Wednesday, May 23, 2012

Chocolate Chips Cookie

Cookies yang chik mi buatkan untuk Sabrina bagi ke cikgunya,terasa macam nak raya pulak,tak pe kita test untuk cookies raya nanti .Chocolate chips menjadi kesukaan anak-anak opsss mak budak jugak kan.Chik mi ambil dari dapur Naz.Terima kasih Naz .
Gambar kurang sharp huhuhu ,semuanya blur tak dapat acik nak menolong:(
Biskut ni ikut anak tekak chik mi sedap mungkin sebab ada tepung jagung dalam adunannya .Boleh masuk list untuk cookies raya nanti.
JazakalAllah Naz chik mi kongsi kat sini ye.

BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Resepi Asal:Mrnamie
Sumber :Chik Mi
Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor~Chik mi guna brown sugar
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

NOTA :

  • Naz tak letak pun kekacang atau kismis di dalam adunan kerana dengan coklat chip saja pun dah MELETOPZZZZ rasa biskut ni. Lagi pun Husna tak berapa gemar makanan yang ada kekacang di dalamnya.
  • Rasanya kalau nak letak kekacang di dalam adunan, elok dikurangkan coklat cip sedikit kerana satu keping biskut ni, penuh dengan coklat cipnya. Cadangan Naz: 50 gm coklat cip dan 50 gm kekacang.
  • Cubalah buat biskut ni.. Tak rugi mencubanya.. Kalau tak cuba dah rugi macam Naz(setahun Naz rugi tu).
SELAMAT MENCUBA! 

Tuesday, May 22, 2012

Pau Jane Chew

Menu dah lama habis hahahha bila la na upload menu baru ni ,terima kasih buat Ijah Bangkok sebab kongsikan resepi pau yang sangat best,rasanya  Q pun dah buat guna resepi ni .
 Walau dah guna tepung pau still nampak kuning ,nak guna tepung hong kong jauh la pulak nak cari kat hong kong :
Kena buat 2 versi kat rumah ni anak-anak suka inti coklat dengan inti  kari ayam  malas nak buat filling coklat jadi buat filling kari ayam je,DH suka inti kacang merah.

PAU(RED BEANS BUN)
Source: JANE CHEW
Terjemahan : ARAH

Bahan A
  • 300g Tepung Hong Kong>>yg ni kita tak de gantikan tepung pau
  • 150g Susu>> susu segar
  • 50g Gula caster
  • 1 1/2 Tbs Shortening
  • 1 tsp yis
  • Sedikit garam
Bahan B
1 tsp Double Acting Baking Powder + 1 tbs Air
Bahan2 Inti>>yg ni kita guna inti kaya,

480g Inti Kacang merah readymade, bulat2kan inti td anggaran berat 30g sehingga habis dan ketepikan.>> kita guna kaya 
 Ni second time buat guna paste kacang hijau (ready made) dan inti  kari ayam dengan telur rebus

Cara2:
  • Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam).
  • Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat.
  • Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g.
  • Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus.
  • Rehatkan kembali lebih kurang 30minit.
  • Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau.
  • Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5minit, hidangkan panas2. 
 Sape yang suka pau boleh try resepi ni

Monday, May 21, 2012

Acar Buah

Menu yang dah lama,stok acar buah pun dah hampir habis ,insyaAllah minggu depan nak buat lagi ,salah satu resepi yang chik mi belajar dari kakak,cuma kaka selaunya buat acar limau yang popular di utara ,kalau ada majlis kenduri kahwin,Chik mi terpaksa tukar ke acar buah sebab nak bagi anak-anak makan,alhamdulillah percubaan pertama kali menghasilkan  acar yang sangat sedap(masuk bakul tekan sendiri), Sape yang dah rasa sila angkat keyboard hehhehehe my ofcmate dengan anak buah ler yang merasa .
Selalunya kat area KL memang popular dengan acar buah kan,stok sentiasa kena ada sebab bila buat nasi berperisa ni kawankan dengan acar buah dengan papadom ,memang tak hengat makan nasi tu:)
Tadi tanya dengan DH,bang boleh ke buat lagi acar tu ,eh bolehhh kan dah makan tu cuma kena varietykan buahnya,adoila bang banyak jenis buat dah tau dalam tu ,insyaAllah hujung minggu ni ada kenduri anak menakan (buah) naik pelamin ,so kakak-kakak dan abang-abang akan turun so kena buat acar lagiii.Resepinya dah lamaaaa ambik baru ada keberaniaan nak mencubanya:)

Acar Buah
Sumber :Chik Mi
Bahan-bahan
Cili kering *
Bunga lawang*
Bunga cengkih *
Kulit kayu manis*
Jintan manis*
Bawang merah **
Bawang putih**
Gula
Cuka
garam
Air masak
Minyak untuk menumis
Bahan bertanda * digoreng dengan minyak dan diblend
** di blend

Buah-buah kering(ikut citarasa masing-masing)
Limau nipis
Buah kana
Buah peach
Buah pala
Buah ceri

*Chik mi suka potong buah-buahnya kecil-kecil senang nak makan
Cara-cara.
Tumiskan minyak ,masukkkan bahan-bahan yg telah diblend tadi goreng sehingga wangi ,masukkan air biar sehingga mendidih, masukkan garam,gula cuka ,bahan-bahan ni kena agak-agak ye sebab ikut citarasa masing-masing,selalunya acar yg sedap kena cukup masam dan manisnya ,biarkan mendidih lama diatas api yang perlahan ,kemudian tutupkan api biar kuahnya sejuk semalaman,esok paginya baru dimasukkan buah-buah kering tersebut,sebaiknya buah-buah tu jangan dipegang dengan tangan.
Simpan dalam bekas kedap udara masukkan dalam peti sejuk ,insyaAllah berbulan tahannya.

Friday, May 11, 2012

Chicken Chop

Assalamualaikum,sekejap aje dah hari jumaat ,menu weekend lagi,ntah bila nak update menu yang baru ye.Dah lama plan nak buat chicken chop ni ,asyik tak terbuat aje,hari tu bila nampak ayam bahagian whole leg ni terus ambik sebab teringat nak buat chicken chop ni,kalau buat sendiri jimatkan,kalau kat gerai biasa tu pun rm8-rm9 sepinggan ,pastu kadang-kadang rasa pun ntah apa-apa .Chikmi beli 5 ketul bahagian whole leg baru rm14,jimat jimat(cheapskatenyaaaa hehheeh )
Nak buat blackpepper sauce demi glaze aka brown sos tak dak stok so cicah dengan sos cili dengan mayo aje lah.
Chicken chop My version
source : Chik mimi
Bahan-bahan
whole leg (kalau nak guna drumstick pun boleh)-debone
ketuk dengan pengetuk daging biar leper
perapkan dengan worcestershire sos & lada sulah
gaulkan dengan tepung (guna tepung brand bestari + dengan lada sulah )kalau tepung biasa pun boleh
Celup dalam fresh milk (sepatutnya guna telur tapi tak suka sbb nanti minyak berbuih)
golekan dalam breadcrumb
deep frykan

fries~ni sbb guna kentang pakistan isinya keras sikit
potong bntuk french fries
didihkan air selepas air mendidih masukkan kentang rebuskan selama 5 minit kemudian angkat & toskan
kemudian goreng sehingga lembut

Friday, May 4, 2012

Cottage Pie

Assalamualaikum,terima kasih masih ada yg sudi berkunjung ke teratak buruk chik mi,tak lupa juga buat 'silent reader'.ni pun satu lagi menu yg dah lama,buat masa cuti pertabalan Yang Dipertuan Agong hari ,chik mi ada gathering kat rumah my frnd,so chik mi bawa 1 caserolle,tapi kesian pulak kat anak-anak kat rumah ni so chik mi buat dalam ramekin ,senang untuk depa makan.
Masa setia dengan resepi olahan Kak Nor,chik mi pun lama tak buat ,bila tengok tarikh tu setahun sekali je buat hehheeh kat Sini.JazakallAllah Kak Nor
 Sumber : Kak Nor
COTTAGE PIE My Style
sumber rujukan : CFE

Bahagian Atas:
500gm ubi kentang ~ lebih kurang 5 bj yg besar
air secukupnya
2 sudu besar butter
sedikit lada sulah ~ boleh juga kalau nak guna serbuk lada hitam
garam

 Bahagian Bawah:
400 gm daging cincang
1 bj bawang besar (bawang holland)
1 btg carrot
1 btg celery ~ optional
3 sudu besar tomato puree ~ atau boleh guna 5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ boleh gantikan dgn serbuk lada hitam
1 sudu teh rosemary kering
1/2 cawan air rebusan kentang
 garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum ~ utk memekatkan
3 sudu besar minyak sayur/bunga

Bahan Tabur:
2 sudu besar butter sejuk yg dipotong kecil2
parutan keju cheddar
Cara2:
Bahagian Atas:
Masak air hingga mendidih dan masukkan ubi kentang yg dah dipotong dadu.
Masak lagi hingga mendidih dan ubi kentang masak/lembut.
Angkat dan toskan ubi kentang.
Ambil 1/2 cawan air rebusan dan ketepikan.
Lenyekkan bersama butter, sedikit lada sulah dan garam.
Ketepikan.

Bahagian Bawah:
Bawang, carrot dan celery dipotong dadu.
Panaskan minyak sayur dan masukkan bahan2 yg dipotong dadu td.
Masak dan kacau2 selama lebih kurang 15 minit pastu masukkan daging cincang.
Kacau2 supaya daging tidak berketul2.
Masak sehingga daging berubah warna dan miringkan kuali atau periuk.
Buang lebihan minyak yg ada (biasanya daging cincang mmg terkandung lemak dlmnya).
Masukkan tomato puree/sos tomato, serbuk cili, serbuk cili kasar/serbuk lada hitam.
Goreng hingga naik bau dan masukkan 1/2 cawan air rebusan kentang.
Masak hingga hampir kering dan masukkan garam dan gula (jika suka).
Masukkan pula tepung gandum dan kacau hingga sebati. Pastu masukkan dried rosemary.
Masak lg lebih kurang 2 minit dan bolehlah dipadamkan api.
~ ~ ~ ~ ~ ~
Tuangkan bahagian bawah (daging) ke dlm mangkuk tahan panas atau boleh juga digunakan ramekin. Ratakan.
Letakkan bahagian atas (kentang) ke atas bahagian daging td. Ratakan supaya menutupi keseluruhan bekas.
Dengan menggunakan sudu atau garfu, lorek2kan bahagian atas supaya nampak fluffy (tak flat jer kentang tu) nanti bila kita bakar nanti, akan terasa crunchy sket.
Tabur parutan keju dan potongan butter.
Boleh juga kalau nak tabur sedikit serbuk cili kat atas ni spt yg CFE buat.
Bakar dlm oven yg dah panaskan dgn suhu 190C selama 1/2 jam atau sehingga golden brown kat permukaan atas tu.
Boleh la dihidangkan panas2..
Slmt mencuba... :)




Thursday, May 3, 2012

Puff Daging

Assalamualaikum,Penang sehari dua ni hujan aje sejuk,kalau dapat tarik selimut kan best,menu yang dah lama terperap dalam folder,bila masak ambik gambar tapi malasnya nak mengentri .Dah lama pastry puff terperap dalam fridge,bila Cha pos kat fb baru teringat ada 1 pac pastry puff yg membeku .Balik office terus mengodek inti sebab bileh buat bekalan anak-anak ke sekolah.JazakaAllah Cha .

Sumber : Sasha Rahmat
Tested :Chik mi

bahan2 untuk inti
400 gm daging hancur
2 biji bwg besar - didadu
2 biji tomato - didadu
mixed herb secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1/2 cwn bread crumb - sy gantikan dgn 2 kpg roti didadu kecil
*** bole tmbh sayur2an pilihan jika suka.

cara2
satukan bahan2..jika daging hancur tu jenis frozen, difrostkan dn tos dulu
jika suka boleh jgk digoreng separuh masak daging tu.
JazakalAllah Cha chik mi kongsi kat sini ye:)