagi .....

Kita close upkan sikit ye ,yg atas tu terlebih garing tinggalkan jap g solat tengok2 dah garing tak pe masa suam2 tu best .


Tuesday, November 17, 2009

Kicap Char Koay Teow

Salam disini chik mi CnP resepi char Ckt yg selalu chik mi buat .ambik dari mesra.net

Bahan nak Buat Kicap

Air Rebusan Udang-Chik mi guna pressure cooker rebus kulit udang then blend n tapis
Sedikit sos ikan
Gula Melaka
Kicap Cair
Kicap Masin
Sos Tiram
*kicap pekat -chik mi tambah
(masak kesemuanya sekali sehingga menjadi satu pekatan kicap)
Kicap ni kena simpan kat esbok takut jadi masam

Bahan nak buat Pes Cili

Isi Udang yang dah diblend*
Cili Kering yang dikisar
Bawang Putih yang dikisar*
Sedikit bawang besar dikisar*
Garam
Gula
Pak aji-chik mi guna secukup rasa
Sedikit minyak
(tumis bawang putih,bawang merah,cili Kering, Udang) sehingga menjadi mcm cili boh ..heheh
*Chik mi hanya blend bahan yg bertanda* untuk dijadikan paste -yg lain tu masukkan masa menumis

Bahan2 Buat Ckt

Udang (jgn buang kulit,kepala,ekor) sebab tuh yg buat die maniss
Koteow halus
taugeh
kucai
lada sulah jika suka
kerang (rebus separuh masak) tak rebus pun takpa..lagi fresh
teloq
minyak

Cara2 nak goreng ckt
1) Panaskan minyak
2)Goreng 3-4 ekor udang sehingga kulit udang kemerah-merahan
3) tuang 2 sudu besar kicap char koteow..kacau
3) Masukkan 3 sudu besar pes cili yang dibuat td.....kacau hingga garing
4)Masukkan koteow...gaul..tauge...gaul...kucai..kacauu...
5)pecah 1 biji telor...kacau...lepas tuh tuang 1 senduk/mangkuk kecil kicap char ko teow sekali lagi
6) kacau dan tutup api...
7)kalau buh kicap tuh byk..so kuah die byk la......terpulang..
sedap gak resepi die....nak2 plak makan dgn cabai jeruk

*chik mi tambahkan kicap pekat sikit sbb kalau hanya kicap diatas kaler dia pucat sikit

Monday, November 16, 2009

Penang Char Koay Tiaw

Ini kes tengok Ieta ngan Lyana la ni duk citer pasai kicap char koaw tiaw depa,pastu kat umah Lina pg pun ade jugak,tak leh jadi chik pun nak masuk share jugak.Ni bekal Along n Angah p skool pagi ni cum ibu punya lunch.Ari sabtu ku gagahi jua merajinkan diri buat kicapnya.Selalunya kicap Pckt ni chik buat banyak2 so simpan kat esbok bila nak buat tu tinggal blend the paste je.nnti chik mi masukkan rcpnya.

Ni lasi kick kalau ade cili jeruk,lupa nak beli cabai muda tu yg tak buat cili jeruk tu.

Sambal Telur



Plan asalnya nak buat kurma telur ngan kentang tup2 my laling cakap nak makan telur masak sambal tu yg jadi menu ni,jangan mengences ye udah pinish

Wednesday, November 11, 2009

Kuih Ketayap a.k.a Kuih Gulung

Salam ,ni semua menu yg dah basi,hahaha kenapa ek dah upload kat blogger cuma tinggai nak post je tup2 pc kat umah pulak masuk doc,so ari ni kat ofc baru chik mi berkesempatan nak pos

Kes nampak kat umah hazila aritu tu yg chik mi godek,intinya mmg dah duk parking kat esbok tinggal nak gulung je.sekarang ni dah tak tension nak buat kuih2 ni since dah ade indian pan tu mmg non stick.memang berbaloi baloi hihihihhi



Monday, November 9, 2009

Cencaru Belah Belakang

Salam ,ni ler dinner kami malam tadi,pebret my laling ,kalau jumpa ikan cencaru kat market tu mesti beli pastu tak de menu lain 'bareback' aje.Goreng pulak kena garing baru besh.Nak pulak yg ireng2 kena la chik mi lumurkan ikannya dengan asam jawa,pastu isi sambal baru digoreng kena pulak nasinya suam2 kuku perghhhhh sedapnya.
Meh ler kita ambik sorang sekor,tu duk beratur cantikkkkkk je



Strawberry Choc

Salam,dah lama tak bersapu ye umah ni,kepada yg bertanya chik tak ilang ke mana2 cuma kena penyakit misteri(zila pinjam ayat na) penyakit malas nak hapdet,malas nak tembak2 .Terima kasih kepada yg masih sudi berkunjung.Ok la jom kita makan stoberi cekelat.kat umah ni kat stoberi cekelat ni mmg laku.Masa p Tesco ari sabtu tu my laling nampak stoberi banyak kat shelf tu siap ade promosi lagi,pastu apa lagi dia grab ler 2 kotak.memula tu ingat nak buat milkshake tak sempat ler pulak sbbnya angah sibuk nak makan stoberi cekelat ni.
Walaupun tak sebesaq stoberi dr Australia nun tapi tak ler masam sangat,sooooo yummy