Pages

Thursday, July 26, 2012

Tarikh Yang Tak Dapat Dilupakan:(

Assalamualaikum,masih ada yang sudi berkunjung,terima kasih Chik mi ucapkan,lamanya tak berupdate kat sini,hari ni 6 Ramadhan genap 2 bulan pemergian mak ke rahmatullah Al Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang beriman Amin...,Pada tarikh yang sama 27 hb Mei,dua kejadian berlaku pada tarikh yang sama,majlis sambut menantu di rumah kakak sulung dan dipagi ahad tu juga mak menghembuskan nafas yang terakhirnya.Bagi kami sekeluarga kami redha dengan pemergian mak,bila mengenangkan penderitaan yang ditanggung mak.Alhamdulillah semua perjalanan mak Allah permudahkan,dengan dikelilingi semua anak cucu yang berkumpul untuk berkenduri,jadi tak perlu tunggu anak-anak yang jauh untuk sempurnakan jenazah,selepas solat Asar emak bersemadi disebelah kubur ayah ,alhamdulillah .Terima kasih buat semua saudara yang menolong  sehingga selesai urusan pengkebumian.Terima kasih buat abang chik mi sekeluarga yang menjaga mak sehingga menghembuskan nafas yang terakhir.

13 comments:

  1. Assalamualaikum mimi cayang

    Al-fatihah buat Arwah mak mi...sedih hati dan hiba rasanya akak baca cerita mi nie...itu lah siapa kita ni...ada yang lagi maha agung,maha kaya dari kita....kita ini hambanya yg serba kekurangan...tiada yg sempurna...kalau ada yg terlebih itu hanya lah pinjaman darinya...bersyukur saja...tk kemana kita,akhirnya kembali juga pada yang satu.

    ReplyDelete
  2. Salam CikMimi...sedihnya kita baca catatan awak pagi nie. semuga tabah ye tambah lagi di bulan ramadhan ini. Al-Fatihah buat arwah.Amin

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah.. semoga dicucuri Rahmat dan Kurnia dari Allah S.W.T... amiiinnn.

    ReplyDelete
  4. Salam Chik Mi,
    Takziah atas pemergian arwah mak chik mi. Semoga roh dicucuri rahmat dari Allah. Al- Fatihah.

    ReplyDelete
  5. Slmt berpuasa buat mimi sekeluarga. Al fatihah buat arwah mak mimi.moga aruah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.moga Mimi tabah menghadapinya....

    ReplyDelete
  6. Salam chikmimi,
    Innalillahiwainna ilaihi raaji'un. Salam takziah, kak.
    Moga roh bonda ditempatkan di kalangan mereka yg dkasihi Allah.
    Rezeki Allah, anak-anak telah berkumpul pd hari itu.. bukan mudah utk mndapat anugerah sebegitu.

    ReplyDelete
  7. al fatihah ...semoga roh mak akak ditempatkan dikalangan orang beriman...

    raya kali ni, 2 tahun la saya beraya sebagai anak yatim kematu...hehehe.... apa nk buat kan, tiap yang hidup, pasti kan pergi mengadap penciptanyer !!

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah chik mi. moga arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman. salam ramadhan juga...

    ReplyDelete
  9. al fatihah Chik Mi.. semoga roh mak di cucuri rahmat.

    ReplyDelete
  10. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  11. Assalam kak,
    takziah atas pemergian arwah mak akk. semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Al-fatihah.

    ReplyDelete
  12. Salam takziah
    ya dinda.. semuga roh arwah dicucuri rahmat
    dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman..Amin
    rasanya kali terakhir akak tengok gambar arwah bila dinda
    buat layer pandan cake 1-2 tahun yang lalu kan.. bergambar dgn cucunya..kalau tak silap akak lah..

    ReplyDelete
  13. Salam Takziah kak mimi, semoga arwah ditempatkan bersama mereka yg beriman.

    Selamat berpuasa buat kak mimi sekeluarga

    ReplyDelete

Reply