Pages

Friday, August 23, 2013

Nasi Ayam

Assalamualaikum,yuhuuuuuuuu ada orang ingat kat Cheq ke dak ni,alhamdulilllah hari ni dah 15 syawal ,sekejap ja kan di kesempatan ini Chik mi nak ucapkan Selamat menyambut Hari Raya AidilFitri maaf Zahir Batin.Lamanyanya tak merapu kat sini dah macam kaku nak tulis apa..Opsss ni gambar dalam folder tau bukan yang baru pun ye sekarang ni memang nak pegang kamera pun ketaqqqqq,gambaq jadi goyang gitu

~Nasi Ayam My Style~
Untuk Sup
Ayam
rempah sup-chik mi beli yg ready made dr Bamboo in Parit buntar since dah ade semua chik tak letak bawang lagi dlmnya.
Bawang Besar
Garam
Serbuk perasa- chik letak secukup rasa
*Semuanya direbus untuk mendapatkan stok utk nasi dan juga sup

Untuk Nasi
Beras dibasuh n rendam sebentar kemudian toskan
Butter / margerine & minyak masak
Bawang putih *cincang halus
Halia *cincang Halus
Garam
Daun Pandan
Serbuk kunyit ~ untuk bg nasi tak pucat
Tumis butter campurkan sedikit minyak masak ,masukkan bwg putih & halia serta serbuk kunyit tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan beras.Kacau sehingga butter tadi melekat di beras.Alihkan ke dalam periuk nasi,masukkan stok ayam tadi bersama dengan garam.Kuantiti air kena lebihkan sedikit.Nasi ni akan jadi berderai(sebijik-sebijik).
Untuk Ayam
Ayam (selepas direbus keluarkan ayam)
Halia *
Bawang putih*
Lada hitam*
Sos tiram
Madu
Garam
Secukup rasa
*Ditumbuk halus
Semua bahan ditumbuk diperap bersama dengan ayam kemudian digoreng / grill

Untuk Sos Cili
Cili hidup
Bawang putih
Halia ~ sedikit saje
Gula ~ sedikit
cuka ~ sedikit
Sedikit sup di atas
semua bahan diatas di blend sehingga halus.
Sedia dihidangkan

8 comments:

  1. Sedapnya nasi ayam kak mimi...
    Hehe pegang kamera pun ketaq yea...tu la lama sangat tenggelam hihi

    ReplyDelete
  2. aslmkum chik mimi.. tmpang mkn ptg kt sni yer.. hihihi.. selamat hari raya maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya

    nasi ayam feberet ramai ni, sedappp

    ReplyDelete
  4. salam rindu mimi..SHRMZB akak ucapkan wat mimi sekeluarga ye! muaaaahhh!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kak...nak lebih lebih...hihihi :)


    ^Love2cook Malaysia^

    ReplyDelete
  6. Follower no. 638

    Done follow sini.. do follow me back yea yunk.. salam kenal.. hope kita leh follow memfollow yea.. salam blogger..l heeee...

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    ReplyDelete

Reply