Wednesday, April 20, 2011

Bingka Susu

Assalamualaikum,sekejap aje nak dak sampai penghujung April,begitu pantas masa berlalukan,jom kita breakfast dengan bingka susu yang sedap ni..buat bengkang(kalau kat utara panggei bengkang ye) sebab nak habiskan fresh milk yang tinggal 3/4 botol lagi,check expire date dah nak dekat ,so teringat haritu kakfida ada post resepi bingka susu ,dari membazir susu tu baik dibuat bingka boleh jugak buat breakfast dan Sabrina pun bawak jugak pergi mengaji bagi Tok Nyang .




Sedap bingka ni rasa lemak-lemak dan manisnya pun sedang aje.Nak buatnya pun tak senang aje

Sumber: Kak Fida

Sumber :http://qasehmu-abadi.blogspot.com

Bahan-bahan ( Loyang 8 X 8 in / 9 X 6 in )

  • BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair~chik mi guna fresh milk
  • 3/4 cawan susu manis
  • 50 g gula pasir (opt)
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
  • BAHAN B :-
  • 500 ml air (2 cawan)~chik mi guna fresh milk
  • 100 g mentega / majerin ( 6 1/2 sb)
  • 50 g tepung kastard (5 sb)
  •  1/2 sk esen vanilla ~chik  mi guna  serbuk vanili
  • 1/2 sk garam 
 Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Dscf5045
    Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Dscf5030
    Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan. 
 

 

13 comments:

  1. Salam Kak Mimi..datang sini nak tapau seketoi dua bingka tuuuu

    ReplyDelete
  2. Assalam kak..Amboi bengkang tuh nmpak sempoi n sedap lah..Lama betoi xwat bengkang2 nih,hihi.

    ReplyDelete
  3. mi nak bingka!!!..itu aje yang tinggal ke?..huhu..balik dululah..

    ReplyDelete
  4. dah try..tp tak brapa suit dgn tekak...maybe klu avoid tpg kastard lebih sedap dan terasa susu...

    ReplyDelete
  5. Kalau balik utara, pakat cakap "bingka" konpom kena kutuk rapatttt...

    ReplyDelete
  6. sedapnya bingka tu kak.....ada wat lebih tak? hehe

    ReplyDelete
  7. Assallamualaikum Chik Mimi..
    "Kak, bingka susu seringgit, Kak.." hehehe

    ReplyDelete
  8. sdap ni cikmi.. buat minum ptg.. akk nk buat tpi tk terbuat2..

    ReplyDelete
  9. aa.. chik mi..
    dah lama nak buat..
    tu lah.. dah nama dia pun nak.. tak jadik gak lagi..
    nanti kite berazam.. mihahhahahha

    ReplyDelete
  10. Salam kunjungan..singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum Cik Mi

    Teringin nak cuba bingka susu tp asyik bertangguh...nampak kena jamu mata dulu di dapur Mimi..

    ReplyDelete

Reply