Sunday, July 29, 2012

Ikan Susu Bakar Dengan Air Asam Kerisek

Assalammualaikum,hari ni dah masuk 9 ramadhan insyaAllah ,chik mi baru nak masukkan menu iftar minggu lepas heheeh tak pe kan ,bulan ramadhan ni ikan memang tak laku ,selain dari ikan bakar dengan air asam.Pernah makan ikan susu?chik mi baru kali kedua beli ghupanya SEDAP ,selalu tengok ikan ni tak pernah nak ambil ,hari tu ikan tak ada so chik mi try beli kemidian bakar,hohohoh isinya seakan-akan ikan terubuk ,tulang temulangnya pun macam ikan terubuk jugak,mungkin ikan yg chik mi ambil tu besar ikan tu sangat lemak ,berbaloikan kita bakar ikan seekor tu :)

Ikan Susu Bakar dengan Air Asam Kerisek
Sumber: Chik Mimi
Perencah ikan bakar
Cili merah ~ kalau nak pedas tambah cili api
Bawang Besar
Serai
Kunyit hidup
Air Asam
garam secukup rasa
Blend halus semua bahan diatas n dimasak diatas api biar sampai pekat.

Air Asam Kerisek
Cili merah
Belacan
Garam n sedikit gula
Air Asam jawa
Blend macam sambal belacan
Tomato ~ dipotong dadu
Bawang besar ~ didadu
sedikit kerisek
campur semua bahan diatas perasan masam dengan manisnya

Thursday, July 26, 2012

Tarikh Yang Tak Dapat Dilupakan:(

Assalamualaikum,masih ada yang sudi berkunjung,terima kasih Chik mi ucapkan,lamanya tak berupdate kat sini,hari ni 6 Ramadhan genap 2 bulan pemergian mak ke rahmatullah Al Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang beriman Amin...,Pada tarikh yang sama 27 hb Mei,dua kejadian berlaku pada tarikh yang sama,majlis sambut menantu di rumah kakak sulung dan dipagi ahad tu juga mak menghembuskan nafas yang terakhirnya.Bagi kami sekeluarga kami redha dengan pemergian mak,bila mengenangkan penderitaan yang ditanggung mak.Alhamdulillah semua perjalanan mak Allah permudahkan,dengan dikelilingi semua anak cucu yang berkumpul untuk berkenduri,jadi tak perlu tunggu anak-anak yang jauh untuk sempurnakan jenazah,selepas solat Asar emak bersemadi disebelah kubur ayah ,alhamdulillah .Terima kasih buat semua saudara yang menolong  sehingga selesai urusan pengkebumian.Terima kasih buat abang chik mi sekeluarga yang menjaga mak sehingga menghembuskan nafas yang terakhir.

Friday, July 20, 2012

Selamat menyambut Ramadhan Almubarak

Assalamualaikum,insyaAllah esok umat islam kat akan menyambut kedatangan bulan ramadhan,chik mi ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan buat semua,semoga ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.Dikesempatan ini jugak chik mi ingin memohon seribu kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa yang menyinggung perasaan semua,sesungguhnya semua yang baik datangnya dari Allah SWT,dah kelemahan itu dari dari chik mi .
Terima kasih pada yang sudi bertanya khabar,kenapa lama menyepi,sebenarnya sekarang ni chik mi teramat sibuk dengan Xtvt anak-anak,juga xtvt chik mi,insyaAllah sedikit demi sedikit chik mi akan uploadkan xtvt tu kat blog ini,untuk kenangan dimasa hadapan.
Tahun ni saja try kurma madinah,selalunya anak-anak hanya mahu kurma mariami,bila ke tempat jualan kurma geram tengok buah-buah kurma yang segar,selalunya chik mi  memborong kurma di meera sahib ataupun yusoff tauyub.Tahun ni DH juga beli giant raisin ,geram sebab tengok buahnya besar-besar.