Pages

Saturday, February 26, 2011

Roti Jala Dengan Kuah Durian

Lamanya tak menjala ,kalau menjala kat sini confirm balik bawa hasil ,tak pulang dengan tangan kosong heheheheh tak ler frust macam menjala kat laut tu kan.dah lama tak menjala pastu kunun kunun nak buat 2 kaler dah siap rasa macam tak cantik pulak,sebabnya chik mi takut nak letak colouring banyak-banyak kang terkejuz pulak isi rumah ni.Dulu-dulu chik mi fikir susahnya nak buat roti jala ni ye la bila tanya ngan mak atau kakak jawapannya ala letak itu ,ini pastu agak2 ler kalau adunan turun laju tu ok dah bancuhan tu ,kalau orang yang buat roti jala tu kiranya terraaaanya ,hehehe masa tu tak gheti lagi nak tanya pakcik google,1st time buat roti jala ni chik mi ingat lagi guna resepi kat internet tu (masa tu tak tahu lagi nak pilih main ikut je la )frust betul mula-mula tu terlalu cair pastu pekat sangat pulak .Bila dah jumpa dengan MYR tu situ ler tempat rujukan,masa tu tak ramai lagi yg buat blog ni ,sekarang ni alhamdulillah dah banyak so tepuk dada tanya selera lah ye..pilih aje mana yang nak.Macam-macam resepi roti jala ,ada yang guna santan,ade yang guna susu cair terpulang pada pilihan masing-masing.
 Ada yang tak suka dengan kuah durian,kalau kat penang ni biasa ler kalau musim durian ni memang selalunya akan buat kuah durian,ade yang panggil bubur duriankan.
 Roti Jala
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
Bahan-bahan
2 cwn Tepung Gandum
3 cawan air
1 Biji Telur
1 sb susu pekat
1 sk minyak masak
Sedikit garam
Cara-caranya
masukkan semua bahan diatas kedalam blender,blend sehingga sebati,kemudian ditapis.
Kuah Durian My Style
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
Durian - amik dlm 3-4 ulas
Santan
Gula melaka
Secubit Garam
Tepung gandum - 1sb

Cara cara
Isi durian di blend dgn sedikit air,kemuan masukkan semua ke dalam periuk masak sehingga gula hancur,kacau terlalu cair amik tepung gandum bancuh dgn bancuhan tadi masak sehingga pekat..

Friday, February 25, 2011

Cili Jeruk & Bawang Goreng

Assalamualaikum,wahh ari ni dah hari jumaat esok cuti yahh,itulah chik mi weekend aje memang duk menanti,sebabnya banyak kerja yang nak dibereskan sampai tak tahu nak mula dari mana,ok ade yg kata eleh takat cili jeruk dengan bawang goreng pun nak masuk dalam blog.... ermm tak kisah lah ye sebabnya blog ni diwujudkan memang untuk anak -anak daraku:)tak kisah apa orang nak kata ,sebabnya chik mi pun belajar buat cili jeruk dengan bawang goreng ni dari internet juga,dan ade jugak orang yang tak tahu nak buat benda nikan ,bukan semua orang sama.Masa kat market haritu terjumpa dengan cili hijau yang gemuk-gemuk cantik je memang geram sungguh,pilih punya pilih mak kau ambik setengah kilo,sekali dengan cili merah .Stok cili jeruk pun memang dah nak habis so memang timing bagus la nak menjerukkan cili.
Benda yang mesti ade dalam peti sejuk selain daun sup & daun bawang
Cili jeruk
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
Cili hijau+cili padi
Air
Cuka
Garam
Secubit gula
Caranya,cili dibasuh bersih kemudian direndam dengan air yg dicampurkan dengan garam (untuk menghilangkan racun),kemudian di bilas sehingga bersih toskan sehingga kering airnya,kemudian dihiris ketepikan,masak air sehingga mendidih kemudian dimasukkan cuka ,jangan letak terlalu banyak sekali gus nanti terlalu masam,agak-agak kemudian masukkan sedikit garam dan gula biar sehingga sejuk ,kemudian masukkan ke dalam botol ,masukkan cili yang telah dihiris tadi sehingga semuanya terendam,tutup botol dengan rapat masukkan ke dalam peti sejuk.
Bawang Goreng~yang ready made chik mi tak makan so kena la buat sendiri:)
Bawang Goreng
Source :qasehmu-abadi.blogspot.com
Bawang Merah ~dikupas dan basuh bersih kemudian ditoskan sehingga kering
(chik mi selalunya kupas malam esok pagi baru buat)
Sedikit Tepung Gandum
Minyak untuk Menggoreng
Caranya
Hiris bawang (chik mi guna food processor ) ,kemudian salut dengan tepung (agak-agak ye) kemudian digoreng dalam minyak yang telah dipanaskan,jangan goreng sehingga terlalu garing nanti pahit,bila dah agak coklat sentiasa dikacau kemudian ditoskan minyaknya sehingga kering,gantikan kitchen towel ,bila dah berminyak,dah sejuk masukkan ke dalam bekas airtight .simpan dalam peti sejuk

Wednesday, February 23, 2011

Kentang Dengan Telur

Assalamualaikum,jom kita breakfast dengan kentang campur telur ni sedap tau:).Ni bekal anak-anak ke sekolah hari ni senangkan,yang pasti kegemaran anak-anak chik mi,malam tadi plan nak letak sosej sekali tup tup bila bangun tido padi tadi boleh lupa ler pulak,pukul 5 pagi otak pun tak boleh nak berfungsi dengan betoi muahhhaah
gambar pun malap macam tuannya jugak muahahhaha
 Malam tadi chik dah rebus siap2 kentangnya so paginya tak ler kelam kabut:)
Resepi yang sangat mudah,rebus kentang bersama sedikit garam sehingga empuk,kemudian buat scremble egg masukkan serbuk lada sulah masukkan kentang yang dah direbus tadi kacau sehingga telurnya masak entengkan:)Sebelum makan taburkan daun sup & daun bawang serta bawang goreng enjoy!
Update:
Kentang ~dipotong dadu & direbus sehingga empuk
1sk serbuk pati ayam ~direbus bersama bersama kentang
Telur
Sosej ~dipotong nipis
Serbuk lada putih
Minyak 
Daun Sup & Daun Bawang
Bawang Goreng
Caranya
 Panaskan minyak,masukkan telur yang telah dikocok bersama dengan serbuk lada kemudian ,masukkan kentang yang telah direbus tadi,kacau sehingga telurnya menjadi scremble egg dah telurnya masak,hidangkan bersama dengan daun sup & daun bawang serta bawang goreng.

Monday, February 21, 2011

Lemak Labu Berjintan

Labu oh labu sana sini labu,haritu nampak Shiela masak lemak labu ni terurus teringat lamanya tak masak masak lemak labu,dah kecur dari ofic lagi beh tahan balik rumah terus potong dan rebus labu dah dah beli semalam,walaupun ikan dah defrost tapi demi lemak labu kusimpan jua hehehehe,sebenarnya takut nak makan labu ni takut angin puting beliung yang datang tu yang letak rempah bagai tu nak lawan angin puting beliung.
kita kasi closeup sikit cik labu ni dengan cik buncis pun nak enterframe jugak:))
nanti kita update resepinya ye:) tungguuu

Sunday, February 20, 2011

Jom Makan Aiskrim

Assalamualaikum,sekarang ni panas dan kering cuaca kat penang ni,kesian dengan anak-anak sebabnya time ni kena buat latihan untuk rumah sukan.chik mi buat iskrim bubur kacang dengan bubur pulut hitam ,tapi buburnya bukan homemade tapi ready made:) beli bubur kat GAMA salah satu supermarket yg tertua kat Penang ni,bubur tu pun dah wujud sejak chik mi kecik lagi,sekarang ni disambung oleh anak cucu mamak tu kut:))Dulu-dulu sebungkus bubur hanyalah 0.60 sen saja siap boleh tambah pulut lagi ,sekarang ni dah rm1.20/pac.Kalau orang yang asal dari Penang memang tahu kewujudan bubur GAMA ni,memang famous tak kira bangsa,salah satu sebab bubur ni ramai peminat sebab buburnya tak manis dan agak pekat sebabnya dicampur dengan sedikit pulut masa merebusnya.
Bubur Pulut Hitam
Along cakap sedap macam rasa aiskrim potong kacang merah heheheh
Aiskrim Bubur Kacang
Budak kecik yg tak mahu ketinggalan nak posing sama tapi Sabrina tak suka dengan aiskrim yang bersusu dia hanya suka dengan aiskrim sekupang perasa sarsi atau ribena so memang selalu ibu buat aiskerim sekupang je la...

Friday, February 18, 2011

Popia Goreng

Assalamualaikum,sekejap aje dah hari jumaat,bagi yang bekerja memang hari jumaat hari yang ditunggu-tunggukan sebabnya boleh ler rileks kat rumah dengan keluarga 2 hari.jom kita makan popia goreng ,selalunya kalau nampak ubi sengkuang yang fresh mesti ingat nak buat popia,selain tu sengkuang baguskan sejuk badan tapi bila dah parut nak buat inti popia ade pulak yang bunyi lerrrr ingatkan ibu nak buat rojak ermmm dah lama jugak tak buat rojak buah,nanti lah insyaAllah ade rezeki nanti kita buat rojak pulak ye ngah dengan nada memujuk,errmmmm ok lah .Popia ni favourite kami sekeluarga ,sebabnya kalau beli ade je yang tak kena kuah tak nganlah intinya taugeh semata lah,macam-macam complain so baik buat sendirikan bukannya susah mana pun,pastu intinya boleh letak apa yang kita suka,kali ni sebabkan isi ayam banyak stok so chik mi campurkan dengan udang hidup blend sehingga halus,
  • taugeh
  • 1 biji sengkuang~ diparut
  • 1 btg lobak merah~diparut)
  • isi ayam @ udang~(diblend)
  • tauhu (lecek dgn garpu)
  •  bwg putih
  • Sos tiram
  • garam & lada sulah

Cara-cara

  1. Tumis bwg putih masukkan isi ayam dan udang yang telah di blend.
  2. kemudian masukkan  sos tiram dan lada sulah kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah di sagat tadi.
  3. Akhir sekali masukkan taugeh.letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Biarkan inti sejuk sebentar.
  5. Bentangkan kulit popia,letakkan inti dan gulung kemas.utk melekatkan hujungnya sapu dgn sedikit bancuhan tepung untuk dijadikan gam 
100 gm  buah kurma atau kismis
450ml air
100 gm gula
3 sudu besar cili kisar
cuka
garam secukup rasa
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara caranya:
Tumiskan cili yang di kisar dengan bawang2 hingga naik baunya dan garing.Masukkan cuka dan kurma atau kismis yang telah di kisar halus,masukkan pula garam dan gula di kacau sehingga pekat.sejukkan.

Wednesday, February 16, 2011

Laksa Lagi...........

Assalamualaikum,lagi-lagi laksa tak jemu sungguh isirumah ni dengan laksa,kalau ada laksa tak makan nasi pun tak pe:))Chik mi buat laksa ni hari isnin lagi makan sampai hari maulidur rasul,selalunya hubby kalau beli laksa memang 2kg sekali gus,so dua hari ler makan laksa tapi untuk hubby memang chik mi masak jugak nasi lauk simple2 aje sebabnya dia hanya akan makan laksa sekali saja,sungguh rugikan:((..
   Souce:qasehmu-abadi.blogspot.com
Laksa~ Resepi Turun Temurun Keluarga Pak Awang

utk kuah
Ikan sardin aka selayang*
Asam keping*
Cili kering ~direbus n blend**
Belacan**
Serai**
Lengkuas**
Bawang Besar **
Garam
Pati ikan bilis~chik mi guna secukup rasa.
Daun kesum
Bunga kantan
~*ikan direbus bersama dengan asam keping ketepikan.
~** bahan yang bertanda di blend bersama
Ikan di asingkan tulang dgn isinya,air rebusan disimpan bersama dgn asam keping.Dlm periuk masuk air utk di buat kuah tapi jgn terlalu banyak,agak2 sebb nnti terlalu cair.Blend tulang ikan kalu nak bubuh air rebusan pun boleh jugak,kemudian guna tapisan plastik tuang tulang tadi ke dlm periuk yg berisi air ayak sehingga tinggal tulang saja,kemudian blend isi ikan ulangi proses ayak ke dlm periuk tadi sehingga tinggal tulang2 saje.masukkan bahan blend tadi bersama garam ,masak sehingga mendidih,mendidih biar lama sedikit supaya tak cepat basi.Masukkan daun kesum bersama dengan bunga kantan,selalunya chik mi masukkan juga batang daun pudina ke dalam kuah utk menghilangkan bau hanyir ikan.

Utk Ulaman
Timun
Bawang Besar
cili merah
Daun pudina
Nenas
Bunga kantan yg dihiris
Tips
# sekiranya kuah yg dimasak terlalu cair masukkan sardin yg telah dihancurkan terlebih dahulu,hanya ambik ikannya sahaja sosnya tak perlu.
# Laksa penang yg ori tak letak telur rebus kalau nak letak jadi laksa kedah / perlis:)))
 

Tuesday, February 15, 2011

Tiramisu Biscotti

Assalamualaikum,Salam Maulidur Rasul buat semua,hari ni cuti tak jenjalan ke mana ke?chik mi kat rumah je cuti-cuti ni banyak kerja nak kena bereskan tapi still duk melangut depan pc heehheh separuh dah siap,sambil nak tunggu cilinya kering air tu yg duk melangut kat sini tu.Tiramisu favourite anak-anak esp angah boleh dia makan berulang kali..jangan nak minta ye tiramisu ni dah jadi baja pun ,heheheh hari yang sama buat dengan Knor tapi hari ni baru nak letak N3..Dah petang baru boleh nak upload gambar tension sungguh makcik
Tiramisu yang comot,ni ler kalau berkerjasama dengan wonder pets~apa yang penting kerjasama
 
Resepi yang sama seperti sebelum ni ,Thanks ijah chik mi Cnp Sekali lagi ye
 izin CnP kat sini ye.
 TIRAMISU BISCOTTI
Bahan-bahan
  • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus>>yg ni kita guna 1/3 cwn jer
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan 
Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.>>Untuk proses ni kita cdgkan spray mcm kak hana buat utk elakkan biskut td lembik.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

Monday, February 14, 2011

Bingka Keladi

Assalamualaikum,selamat menyambut Maulidur Rasul esok insyaAllah,1st nak minta ampun ka Along sebabnya haritu ingat nak buat resepi yg along dah try tu ,tup2 semua dah ready santan pulak tak cukup,maka ku pikir2 guna je la resepi bingka labu yang dah menjadi pojaan ati tu,alhamdulillah walaupun derhaka sebab reduce telur maintain sedappppp.Hubby pun duk ulang alik makan je sedap katanya,berbaloi jugak ye..sedap chik mi tak lenyek semua keladi tu ade yg cube2 gitu bila digigit terasa kekenyalannya.
 Yang atas tu terlebih garing orang selalunya lebihkan 5 minit je chik mi hantam sampai 10 minit mau tak  terlebih garing.
Binga Labu ~CMG
  • 5 biji telur Gred A~chik mi guna 3 biji
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla~chik mi guna serbuk vanili
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus~chik mi guna keladi separuh dilenyek halus separuh dibiarkan kiub

Cara-cara


  1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

  2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

  3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Saturday, February 12, 2011

Ikan Bunga Air Celup Tepung

Assalamualaikum,wah dah hari sabtu sekejap aje ,minggu depan dah pertengahan bulan Februari cepat sungguh masa berlalu,sebelum ni duk tunggu nak cuti panjang CNY pun dah habis kejap je kan.macamana hari jumaat hari tu boleh tido lena tak?chik mi usah cakap ler kiri kanan sepanjang jalan rumah ni bunyi mercun yang amat kuat,ni nest week chap goh meh pulak waduh2 bikin penasaran,nak buat camanakan layan je lah....ok lah stop jom kita makan ikan bunga air celup tepung ni sedap tau makan panas-panas cuma awas ye tulang halusnya kang tercekik pulak macam kak ummi aritu....
Ade jugak yang panggil cincang rebung ,mak chik mi selalu buat cucur ikan.ikan ni kecil2 je warna putih.
Ikan Celup Tepung
Sumber:qasehmu-abadi
Bahan -bahan
Ikan ~boleh diganti dengan sotong
Serbuk kari
1 Biji Telur 
Tepung ubi secukupnya
Garam secukup rasa
Caranya
ikan dibasuh bersih kemudian ditoskan,masukkan telur ,serbuk kari ,tepung ubi serta garam,kacau sebati.Panaskan minyak goreng sehingga garing..sedap dimakan panas2


Monday, February 7, 2011

Butter Fish Fillet

Assalamualaikum,lamanya rasa tak jengah blog ni,cuti raya cina baru ni chik mi balik ke Teluk intan ,pastu day trip ke KL sebab temankn hubby jumpa kawanya,so memang penat sangat,bila dah balik kampung tenguk MIL pulak kurang sihat so kena ambil tugasan kat dapo ler(selalunya pun masuk dapo jugakkan,chik mi tak paham bila jumpa dengan orang yang bila kat rumah sendiri dikabarkan rajin tapi bila kat rumah mak @ rumah orang lain huhuhu jadi 'mem besar')alamak dah jadi sessi luahan perasan ler pulak kut2 ade yang intai kat sini tak pe ade kita kisah???????kita tak kisah sebabnya memang kisah benar hahahah ya ampun chik mi dah melalut ke simpang mana ntah.Ya ampunnn sebenarnya lauk ni dah acap kali chik mi buat selalu tak sempat nak ambik gambar,yg ni pun dah tinggal sikit je,favourite hubby dengan anak-anak,setiap kali kalau beli ikan siakap mmg ade request untuk lauk ni .Thanks to AlongRos kongsikan resepi yang sangat sedappppp ni.cayangggg along
 
Recipe Owner: Roz@HomeKreation
Serves: 5-6 persons
INGREDIENTS:
300-500g Fish Fillet - cut into small size ~chik mi guna ikan siakap debone then potong kiub
1 tbsp Curry Powder*
1/2 cup Flour* (* mixed) ~chik mi guna tepung ubi
2 Egg Whites
2 Eggs**
2 Marie Biscuit Crumbs** (** mixed) ~chik mi guna readymade breadcrumb
2 tbsp Butter
4 cloves Garlic - chopped 
Some Chili Padi - chopped 
3-4 sprigs Curry Leaves
3 tbsp Oyster Sauce

METHOD:
1. Rub fish fillet with salt.
Dip fish in flour & curry powder mixture, egg white & flour mixture again.
Deep fry until cooked & golden color.

2. Heat up a cup of oil & fry egg & crumb mixture until crispy.
Dish out.

3. Heat up butter & stir fry chili, garlic & curry leaves.
Add in oyster sauce & stir for 1 min.
Add in fish & crumbs.
Serve immediately.