Pages

Sunday, July 29, 2012

Ikan Susu Bakar Dengan Air Asam Kerisek

Assalammualaikum,hari ni dah masuk 9 ramadhan insyaAllah ,chik mi baru nak masukkan menu iftar minggu lepas heheeh tak pe kan ,bulan ramadhan ni ikan memang tak laku ,selain dari ikan bakar dengan air asam.Pernah makan ikan susu?chik mi baru kali kedua beli ghupanya SEDAP ,selalu tengok ikan ni tak pernah nak ambil ,hari tu ikan tak ada so chik mi try beli kemidian bakar,hohohoh isinya seakan-akan ikan terubuk ,tulang temulangnya pun macam ikan terubuk jugak,mungkin ikan yg chik mi ambil tu besar ikan tu sangat lemak ,berbaloikan kita bakar ikan seekor tu :)

Ikan Susu Bakar dengan Air Asam Kerisek
Sumber: Chik Mimi
Perencah ikan bakar
Cili merah ~ kalau nak pedas tambah cili api
Bawang Besar
Serai
Kunyit hidup
Air Asam
garam secukup rasa
Blend halus semua bahan diatas n dimasak diatas api biar sampai pekat.

Air Asam Kerisek
Cili merah
Belacan
Garam n sedikit gula
Air Asam jawa
Blend macam sambal belacan
Tomato ~ dipotong dadu
Bawang besar ~ didadu
sedikit kerisek
campur semua bahan diatas perasan masam dengan manisnya

19 comments:

  1. salam CikMimi hehe mmg sedap lah ikan cicah air asam...kecur

    ReplyDelete
  2. Assalam kak mimi,sedap ikan bakaq cicah ayaq asam.Cheq pestaim msk ikn susu sdp isi dia manis tp tu la adk brdk ikn terubuk rupanya

    ReplyDelete
  3. Assalam kak mimi,sedap ikan bakaq cicah ayaq asam.Cheq pestaim msk ikn susu sdp isi dia manis tp tu la adk brdk ikn terubuk rupanya

    ReplyDelete
  4. salam Ramadhan akak... amboi...sedapnyer ikan bakar...saya lom pernah buat lagi...malas la plak nk bako waktu petang2 gini...hehe

    ReplyDelete
  5. Cmner rupa ikan susu pun xtau..tp kalau ikan bakar jer sedap ratah2 jer..nyum nyum..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum mimi cayang

    wah ada ikan bakar...sedap tu mi di makan bersama air asam...
    mentua lalu pun tk nampak...hehehe...kak Nur tk pernah beli
    ikan susu...sedap erk mi ikan tu?? Berlendir tk ikan tu??

    ReplyDelete
  7. Salam cikmi,
    Air asam dah jadi "Air Ayam".... takpe, bulan puasa ni kadang kala tersasul juga. Dah start buat kukis raya ke?

    ReplyDelete
  8. tengok air asam tu yg x tahan tu

    ReplyDelete
  9. Salam kak mimi! salam ramadhan buat akak se family di sana, tgk air asam tu terliur kita kak, ingat nak buat air asam jugak sbb nak buat nasik daging utk buka nanti hihihi...

    ReplyDelete
  10. Assalam dinda, ikan susu ni selalu juga kanda nampak kat pasar..tapi belum pernah cuba beli dan masak..pasti sedap ya dinda..

    ReplyDelete
  11. salam chikmi...time berbuka ratah ikan bakar cicah air asam mmg sedappp!

    Slmt menjalani ibadah puasa chikmi...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Chik Mimi
    Sedapnya Ikan Bakar, ingat 2/3 hari ni nak juga bakar ikan...

    ReplyDelete
  13. Slmt berpuasa Cik Mi. ikan bakar mmg sedap cicah air asam.akk belum pernah masak ikan susu...

    ReplyDelete
  14. oooo Chik Mimi... terpikat sungguh dengan resepi Chik Mimi ni! Ikan susu memang banyak di tempat kami, nak cuba resepi Chik Mimi pulak... pinjam resepinya ye!

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Cik Mimi :D
    Perrhhhh...sedapnya makan ikan bakar ni, lebih2 lagi kena dengan nasi panas2 mesti tak nampak telinga...hik3

    ReplyDelete
  16. Salam CimMimi...lama laa.... Apapun kita nak ucapkan selamat hari raya buat mimi dan keluarga. Maaf di pinta sekiranya terkasar bahasa semasa berblog ini.

    ReplyDelete
  17. Chik Mimi, saya ucapkan "Selamat hari raya" to you and your family :)

    ReplyDelete
  18. Salam.. Sedapnya menu ni Chik Mimi... :) sangat menyelerakan..

    ReplyDelete

Reply