Pages

Wednesday, June 2, 2010

Kuih Lapis

Salam,sekarang ni virus kuih lapis melanda,sana sini ade kuih lapis,pestaim buat kue ni tau,penat woo ulang alik p Bangkok menuntut ilmu ngan Dik Ijah ,tapi berbaloi memang sedap kena ngan anak tekak chik mi,thanks ijah sudi mengajar akak kekekeke.Kuih ni sedap thanks jugak kepada tuan punya resepi Yatie yang sedang bercuti-cuti US sekarang ni.Ni pun requst dari dak tecik yang manyak sonyeh tu siapa lagi kalau bukan Sabrina,bila suapkan dia makan komennya aaaa bu kuih ni ler yang adik nak tapikan nape kaler dia tak sama ek?Thanks again Ijah & Yatie Chik mi nak CnP kat sini ye senang nak rujuk nnti.

KUIH LAPIS

Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah dan perisa rose>>kita tak de sirap ganti pandan paste hihihi


Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan.   
  9. untuk rujukan chik mi.guna mangkuk kaca untuk mengukus,setiap lapisan chik mi guna cawan penyukat 2/3














 

6 comments:

  1. nape warna lapisan kuih saya meresap kat lapisan lain. Kalau warna merah dok sebelah warna putih, alamat tak nampak la warna putih tu. Nak kata lapisan lom cukup masak, tak juga. Warna star brand tak bagus ke? Kalau pakai sirap lg teruk hasilnya

    ReplyDelete
  2. salam chikmimi,
    huwah...jauh menuntut ilmu. cantik tu, kek lapis...bravo!
    teringin nak buat. lepas aritu kuih lapis jatuh sekeping2...terus down semangat...huhu

    ReplyDelete
  3. syumelnya kuih lapis mi!!!

    ReplyDelete
  4. Hrmmm ni yang nak buat ni...potong 6 ketoi jer mana cukup....huhuhu....nah akak hantar kuih sagu setupperware..sia cari tak jumpak..orang ambik pi jual kat roadwalk dah kot!....Nak buat jugak....!!!Akak memang pantang tengok lapis2 ni...tu yang dagu dah berlapis ni!!

    ReplyDelete
  5. senang je rupenye kuih lapis ni ye...nak try la..ngeh3

    ReplyDelete
  6. Now look at what you’ve done … you have me seriously craving for a piece of this
    Looks fantastic, I love the colourful look, to me it looks much better this way!

    ReplyDelete

Reply