Sunday, June 20, 2010

Laksa


Salam,esok budak-budak dah mula kembali ke sekolah ,makcik-makkcik kantin pun mula ler routine harian dengan bekalan,dah lama rasanya chik mi tak buat laksa,mulalah bunyi-bunyi kat tepi telinga ,bu tak nak buat laksa ke?Kesian ler pulak,tadi masa ke pasar nampak ikan sardin elok2 jugak harga pun murah jugak rm5/kg ,mulanya chik dah lupa ,tup tup cik hubby berhenti kat depan ikan tu cakap tak nak beli ke?opssss terlupalah sudah,pilih punya pilih sekg jugak lah chik mi ambil,so hari ni mmg kuahnya agak pekat.Bila dah siap masak panggei ler Along food tester chik mi tu suruh rase kuahnya,PERFECTO ibu wah hilang penat lelah kita kat dapo bilatengok anak-anak makan dengan gembiranya.Walaupun balik dari pasar tadi agak lambat dengan pertolongan anak-anak ibu cepat siap laksanya,chik mi duk train along n angah ke dapo nnti tak ler kekok nak buat kerja.Sampai pukul 3 petang alhamdulillah dah habis sekg laksa kami kerjakan,mau taknya along je ntah berapa kali ulangnya.Seperti biasa resepi kuahnya resepi keluarga chik mi boleh tengok kat SINI,SINI
pun ade jugak.
                                                              
Tak pe hari ni rajin sikit chik mi CnP balik kat sini ye.
Laksa~ Resepi Turun Temurun Keluarga Pak Awang

utk kuah
Ikan sardin aka selayang*
Asam keping*
Cili kering ~direbus n blend**
Belacan**
Serai**
Lengkuas**
Bawang Besar **
Garam
Pati ikan bilis~chik mi guna secukup rasa.
Daun kesum
Bunga kantan
~*ikan direbus bersama dengan asam keping ketepikan.
~** bahan yang bertanda di blend bersama
Ikan di asingkan tulang dgn isinya,air rebusan disimpan bersama dgn asam keping.Dlm periuk masuk air utk di buat kuah tapi jgn terlalu banyak,agak2 sebb nnti terlalu cair.Blend tulang ikan kalu nak bubuh air rebusan pun boleh jugak,kemudian guna tapisan plastik tuang tulang tadi ke dlm periuk yg berisi air ayak sehingga tinggal tulang saja,kemudian blend isi ikan ulangi proses ayak ke dlm periuk tadi sehingga tinggal tulang2 saje.masukkan bahan blend tadi bersama garam ,masak sehingga mendidih,mendidih biar lama sedikit supaya tak cepat basi.Masukkan daun kesum bersama dengan bunga kantan,selalunya chik mi masukkan juga batang daun pudina ke dalam kuah utk menghilangkan bau hanyir ikan.

Utk Ulaman
Timun
Bawang Besar
cili merah
Daun pudina
Nenas
Bunga kantan yg dihiris
Tips
# sekiranya kuah yg dimasak terlalu cair masukkan sardin yg telah dihancurkan terlebih dahulu,hanya ambik ikannya sahaja sosnya tak perlu.
# Laksa penang yg ori tak letak telur rebus kalau nak letak jadi laksa kedah / perlis:)))
#Laksa penang ni kuah nya masam2 sikit so nenas akan memberi rase kelainan

6 comments:

  1. Salam chik mi...
    laksa semangkuk blh??cedap tuh..smlm chemp baru makan laksa kelantan..sbb mak ade kal kl..so dia bawak laksa beras dr kampong..ape lagi..wat laksa laemak lah..tgk laksa akak nieh..bestnya..tambahan plak ade nenas..tuh yg buat kecur liur...

    ReplyDelete
  2. salam cik mi..lama btl x mkn laksa penang ni kecur tgk :p~

    ReplyDelete
  3. salam,

    amboi sedapnya. nak ckit.....

    ReplyDelete
  4. He..he Mimi...cam janji jer...dua tiga hari lepas Akak dah buat..walaupun tak cukup bahan tabur...tu sebab tak masuk blog...janji anak2 kenyang makan berulang kali....

    Oh ya..jemputlah ambik award kat Blog Akak ya!!!

    ReplyDelete
  5. salam :D
    sedappppnye laksa... dah lama tak wat laksa ni..
    nyummm nyummm.. meleleh air liur tengok laksa ni.. :P :P

    ReplyDelete
  6. salam chikmimi,
    wah!laksa resipi turun temurun ni. hu, memang dah lama tak pekena laksa ni. teringin...

    ReplyDelete

Reply