Friday, April 22, 2011

Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum,dah hari jumaat sekejap aje,dah lunch ka?ni menu malam tadi,ayam masak kicap mbah ,ni resepi ibu mertua chik mi,so senang nak bagi tahu kat anak-anak bg je nama ayam masak kicap mbah.Ayam masak kicap pun macam-macam resepikan,tapi orang jawa dengan ayam masak kicap memang tak dapat dipisahkan.Chik mi dulu-dulu memang jarang buat masak kicap sebab keluarga chik mi selalunya masak gulai ayam atau ayam masak merah je la dah tu mak memang susah nak masak ayam sebab arwah ayah chik mi tak makan ayam so dia yang selalu p market memang akan beli ikan je la.Bila dah khawin ngan wong jowo ni hahhhh selalunya mesti ada menu masak kicap,ayam masak kicap,sambal goreng letak kicap,sambal pun berkicap heheehh memang kena ada stok kicap sokmo.

Bahan-bahan
Ayam -digoreng separuh masak,jika guna ayam kampung tak perlu digoreng dulu
serai-dititis
bawang merah /bawang besar
Bawang putih
halia
lada putih lebihkan jika suka pedas*-chik mi suke letak banyak2
sedikit rempah biji*
sedikit jintan manis*
sedikit jintan *
* ditumbuk halus
Bahan -bahan diatas hendaklah ditumbuk bersama selepas rempahnya dah halus,tumbuk sekali bawang.
ubi kentang  - chik mi goreng selepas goreng ayam
Kicap manis
Sos tiram
Cara-cara
Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau,masukkan sekali serai n halia,bila dah wangi masukkan ayam tadi biar sebentar ,masukkan sedikit air utk kuahnya,kemudian masukkan kicap dan sos tiram serta kentang tadi.masak sehingga kuahnya agak pekat.Chik mi suka berkuah sedikit so agak2 lah ye.

13 comments:

  1. akak brapa kali saya duk baca tajuk tu..cemana agaknya asam masak kicap..rupanya ayam masak kicap.. hehe.. mmg feberet anak2 ni

    ReplyDelete
  2. tajuk dah unik asam masak kicap. hahaha lapaq sangat dah tu ...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Mimi..Ha ha ha ha Saya kenal masak kicap pun sejak kawen..Tapi saya pun sukeeee

    ReplyDelete
  4. chik mimi..jd inilah ayam masak kicap jawa style ya..sy pun biasa gak masak ayam kicap gini buh rempah2..tp tak tau pulak wong jowo masak cam nih..pepun ayam kicap kalau tambah rempah2,sedap..mkn pun laju sokmo..

    ReplyDelete
  5. ayam masak kicap mmg peberet anak2 sy..masakan cenggini mmg tak jemu mkn

    ReplyDelete
  6. oo mai sekolah seri awat x call..nak kena ni...akak selalu gak p pasar mlm tu..tapi minggu lepas x p sbb lauk2 mkn mlm dh ada :)

    ReplyDelete
  7. ooo patut td cam pelik je nk jengah tak smpt, akk dok pk asam msk kicap tu mcm mana la rupa heheeh...t=rupa2nya ayam msm kicap. byk gak bhn2 nk letak tu

    ReplyDelete
  8. Akak,owh hb akak jawa mari yer,hehe..Ayam msk kicapgini,bkn jer ank2 suka,tapi mak bapa budak pong suka sgt..

    ReplyDelete
  9. salam mimi...

    Ayam masak kicap...lauk fav. anak bujang kak cek ni...

    ReplyDelete
  10. mcm kicap pun sodap!!..hehe akak, saya pun ada darah keturunan jawo gak...arwah tok wan jawa tapi tok mami..mak melayu..hehe

    ReplyDelete
  11. Salam ChikMi,
    Anak taruna kite pun suka benor masak kicap ni. Stok kicap memang tak buleh lupus hehee :)

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum Cik mi

    dtg dapur cik mi nengok ayam masak kicap. dah lama tak masak ayam masak kicap....

    ReplyDelete
  13. Assalam, dinda,
    wah ayam masak kicap suka2..anak2 akak suka..samalah akak suka letak kentang..'alas meja' tumpang glamour sekejap..hehe..thanks mi..

    ReplyDelete

Reply