Assalamualaikum,baca betul-betul ye terutamanya Ijah peminat tegar apa-apa pasal KOREA ni bukan Kpop tau ,tapi cake pops ekekekekek ijah sori mori sebenaqnya akak jeles sebab tengok kek lapismu itu cun melecun:)
Plan dah lamaaaa sangat nak buat ,tapi asyik tertangguh je mula-mula tak jumpa cari lollipop stick tu dah kirim dengan kawan ni tapi cik mahamood tak mai-mai jugak.Buat ni pun sebab kek coklat yang chik mi hari tu terbantat ,ilang mood terus esok paginya tetiba dapat ilham dari di tong sampahkan kek tu baik buat cake pops kan.
Guna bahan-bahan yang ada kat dapur je ,kisaran badam dengan kacang tanah.
Yang ni untuk along sebab muka dah berjerawat so dia letak sikit je kacang,takuttt spotlight katanya
Sumber : Chik Mi
Kek Coklat @ Kek Span
sedikit butter
creamcheese
kekacang /gula warna warni
lollipop stick
coklat untuk salutan~double boilkan sehingga cair
Tiada sukatan ,chik mi hanya hancurkan kek coklat tu guna food processor,kemdian campurkan dengan creamcheese dengan butter sehingga boleh dikepal.
Selepas dibulatkan susun dalam tray s,masukkan dalam freezer sehingga keras,kemudian celup lollipop stick ke dalam melted coklat kemudian cucuk ke kek yang telah keras tadi,celup kedalam melted coklat dan golekkanke dalam kekacang tersebut.
Tarrraaaa siap ,bukan budak aje yang teruja ,mak budak pun suka ,selamat sebijik kek .
Assalamualaikum,lamanya tak berupdate rumah ni,resepikek pisangyang chik mi cuba kali ni dim kongsi oleh Jue dari Juicy Cafe,sedap keknya gebu dan moist je ,chik mi bake malam tadi pagi ni baru potong sebab nak tengok moist ke dak,alhamdulillah memangbest ,sialongpun cakap bu''1st time along suka kek pisang"...,ada tragedi di akhir bulammac ler,salah sendiri,lupa nak kurangkan suhu sebab guna nonstick pans.Kek ku terireng sikit.
Bahan2..
230 gm pisang berangan*~ku guna 260gm
1 sdk esen vanilla*
1 sdk perasa pisang* - *satukan - lecek lumat - simpan dalam fridge 1 jam
335 gm tepung superfine**
1/2 sdk garam halus**
1/2 sdk baking powder**
1 sdk baking soda** - **satukan dan ayak
265 gm telur ~ ku guna 4 biji
60 gm susu segar
320 gm gula castor ~ ku guna 290gm
17 gm ovallete
215 gm marjerin daisy@minyak - cairkan
Cara2nya.. 1. Dalam mixer dengan kelajuan perlahan, pukul telur, susu segar dan gula castor sehingga sebati. 2. Masukkan adunan tepung sedikit2 sambil terus pukul. 3. Tambahkan ovallete, naik kelajuan pada tahap yang laju, pukul sehingga naik 2 kali ganda. 4. Masukkan pisang yang telah di lecek dan pukul dengan kelajuan sederhana. 5. Masih kelajuan sederhana, tuang marjerin cair atau minyak dan pukul sehingga sebati sahaja. 6. Tuang dalam loyang yang di rasakan sesuai. 7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak. 8. Sejukkan atas redai. Siap di hidangkan.
Assalamualaikum,lamanya tak sapu sawang kat sini ,sekarang ni cuti sekolah so kerja masak memasak makin bertambah,kadang-kadang tu tak sempat nak klik klik pun kepenatan rasa nak tidur aja,Pada anak-anak yang berjaya dalam UPSR baru-baru ni tahniah diucap,pada yang tak berjaya mendapat staight A's jangan kecewa,terus berusaha perjalanan masih jauh ,itu yang chik mi cakap kepada angah anak chik mi,jangan riak terus berusaha ni baru permulaan perjalanan.Ok berbalik kepada MCC ni dah lama tak buat sejak mixer meragam malas rasanya nak godek apa-apa yang mnggunakan mixer.MCC ni diperkenalkan oleh Kak Nor,masa kami rajin duk berconference dulu-dulu,masa tu sungguh seronok,petang-petang aje on YM pastu ade lah yang cuit nanti,pastu ada yang bila line tak stabil jatuh gedebuk macam nangka busuk,hehehe semuanya tinggal kenangan ,ada yang cakap kerna chik mi la conference tu tutup sebab chik mi dah kena tukar tempat so petang-petang dah tak boleh sembang:)Masa tu chik mi jakun sikit sebut aje cheese hehehe tak gheti nak makan ,so kak nor la yg duk cakap sedap tau MCC ni ce try buat ,dah buat haaa ambik ko tak boleh berpaling tadah lagi...
Chik mi dengan
MCC ni memang susah nak bertemu jodoh kalau bua,ade je yang tak kena,pandanglah lihat MCC ku yang retak
Bila balik dari ofc hanya tinggal yang ni,angah cakap since dah lama ibu tak buat kek,so angah ,along & sabrina enjoy every pieces of the cake :)
Resepi Mcc ni dikongsi oleh Umi Feeza kat MYR,tapi Kak Nor dah edit sikit letak susu cair sapa yang belum mencuba jom ler rasa keenakkan MCC ni :)Kak nor saya CnP kat sini ye,thanks
* Bahan A
* 185gm butter
* 1/4 cwn serbuk koko
* 1/2 cwn gula halus
* 1 cwn tepung naik sendiri
* 2 biji telur
* k.nor tambah 1/3 cawan susu fresh sbb adunan agak pekat
* Bahan B
* 250gm cream cheese
* 1/2 cwn gula halus
* 1/4 cwn fresh milk
* 1 biji telur
* 1 sudu teh esen vanila
1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi
sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
4.
Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg
telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan
marble.
5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni
agak moist. Yang saya buat tu cheesenya terlebih kat tengah acuan. Tak
sabar tunggu, potong awal...tu yg sememeh sket kat tengah tu, cheese
xdan sejuk.
Assalamualaikum ,agak lama jugak rumah ni bersawang ye,apa yang dah sampai kat sini ye ,Yes Super Moist Eggless Chocolate Cake,memang berbaloi SEDAPPPPPP ,chik mi buat 2 adunan bawak ke office sikit semua yang rasa cakap wah very moist,then bila chik mi cakap eggless lagi la depa tak percaya.Chik mi dah promote kat kawan chik mi ,cik fa,mula-mula tengok resepi dahi berkerut cuka takutnya, kenapa tak percaya ka?hehehh dia pun dah buat baru percaya.
untuk anak-anak seperti biasa chik mi buat dalam muffin cup senang tak payah pagi-pagi nak potong bagai.
Jazakallah Khayran ye Knor dan Dj ye yang kongsikan resepi yang sangat best ni
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
** K.Nor tak buat topping sbb kek ni dah cukup enak dimakan tanpa topping.~chik mi pun tak buat topping
Pisang lagi menu kat sini??Stok pisang sentiasa ada dalam petisejuk,setiap minggu bila buat marketing hubby selalu singgah gerai nyonya ni beli nangka,pastu nyonya tu selalu tanya chik mi tak mau pisang kuih ke?since anak-anak suka cekodok,chik mi ambil je la.Chik mi dah pernah buat dulu kek ni tapi blend semua sekali ikut resepi ,tapi kali ni chik mi pukul telur dengan gula dulu memang ada kelainan,Chik mi tak check dalam peti sejuk ingatkan ovelette still ada stok rupanya dah habis so chik mi tak letak tapi chik mi gantikan dengan fresh milk.Dah ramai yang buat kek mudah ni kan ,ada yang versi marble juga.
Buat version mini senang anak-anak bawak bekal ke sekolah,untuk kanak-kanak riang kat rumah ni kena tambah choclate chips baru nak makan .
150g pisang emas - dilecek
180g tpg gandum
180g gula halus /gula icing~chik mi guna 140g gula perang
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
*choclate chips~chik mi tambah
3sb Fresh milk~chik mi tambah
masukkan kedalam loyangcampur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda
*Nota: Chik mi pukul telur dengan gula dahulu kemudian masukkan pisang dan tepung dan sebati masukkan minyak.
Assalamualaikum dah lunch ke?Chik mi buat banana loaf ni hari selasa yang lepas so memang dah pinish ye.Banana loaf ni cik hubby yang printkan resepi dah lama ,so faham-faham aje la kalau orang dah print resepi tu maknanya nak kena buatla nak jadi isteri mithalikan heheheh ,dah lepas makan tu komennya pulak berat sikit kali ni tak macam muffin hari tu lebut aje,lerrr dah namapun loafkan,pastu ade pulak serbuk badam dengan blackcurrent ,mau tak berat jadinya:)
Banana loaf~By Amy Beh
Source:http://qasehmu-abadi.blogspot.com
Ingredients
50g butter
60g canola/sunflower oil
105g soft brown sugar~chik mi guna95g
2 eggs
1/2 tsp vanilla essence
150g banana, mashed~chi mi guna 220gm
20g ground almonds
200g superfine flour~chik mi guna tepung gandum
3/4 tsp baking powder
1/4 tsp bicarbonate of soda
30g sultanas~chik mi guna blackcurrent
2 tbsp milk
Garnishing
Some almond flakes
Method
Grease 5 mini loaf pans and preheat oven to 170°C. Beat butter and canola/sunflower oil, sugar and essence until creamy. Add eggs, one at a time beating well after each addition. Mix in mashed bananas, ground almonds and sultanas. Sift in flour, baking powder and bicarbonate of soda to combine then add in milk but do not overmix. Spoon mixture into mini loaf pans until three-quarters full. Bake for 20-25 minutes or until cooked through when tested with a skewer.
chik mi suka rasa dengan texture loaf ni.Ok la chik mi tak ada idea nak buat karangan sebab frust dengan perkhidmatan POS MALAYSIA..
Assalamualaikum,hari ni kita muncul kembali ,kek yang dah lama terperam kat dalam folder,buat cake ni masa birthday Sabrina 9 Jan 2011 haritu,chik mi buat simple je ,suka dengan kek ni walaupun simple tapi berbaloi serta ekonomi.anak-anak pun suka sebabnya bila di makan keesokkan harinya lagi moist.Terima Kasih sekali lagi buat chef Zubaidah dan maklang atas resepinya.
BLACK BEAUTY CHOC. CAKE~ Maklang sumber : chef zubaidah BHN A 2 cwn tepung gandum/superfine (mklang guna tpg gandum) ¾ cwn serbuk koko 2st soda bikarbonat 2st b/powder BHN B 2 cwn gula castor 1 cwn susu cair 1 cwn myk masak @ butter dicairkan 1 cwn air panas suam 1sb emulco 3 biji telur Cara Ayak Bhn A, ketepikan Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje) Masukkan Bhn B dan gaul rata Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah Guna loyang 8x8
Topping Jimat : 1/2 cwn serbuk koko 1 cwn gula 2 1/2 cwn air (mklang guna susu cair) 1/2 cwn tpg jagung 2sb majerin Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau.
# nota dr maklang oven tak perlu di panaskan terlebih dahulu
Assalamualaikum,opssss jangan nak mengendeng ye ni menu hari minggu yang lepas baru sempat nak lentak n3,hehehe siap sms ke puan empunya resepi lagi kalau nak tambah ovellete bnyk mana,dah lama tak membaking utk budak-budak tu,tak samapai sehari sebiji kek ni habis dikerjakan bersama ayah,mmg puas hati kalau buat sendirikan.Resepi dari kak sifu kesayangan (tak bodek tau ni kak hehehehe).
Dah lama tak ambil gambar ,nak posing-posing pun dah malas tambahan pulak ngan tangan gigil (apakah alasan).
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang
1sb ovelette ~ chik mi tambah
1/3 cwn fresh milk ~ chik mi tambah
Cara-cara
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
Salam,yehaaaaaa seperti yg dijanjikan,resepi terhangat di pasaran ,bukan ler kes tak baik tau kes yg baikkan,hahahha.Kerana mengilai pandan layer kek ni ler ku seberangi Selat Melaka ke Mainland p menuntut.muahhha apa2 la chik mi duk merapu ye.resepi ni dah dipermudahkan oleh my frnd Cik Linda,so kalau tak paham tu tanyalah ye.Buat yang tunggu resepi ni ,sila buat ye,pastu jgn lupa antar kat chik mi sikit,hehehehe.tpg custard tu,kacau hingga betul2 hancur ye,nnti tak cantik mcm chik mi buat tu berjerawat.
PANDAN LAYER CAKE
Bahan A : Cake
250 gm tepung sponge mix
3 sudu besar air ais*
4 biji telur gred B disejukkan*
1 sudu kecil ovalette*
*mix all
3 sudu besar minyak masak (minyak jagung / masak) – last
-Pukul semua bahan kecuali minyak selama 10 hingga 15 minit
-Bila pekat perlahankan mesin, masukkan minyak kacau hingga rata.
-Tuang ke dalam loyang 9 X 9. (Sapu kan margerine pada loyang dan kertas tracing sekali.)
-Bakar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 180 degree. ( Bakar tanpa kipas)
-Apabila cake masak, terbalikkan, biar hingga sejuk.
-Potong ke 3 lapisan. (sideway)
Bahan B : Kaya
300 gm gula castor*
2 ½ sudu besar instant jelly*
300 ml santan pekat (about 2 biji kelapa (med size)include water mix all*
1100 ml air& santan =1400ml*
½ - 1 sudu besar pandan paste*
sedikit pewarna hijau (green apple)*
sedikit esen pandan*
140 gm tepung custard – mix separately
-tepung custard dibancuh dengan sedikit air + santan dari 1400 ml tadi, kacau rata. – set aside
-Campurkan dan masak semua bahan (mix all) – stir until naik wap
-Masukkan bancuhan tepung custard dan kacau hingga pekat.Add in a bit more green color ifcolor is not nice enough.
-Next process kena buat dengan cepat.
-Tuangkan kaya (just enough to cover the pan) ke dalam loyang 9 X 9 (basahkan sedikit loyang)
-Lapiskan dengan cake – then kaya – cake – kaya and last the cake.
-Masukkan ke dalam fridge.
# untuk pewarna & pandan paste mungkin akan memerlukan lebih sebab bergantung pada tpg custard,sebab kadang2 tepung custard berwarna lebih terang,so kalau warnanya sebam tambah lah ye sehingga mendapat warna yg ideal.
Salam,buat kek ni ari sabtu lepas,so mmg udah pinish ye ,dah lama tak membaking kek,tp sebab besok birthday along,last week birthday my sis so we all buat surprise makan2 nak happykan my sis.Dah lama tak buat ni so nak divide cake pun herot petot,dah lepas potong tu ingat kalu divide into 2 kan sonang,tapi tengok lah tepung custardnya tak betul2 licin still ade yg berketul,dah nak cepat so main taram je lah.nnti ye chik mi letak resepinya.
Hitam itu menawan,itu je yg chik nak katakan,gambar kureng menawan dah edit pun still tak memenuhi piawaian jugak.Korang jgn gelak ye,rcp yg mudah dan ringkas ni chik ambik dari umah Maklang Azie.Tq maklang ,respect betoi dengan beberapa sifu masak ni,walaupun buat kelas memasak ,ambik tempahan still jugak nak kongsi resepi.Pendapat sekupang chik mi ler selalunya sifu ni tak kedekut ilmu cuma yg baru2 berjinak nak buat bisness ni yg selalunya kedekut ilmu.Tapi tak pe la kan ramai lagi orang yg yang nak kongsi ilmu.Chik mi selalunya males nak bake cake sbbnya mixerku hanyalah hand mixer je tak kuat powernya tu, dah berbelas tahun,bila tgk resepi maklang ni guna hand wisker je teringin nak mencube,alhamdulillah senang dan mudah dan hasilnya anak2 suke. Jom kite tengok resepinya.Maklang sy cnp kat sini ye untuk rujukan dimasa hadapan juga untuk rujukan anak2 nanti,Thanks again.
BLACK BEAUTY CHOC. CAKE~ Maklang
sumber : chef zubaidah
BHN A 2 cwn tepung gandum/superfine (mklang guna tpg gandum) ¾ cwn serbuk koko 2st soda bikarbonat 2st b/powder
BHN B 2 cwn gula castor 1 cwn susu cair 1 cwn myk masak @ butter dicairkan 1 cwn air panas suam 1sb emulco 3 biji telur
Cara Ayak Bhn A, ketepikan Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje) Masukkan Bhn B dan gaul rata Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah Guna loyang 8x8
Topping Jimat :
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (mklang guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2sb majerin
Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau.
# nota dr maklang oven tak perlu di panaskan terlebih dahulu,chik mi lupa so panaskan dahulu.
Sebenarnya menu dah basi ni,masa penyakit M melanda ngan teruk ari tu.hihihihi buat ni ari khamis tu,plannya along nak bawak p skool ade bacaan Yassin,tup2 tak jadi along cakap cikgu dah sediakan makanan.so kita kenduri kat umah ler ya along,antaq sikit kat umah sis.
Rcp ambik dari umah CMG sedap gebus aje..Mat mintak izin CnP kat sini yer.
BAHAN-BAHANNYA :-)
185 g mentega
1 camca teh parutan kulit lemon-Chik mi tak letak
2/3 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan tepung gandum-Chik mi guna SRF jugak
1/3 cawan susu segar (mat guna susu cair)
2 biji epal hijau
BAHAN GLIS (OPTIONAL) :-)-Chik mi tak buat pun
1 camca teh halal gelatin (jenama "nona" @ "nur")
2 camca besar air
2 camca besar jem apricot
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan tepung naik sendiri dan tepung gandum, ayak rata. Kupas epal, belah 3 setiap biji, buang bahagian tengahnya dan kelar2 setiap bahagian epal tadi (seperti dalam gambar). Rendam dalam air yang diperah sedikit jus lemon. Ketepikan.
Putar mentega, gula halus dan parutan kulit lemon hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar hingga rata.
Tuang dalam tin bulat berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ratakan. Toskan epal tadi dan susun atas adunan kek seperti dalam gambar.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 1 jam atau hingga masak. Sementara itu, satukan gelatin dengan air, kacau rata dan masak secara double boiler hingga gelatin cair, tambah jem apricot dan kacau rata. Bairkan suam.
Bila kek sejuk sedikit, keluarkan dari tin dan sapukan bancuhan jem tadi atas kek. Tujuannya menjadikan permukaan kek berkilat dan lembap....
CATATAN MAT GEBU :- Jika menggunakan tin "spring foam" atau apa2 tin/dulang kek bewarna hitam, turunkan suhu menjadi 160C sahaja, ini kerana tin berwarna hitam mempunyai kadar resapan haba yang lebih tinggi..Lagi satu, pasal "glis" tu, mat tak buat, sebab tak de stok gelatin kat rumah.....
Salam..... akhirnya menjadik jugak kek ni,weekend baru ni anak sedara cik hby antaq 2 ikat pisang kat umah kiriman dari MIL,so dah plan nak buat kek ni dah lama so balik keja petang semalam terus aja godek2 benda ni kat umah.Resepinya dari Knor,tp tak boleh nak link lar sbb Myr tak leh masuk larrr tension betoi la....Tq Ksifu sedapppppp Malam tadi masa suam2 kuku angah dah merengek nak makan,so Chik mi potong larrr,so sempat jugak la selamat skit,ermmmmm cedappp so sapa nak makan p buat sendiri na.Sori lar nak linkkan resepi tak leh nnti kalau dah boleh Chik mi Cnp kat sini lah yer... Pst Knor nak cnp yer sbb sekarang ni Myr sokmo tak leh nak bukak senang nak buat rujukan...
Salam,pertamanya Chik mi ingin meminta maaf banyak2 kepada semua sbbnya ade technical error,yg menyebabkan Chik Mi terdelete N3 pasal muffin ni.Ini lar padahnya kalau tak upload kat web album terus aje ke blog,sbbnya chik mi buat kat umah so bila dah sampai ofc Chik mi nak edit resipi tu ntah apa yg Chik mi tekan tiba2 ilang semua,sekali lagi chik mi minta maaf Dah tak larat nak citer asal kejadian muffin aka cc ni so nnti2 lah tungggggu akan resipinya..
Salam,semalam macam terghajin sikit nak membaking,so selepas masak utk dinner Chik mi pun prepare nak wat kek ni pulak,rasanya dah lama tak buat MCC ni,sambil duk buat tu kepala ni duk pikir ke benda lain so....apa lagi adelah tragedi MCC di bulan mei Sepatutnya cheese tu di pukul dengan telur+esen vanila sehingga gebu ntah mengapa tangan ku ini tertuang ngan susu sekali so hasilnye cheese tu tak hancurDah mmg nak jadi citer fresh milk pulak dah xpire so memandai aje guna susu cair + air Lihatlah MMC ku cheesenya tak hancur itew,so moral of the story jangan duk pikir benda lain masa nak baking,CONCENTRATE
Huwaaaa tengok owg mendeco chik mi pun nak deco,last2 jadi apa yer.Huduhnyer laTak pa ni 1st time nak decokan(nak sedapkan ati sendiri),nak kena lumur tangan ngan butter shortening gak ni,bak kata sifu chik mi Knor.Tak pa nnti kita practice lagi sampai perfect,Resepi choc moist ni chik mi cnp dari Jue Hussein tapi besa la menderhaka sikit.Jue amik dari Rnet.Chik mi CnP kat sini lah yer. Kek Coklat Kukus Roha
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
2 cawan gula - gula pasir dikisar halus (saya guna 1cup gula castor + 1cup brown sugar)
1 cawan serbuk koko - boleh kurangkan kalau tak suka pahit
1 sudu teh baking powder - tak masuk sbb guna tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat - tak masuk sbb guna tepung naik sendiri
1 tin kecil susu pekat / kalau krimer pakai setengah tin saja (saya agak2 aje, tak suka manis2)
1 cawan air mendidih
5 biji telur 1 cawan minyak masak (Kalo nak lebih sedap, gantikan dengan sebuku butter cair) - Chik mi guna butter
Cara-cara menyediakan:
1. Panaskan kukusan.
2. Ayak tepung, baking powder, soda dan serbuk koko.
3. Campurkan dengan gula, minyak, susu pekat, air panas dan telur, kacau dengan senduk saja hingga semua sebati.
4. Tuang dalam loyang yang dialas dan di lengser dengan mentega, kukus selama 1-1 1/2 jam atau bila bilah penguji kek keluar bersih.
5. Semasa mengukus pastikan air kukusan ditambah dengan air panas.
Chik Mi bakar guna bain-marie sedap kek ni moist aje..