Tuesday, April 19, 2011

Dia Dah Singgah Kat Sini:))

Assalamualaikum ,agak lama jugak rumah ni bersawang ye,apa yang dah sampai kat sini ye ,Yes Super Moist Eggless Chocolate Cake,memang berbaloi SEDAPPPPPP ,chik mi buat 2 adunan bawak ke office sikit semua yang rasa cakap wah very moist,then bila chik mi cakap eggless lagi la depa tak percaya.Chik mi dah promote kat kawan chik mi ,cik fa,mula-mula tengok resepi dahi berkerut cuka takutnya, kenapa tak percaya ka?hehehh dia pun dah buat baru percaya.
untuk anak-anak seperti biasa chik mi buat dalam muffin cup senang tak payah pagi-pagi nak potong bagai.
Jazakallah Khayran ye Knor dan Dj ye yang kongsikan resepi yang sangat best ni
Izinkan chik mi panjangkan kat sini ye.
 SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

** K.Nor tak buat topping sbb kek ni dah cukup enak dimakan tanpa topping.~chik mi pun tak buat topping

15 comments:

  1. chomelnya yg dlm bekas heart shape tu...
    nanti nanti nanti kita nak try gak...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Mimi..

    Eh eh eh porselin heart shape cenggitu boleh masuk oven yaaaa...? Saya ingatkan ia tak taha n oven..

    Waaahhh sana sini dah meng'eggless'kan diri ngan moist choc cake ni....mcm nak kena join the club juga ni...masuk list dulu...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ChikMi, waaaah dah sampai sini lak kek cokelat tu eh...akak x buat2 lgk..mintak la 2 ketuii tu ha...

    ReplyDelete
  4. Assalam mimi..emmm dh sapa dapur mimi, akk pun nk gak cuba, tapi koko abiss pulak...sedap tu nmpk

    ReplyDelete
  5. dah sampai penang ya.. nak gak dua ketul!! ehh godek sendiri la.. dpt makan banyak sket hehe

    ReplyDelete
  6. Salam mimi...
    Pekabo...sihat dan ceria selalu ya...

    Sume org pun buat kek ni...simpan resepi dululah...nanti kak cek nak buat jugak...he he...bila tu ...tak tau lagi...;-)

    ReplyDelete
  7. Akak pun nak buat la mimie.Semua orang pun cakap sedap ya.

    ReplyDelete
  8. baru dok ingat nak buat ni sebab eggless, selamat teloq cheq!!

    ReplyDelete
  9. chik mi.. menggoda sungguh..
    heart shape bekas tu cantik seyh..

    ReplyDelete
  10. Cik kak,
    Kita belum dapat virus eggless ni lagi. Kebal lagi kot sebab banyak antibodi... ( dalam lain perkataan MALAS la tu....)

    ReplyDelete
  11. rasa nak cuba jugak la...Chik mimi anak dan menantu Cm dok Penang tau..nnt jika Cm pi penang Cm cari Chik mi ya:)

    ReplyDelete
  12. tu dia dah sampai Penang dah....bila lak nk sampai Finland ni....hehe memang nampak moist tu...

    ReplyDelete
  13. salam kak mimi.. saya nak kek yg dlm bekas kecik cumel tu.. nak dgn bekas sekali bulih ka?

    ReplyDelete
  14. wah ada kek ceklat..macam tau2 aje akak suka kek ceklat..saja lah ni nak kasi akak jeles ya..hehe..

    ReplyDelete
  15. diana pun dah ada kat dlm hati nie nak buat... esok lusa pasti buat sebab tergoda dah lama... :D

    ReplyDelete

Reply